Friday 20 January 2017

Jom Makan di D'Kayangan Steamboat & Grill, Shah Alam

Assalammualaikum
Dah lama rasanya tak makan steamboat. Tetiba rasa teringin pula. Alang-alang dah tak diet kan. Lagi-lagi stress nak ambil peperiksaan.  Trylah cari Google, restoran paling terkenal dengan hidangan steamboat, antaranya ialah D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam. Memang tak jauh ini dari tempat tinggal Neeza. Okay, set.

Masa nak pergi ini, kebetulan kawan blogger, Alja dari www.cahayapermata.my turun dari KL nak ajak date dengan Neeza, eh ke Neeza yang ajak date dengan Alja. Hahaha. Maklumlah dah lama tak jumpa, kalau tak silap kali terakhir jumpa dia masa majlis berbuka puasa dekat Damansara. Kami kan best friend blogger forever gitu. Hahaha.

Bila kami sampai ke D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam ini, fuhh betul lah memang terkenal kedai ini. Ramai juga pelanggan yang datang untuk makan steamboat dekat sini. Thumbs up untuk Google bagi cadangan baik punya. Huhu.

Terdapat dua ruangan dalam D'Kayangan Steamboat & Grill ini iaitu dalam restoran atau luar (dalam khemah).

Dalam restoran

Luar (Suasana Siang & Malam):

Bila masa dalam kedai ini serius rambang mata beb. Untuk kuah steamboat, ada dua pilihan iaitu Sup Ayam dan Tomyam. Neeza pilih Tomyam.

Tengoklah hampir penuh meja kami;
Banyak pilihan juadah steamboat disediakan di sini. Hampir 200 hidangan untuk anda pilih semasa berada di restoran steamboat ini, dari hidangan steamboat, grill, kambing golek, makanan goreng, minuman sehinggalah pencuci mulut. Sampai ada rasa tamak nak ambil dan cuba rasai semua, hahaha. :-p

Maklumlah sekarang kan restoran D'Kayangan Steamboat & Grill ini sedang mengadakan promosi Sunday Lunch, iaitu RM22.90 (dewasa) dan RM9.90 (kanak-kanak). Kalau hari-hari biasa, RM33+ (dewasa) dan RM18+ (kanak-kanak).
Memang terbaiklah makan steamboat dekat D'Kayangan Steamboat & Grill. Rugi kalau korang tak cuba lagi-lagi kalau datang Shah Alam ini.

Jom ramai-ramai ke sini sekarang!

Untuk maklumat lebih lanjut: 

Nama Restoran: Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Alamat: Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Nombor telefon: +60 12-297 1091

Salam sayang,
Neeza
D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

Thursday 19 January 2017

Majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia dan Persidangan Malaysian Fintech Ecosystem

Assalammualaikum
Bertempat di Sime Darby Convention Centre (SDCC) Bukit Kiara, Kuala Lumpur, pada hari Isnin, 16 Januari 2017, Neeza telah menghadiri majlis yang diadakan oleh GT Group yang telah melancarkan Malaysia Fintech Ecosystem Conference & GT Dollar Grand Launch.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Mas Ermieyanti Bin Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan bersama-sama dengan Mr. Patric Chew (CEO GT Dollar) dan Dr Paul Zhang Baolu (President & CEO of GT Group Of Companies).

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kolaborasi antara Kerajaan Malaysia dan juga 3 0000 ketua industri IT dan E-commerce yang menyokong kepada pembangunan ekosistem FinTech yang dinamik dan membuka peluang kepada inovasi pintar seperti GT Dollar, GT Robot dan GT Mobile.
Mesti korang tertanya-tanya GT Dollar ini apa kan? 
GT Dollar merupakan penyelesaian untuk gaya hidup yang sibuk dan kos sara hidup yang tinggi dengan e-wallet. Ini membolehkan para peniaga mengembangkan perniagaan mereka dan memperolehi pelanggan baru. Ia juga membantu pengguna untuk meneroka dan mendapat manfaat daripada tawaran, diskaun dan promosi di peringkat antarabangsa.

Justeru itu, menerusi platform GT Dollar, perniagaan anda boleh berkembang dengan lebih pesat dengan mendedahkan produk dan perkhidmatan anda di Internet dan platform mudah alih. Ianya menyasarkan lebih ramai pelanggan, mengeluarkan kredit maya dan banyak promosi istimewa. Malah membolehkan anda berkomunikasi secara langsung dan serta-merta dengan pengguna sedia ada dan baru.

Untuk para pengguna GT Dollar khususnya, sekiranya anda memuat turun aplikasi GT Dollar di App Store (ios) dan Play Store (android) esekarang, kredit percuma RM300 terus dalam akaun anda.

Tertarik bukan? Jadi tunggu apa lagi? Download aplikasi ini sekarang!
GT Mobile
GT Robot-Wonder Boy
Selain daripada GTDollar (apps), terdapat juga GT Mobile, GT Toll, dan GT Robot. Dalam majlis pelancaran GT Dollar ini, GT Group telah juga memperkenalkan GT Robot yang dikenali sebagai "Wonder Boy" dan GT Mobile. Ini Neeza akan jelaskan lebih lanjut entri akan datang produk-produk keluaran GT Group.

Memang Neeza sangat seronok menghadiri majlis pelancaran teknologi seperti ini. Dapat melihat kecekapan teknologi sekarang yang semakin bergerak ke hadapan sangat mempersonakan Neeza kerana dengan platform dan produk baru ini membuatkan negara kita Malaysia juga kelihatan seperti negara-negara maju yang lain.

Apapun sekalung tahniah buat GT Group untuk majlis pelancaran ini, semoga GT Dollar dan produk-produk yang lain akan terus maju dan mendapat tempat di Malaysia seperti mana syarikat-syarikat telekomunikasi yang lain.

Salam sayang,
Neeza

Wednesday 18 January 2017

Review Japanese Shaved Ice Dessert Kakigori

Assalammualaikum
Setelah menyambut Tahun Baru di Putrajaya, sekali lagi, Neeza bersama-sama Fyra dan Izzah meluangkan masa untuk mencuba Japanese Shaved Ice Dessert Kakigori sebelum mereka menghantar Neeza balik ke KL Sentral.
Neeza memang tak tahu menahu langsung mengenai Kakigori ini sebenarnya. Ini adalah cadangan dari Fyra.sendiri yang ingin merindui Shaved Ice Dessert semasa melancong ke Korea. Maklumlah, Fyra kan travel blogger yang mempunyai banyak pengalaman melancong ke negara-negara Asia.
Neeza dan Izzah pun ikut jelah. Masa datang tengok dari luar kedai, ramai dah beratur nak bergambar dekat depan kedai. Nampaklah konsep kedai Jepun sebab ada langsir ini.
Masuk je kedai, kaunter berada di hadapan sekali. Mula-mula kenalah beratur untuk ambil tempahan. Sekiranya anda merupakan pengunjung kali pertama dan tak tahu menahu langsung mengenai Kakigori ini, pekerja di ruangan kaunter ini akan menjelaskan menu-menu yang ada dan wajib dicuba. Pekerja pun ramah dan baik.

Selesai sahaja membuat tempahan dan bayar, pekerja itu akan memberikan nombor giliran. Sekiranya anda haus, Kakigori menyediakan cawan dan air mineral berdekatan kaunter. Layan sendiri ya. Hehe.
Bila giliran anda sampai, anda kena ambil sendiri di rak ini. Nasiblah siapa dapat rak atas itu kena lebih hati-hati sebab boleh tahan berat juga Japanese Shaved Ice Dessert ini.
Menurut Fyra, dia teringin nak merasai Japanese Shaved Ice Dessert yang limited edition untuk Krismas. Nama perisa itu ialah Christmas Elderberry with Elderflower Espuma. Kalau dekat Malaysia ini, Japanese Shaved Ice Dessert ini ala-ala ABC cuma teksturnya lebih halus. Bila cuba perisa Christmas Elderberry with Elderflower Espuma ini, rasa dia ada masam-masam (Elderberry itu kot), manis (ada aiskrim Vanila dan biskut Krismas) dan icy. Bagi Neeza okaylah sedap tak terlampau masam dan manis.

1 mangkuk ini sudah cukup mengenyangkan kami bertiga sebenarnya, nasib baik tak ambil lagi semangkuk kalau tak, macam manalah nak habiskan. Hahaha. Dari segi harga, agak sedikit mahal lah bagi Neeza tetapi kalau sekali sekala tak salah kot nak mencuba kelainan terutama pemburu makanan (food hunter) ini.
Konsep kedai ini memang sempoi. Dekorasi yang sangat minimalis dan sambil makan dengar lagu jazz cukup menenangkan para pelanggan.

Setelah selesai makan, jangan harap ada pelayan nak ambilkan mangkuk kalian ya. Huhu. Kena hantar sendiri mangkuk itu ke kaunter dapur. Dah pun masuk dalam kedai Jepun, budaya Jepun tetap ada di situ kenalah lebih rajin sikit ambil dan pulang balik mangkuk itu dan sikap ini membuatkan Neeza teruja.

Terima kasih Fyra sebab belanja kami makan di sini. Kalau Fyra tak perkenalkan mesti Neeeza tak tahu langsung kewujudan Kakigori di Malaysia, maklumlah nak melancong ke Jepun belum cukup duit lagi, hehe.

Okaylah sekian sahaja review Neeza kali ini.

Kakigori Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

Nama Restoran: KAKIGORI
Alamat: 25, Jalan 20/13, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Nombor telefon: +60 3-7865 8999
Operasi: 2–11 pm (kecuali Isnin)

Salam sayang,
Neeza.

Sambut Tahun Baru di Festival Lampu Putrajaya 2016

Assalammualaikum
Dah 19 hari rupanya tak menulis di blog ini. Rasa macam lama sungguh. Maklumlah awal tahun ini memang sangat sibuk dengan persediaan dan peperiksaan akhir untuk semester 3 ini. Biasalah, kalau nak menulis satu entri pun dah makan masa berjam-jam. Hehe.

Dalam kesibukan nak menghadapi peperiksaan akhir ini, Neeza sempatlah singgah ke Putrajaya untuk menyambut Tahun Baru di Festival Lampu Putrajaya 2016. Bagilah peluang sikit, asyik stress belajar je, kita curilah masa sikit untuk bergembira. 

Sebenarnya tak rancang pun nak sambut malam Tahun Baru dekat Putrajaya ini. Pada hari tersebut, 31 Disember 2016 itu, masa tengok golek-golek atas katil, Neeza terimalah mesej dari AJ. Dia ajak Neeza ikut dia ke rumah kawan blogger, ada jamuan makan-makan petang itu. Masa itu, kira freelah juga tak tahu nak buat apa, jadi setujulah pergi.

Masa itu bertolak dari Shah Alam masuk KL. Jumpa AJ dekat Pasar Seni, lepas itu sampai je Bangsar, kawan blogger itu jemput kami, akan tetapi AJ buat kejutan masa itu dia tak ikut sekali sebab kena berkejar nak pergi Putrajaya sebab ada majlis. Kira hantar wakil lah. AJ oh AJ. Dahlah kita tak kenal kawan blogger itu. Huhuhu.

Nama dia Fyra, travel blogger dari blog www.fyrathetravelover.com . Walaupun baru kenal tapi Fyra ini sangat baik, peramah, penyayang dan comel. Bestlah kawan dengan dia. Hehe, masa sampai rumah Fyra Neeza kenal dengan lagi dua orang kawan Fyra, yang seorang itu Neeza lupa lak nama dia, hehe dan seorang lagi, Izzah, penulis untuk sebuah portal. Banyaklah juga info yang kami saling kongsikan sesama blogger dan penulis. 

Sedap Fyra masak resepi keluarga dia. Terima kasih Fyra untuk semuanya. Kemudian, selesai makan-makan, Fyra macam teringin nak pergi Festival Lampu Putrajaya 2016 ini. Masa Fyra jemput Neeza, AJ adalah ajak nak tak pergi Festival Lampu itu, sambut tahun baru sekali. Jadi, Fyra pun ajaklah Izzah. Neeza pun rasa nak pergi juga. Jadi kami bertiga pun bertolaklah dari Bangsar ke Putrajaya malam itu.

Sampai je Dataran Putrajaya, memang jammed beb. Nasib baik adalah parking kosong dekat padang itu. Terus kami berjalan dari padang itu ke dataran depan Istana Kehakiman. Neeza baru dapat tahu bahawa ini merupakan pertunjukan bunga api digital yang pertama kali dipersembahkan untuk meraikan Ambang Tahun 2017. Macam wayang pacak gitu.
Serius Neeza terpukau dengan pertunjukan bunga api digital ini. Sebelum bunga api dilancarkan, ada wayang digital di bangunan Istana Kehakiman. Macam bangunan itu gerak betul-betul je rasa.

Itulah cerita tahun baru kami. Serius best sangat. Terima kasih Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia atas anjuran Festival Lampu Putrajaya 2016 yang telah menarik seramai 700 000 pengujung bermula dari 30 Disember 2016 sehingga 1 Januari 2017. Terima kasih dekat AJ sebab menjemput kami para bloggers untuk melihat bunga api Tahun Baru.

Salam sayang,
Neeza.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.