Wednesday 31 May 2017

Dapatkan Tudung Duckscarves Dengan Murah Hanya di Carousell

Assalammualaikum dan hai semua
Dah beberapa hari puasa ini pastinya semua sedang sibuk mencari pakaian raya kan? Macam Neeza sendiri, sebelum puasa ini memang dah tempah dah baju raya, 3 pasang tau dan dah siap pun. Hehe. Neeza memang terbiasa dah pakai baju custom-made ini. Maklumlah tengoklah badan bam bam macam mana ya tak?

Baju dah ada, kasut raya pun dah ada (pau mak kasut Swiss Polo sampai 2 buah), cuma sekarang ini Neeza pening ini pening nak cari tudung. Ikutkan sekarang, Neeza memang pakai plain shawl je sebab murah sangat tapi rasa macam bosanlah. Teringin nak pakai tudung berjenama pula. Maklumlah sejak dah ada pendapatan tetap, tak kanlah nak satu style ye tak?

Sekarang ini sempena raya, Neeza memang dah target dah cari tudung jenama Duckscarves, alaaaa yang viral dekat Facebook, design The Kuala Lumpur Scarf yang lawa-lawa itu. Neeza paling suka warna kelabu dan pink. Cantik sangat tau! Sesuai rasanya dipadankan dengan salah satu baju raya Neeza nanti iaitu baju kurung moden warna hitam.
Cuma seperti kita tahu, Duckscarves ini harganya agak tinggi sikitlah (itu sebab viral) tapi bagi Neeza, bekas peminat tegar sebuah jenama tudung suatu ketika dulu, bagi Neeza tak salah kalau dapatkan tudung jenama sebegini. Asalkan diri sendiri puas hati dan diri tak seksa selepas membeli. Cukuplah.
Peribahasa "biar papa asalkan bergaya" rasanya dah tak relevan sekarang ini sebab sekarang ini kita masih boleh cantik, elegan dan bergaya dengan harga yang kita mahukan sesuai dengan bajet. Asalkan kita tahu selok belok yang betul. Lagi-lagi zaman sekarang ini, macam-macam website dan aplikasi telah tersedia untuk kita dapatkan barangan berjenama atau selebriti dengan harga yang murah seperti Carousell.
Jujur Neeza katakan, Neeza memang pengguna Carousell dan selalu beli barang macam mekap dan handbag di sini. Lebih murah dan jimat. Senang berurusan di Carousell sebab mudah dan cepat. Terus chat seller dan buat temu janji untuk serahkan barang. Senang sangat! Sekarang ini Neeza sibuk cari perabot pula tapi tetap juga meninjau tudung Duckscarves untuk raya nanti. Hehe.
Di Carousell, anda boleh dapatkan item baru dan second hand di sini. Bagi Neeza tak salah untuk gunakan barang second hand sebab kita tahu kita tak mampu dengan bajet ada tapi tak nak sampai termimpi-mimpi baik beli. Asalkan barang second hand itu berkualiti baik itu dah cukup.
Macam tudung, ada sesetangah jenama, walaupun second hand, sekiranya koleksi tudung itu merupakan off season dan rare di mana susah sangat nak dapat, harga makin tinggi tau tetapi di Carousell, anda akan dapatkan dengan harga lagi murah sebenarnya. Best tak best?

Kalau anda ada pakaian yang jarang guna atau barangan yang banyak tidak digunakan, anda bolehlah jadi penjual pula di Carousell. Bukan setakat membeli sahaja, anda pun boleh post untuk jualan. Carousell sememangnya platform yang sangat terbaik digunakan untuk menjual barangan preloved.

Pengalaman Neeza sendiri menjual barangan preloved, dulu Neeza sendiri selalu jual di sebuah WEBSITE LAIN, akan tetapi urusannya sangat leceh, perlu masukkan verication code dan tunggu pelepasan dari pihak website tersebut untuk lepaskan iklan kita dalam website mereka. Lepas itu susahlah juga untuk pengguna sebab kena copy paste nombor telefon penjual untuk save dalam contact Whatsapp, Leceh ya ampun.
Bukti tau memang applikasi Carousell kena ada dalam phone 
Bagi Neeza sendiri seorang pengguna Carousell, Neeza memang dah download aplikasi Carousell dalam telefon Neeza. Lagi mudah dan terbiasa. Sambil tunggu orang sambil makan tak tahu buat apa, kita cuci matalah dekat Caraousell. Hehe. Bagi sesetengah orang, mungkin lagi suka tengok di website di PC. Tak apa, mana-mana pilihan anda, Carousell telah mereka design yang memudahkan para pengguna Carousell dari pelbagai umur untuk membeli belah. Asalkan mahir guna teknologi. Gitu!
Selain daripada tudung, barangan elektronik dan gajet, kesihatan, kereta, motosikal, aksesori kenderaan, video game, alatan permainan, barangan dapur dan macam-macam lagi turut dijual di sini. Kalau pakaian pula, bukan sahaja pakaian wanita, malahan ada pakaian lelaki dan muslimah turut dijual di sini. Sesuailah itu kalau anda nak cari baju raya nanti. Pendek kata, macam-macam pilihan ada dan semuanya di bawah satu aplikasi atau website, Carousell.

Jadi tunggu apa lagi, jom terjah Carousell di website atau download sahaja terus di applikasi Android atau Appstore dalam telefon anda. Kalau dah download dan ada akaun Carousell, add lah Neeza di @neeza02. Bolehlah saling sokong-menyokong kita berjualan di sana sebab Carousell menyediakan ruangan untuk community tau.

Okaylah, itu sahaja perkongsian Neeza hari ini. Dah download belum? Cepat buat sekarang! Hehe.

Maklumat lebih lanjut;
Website- https://my.carousell.com/
Facebook- https://www.facebook.com/carousell.my

Salam sayang,
Neeza

Monday 29 May 2017

60 000 pasang baju raya percuma untuk penduduk Tanah Merah

Assalammualaikum dan hai semua
Baru-baru ini Neeza berpeluang ke majlis menandatangani perjanjian usahasama antara Jakel Shah Alam dan ahli parlimen Tanah Merah bagi penyerahan sumbangan sebanyak 60 000 pasang baju raya.
Ahli Parlimen Tanah Merah YB Dato' Sri Haji Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Barisan Nasional berhasrat memberi hadiah baju raya serta pakaian kepada semua pengunding Tanah Merah yang tinggal di Tanah Merah atau tinggal di luar Kelantan tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik bagi menghargai sokongan yang diberikan kepada beliau selama ini dalam mentadbir Tanah Merah selama 4 tahun ini sebagai ahli Parlimen Tanah Merah.

Dato' Sri Haji Ikmal Hisham Abdul Aziz menyatakan hasrat beliau bahawasanya sumbangan ini dapat menggembirakan penduduk Tanah Merah, Kelantan pada bulan puasa. Hadiah ini layak diterima oleh mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi Tanah Merah sehingga Mac 2017. Jenis sumbang merangkumi;
  • Lelaki Melayu - Baju Melayu
  • Wanita Melayu - Baju Kurung
  • Lelaki bukan Muslim - Baju Kemeja
  • Wanita bukan muslimah - Kain

cantikkan koleksi baju raya dari Jakel ini?

Jakel Shah Alam dipilih sebagai pembekal untuk agihan baju raya ini kerana kita sedia maklum bahawasanya kualiti material kain dan baju daripada Jakel adalah bagus dan pelbagai. Lihatlah tahun ini pelbagai design dan jenis  fabrik berkualiti tinggi untuk Aidilfitri tahun ini mengikut duta duta mereka tahun ini iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana, Harith Iskander, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar serta 3 ikon kempen iaitu Janna Nick dan Rozita Che Wan pada 3 Mei lalu.

Jakel Shah Alam
Alamat: No. 27, 29, 31, 33 & 35, Jalan Plumbum S7/S,  Seksyen 740000 Shah Alam, Selangor
Laman web: http://www.jakel.my/
Facebook: Jakel Online
Instagram: @jakeltextile

Lebih istimewa lagi kepada para penduduk Tanah Merah dapat membuat pilihan masing-masing dari segi warna, corak serta saiz yang dinginkan. Namun, sumbangan ini akan dilakukan secara berperingkat mengikut kumpulan penerima dan kesemua akan menerima barangan masing-masing sebelum hari raya.
Agihan ini akan bermula dari 10 Ramadhan sehinggalah 15 Syawal. Dato' Sri Haji Ikmal Hisham Abdul Aziz sedia maklum dan memahami bahawasanya kebanyakan penduduk yang mendaftar di Tanah Merah merantau dan bekerja di negari atau negara lain dan akan pulang di akhir Ramadhan untuk menyambut Syawal, jadi mereka tidak perlu gusar jika tidak dapat sumbangan ini maka Dato' Sri Haji Ikmal Hisham memanjangkan agihan ini sehingga 15 Syawal nanti.

Pada penduduk Tanah Merah yang ingin ambil baju nanti, mudah sahaja caranya iaitu tunjukkan kad pengenalan dan nyatakan saiz dan terus dapat. Mudah kan? Serius, bagi Neeza sebagai bukan warga Tanah Merah, amatlah rugi sekiranya penduduk di Tanah Merah Kelantan tidak mengambil peluang untuk dapatkan baju raya secara percuma tau.

Oh ya, bonus kepada penerima, jika datang ambil baju raya, sekiranya isi borang cabutan bertuah (ada 5 borang disediakan) anda berpeluang untuk memenangi motosikal, television, lembu, hamper dam lain-lain.

Jadi tunggu apalagi, ayuh penduduk Tanah Merah dapatkan baju raya anda!

Berita baik untuk pelanggan-pelanggan Jakel, pertama kalinya Jakel Shah Alam bekerjsama dengan Haqqi iaitu sebuah portal online barangan haji dan umrah serta barangan muslimah akan membangunkan khemah besar jualan Aidilfitri bersebelahan Petronas Seksyen 7 Shah Alam yang tidak jauh dari Pusat Komersial. Terdapat lebih 20 jenama artis terkenal akan dibuka sepanjang Ramadhan bermula 1 Ramadhan sehingga malam raya.

Salam sayang,
Neeza

Kredit gambar: Isaac Tan dan Kak Nannie

Saturday 27 May 2017

Gema Buffet Ramadhan The Venue Shah Alam

Assalamualaikum dan hai semua

Alhamdulillah, baru-baru ini Neeza berkesempatan ke The Venue, Shah Alam sempena preview Buffet Gema Ramadhan. Sungguh teruja Neeza dibuatnya sebab Neeza tahu tentang The Venue, Shah Alam ini sebagai tempat melangsungkan tali pertunangan antara Joy Revfa dan Hafiz Hamidun. Neeza memang ikuti perkembangan sis Joy sebab minat dan kagum dengan semangat keusahawanan beliau membangunkan syarikat kosmetik sendiri, Merve.
Okay berbalik semula tentang The Venue, Shah Alam ini, ia merupakan dewan atau bangunan 3 tingkat yang memang luas dan sesuai sangat-sangat kalau nak langsungkan  pelbagai acara di sini. Masa Neeza mula-mula sampai sini, terus Neeza rasa kagum sebab dekorasi sangat cantik, luar dan dalam tau. Untuk raja sehari memang sesuai lah kalau anda jadikan The Venue Shah Alam sebagai memori terindah di hari persandingan anda. Konsep Grand Ballroom Hotel tau. Memang grand!
Dilengkapi dengan hawa dingin pasti anda rasa nyaman di sini dan kemudahan lain seperti parking yang luas, surau, bilik VIP dan kawasan lobi yang selesa. Lokasi pun strategik di Seksyen 15 dan mudah dicari. Search je dekat Waze dan Google Maps, gerenti jumpa.

Jadi sempena bulan Ramadhan ini, The Venue, Shah Alam menganjurkan buffet Gema Ramadan yang mengetengahkan masakan tradisional dan masakan kampung di mana pelbagai jenis lauk-pauk serta kuih muih serta pencuci mulut yang menarik membuatkan anda terimbau dengan kenangan dan memori di kampung. Gitu.
Aneka kuih muih dan kurma 
Antara pencuci mulut dan buah-buahan disediakan
Serius memang banyak menu di sini sampai Neeza sendiri rambang mata nak makan mana satu sebab ada daging salai lemak cili api, sambal udang, kerabu mangga, gulai siput sedut, ayam pandan, gulai ikan patin, rendang ayam dan macam-macam lagi.
Meh close up sikit menu-menu yang ada di sini pasti buat anda terliur punya..
Kebetulan semasa Neeza datang ini, Maria Tunku Sabri (berbaju hijau) dan Zaim (Personaliti TV3 berbaju hitam di tengah) juga turut hadir memeriahkan preview Gema Ramadhan, The Venue Shah Alam ini tau. Lagi bertambah teruja Neeza sebab pertama kali lihat bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan. Selalu lihat dekat TV je ini. Siap ada demo masakan Daging Salai Bakar (Masakan Nogori Sembilan) tau dari pemilik (berbaju merah) dan chef  (berbaju putih)The Venue Shah Alam.
Majlis juga diserikan dengan pertunjukan fesyen dari butik El Husna sempena koleksi raya Aidilfitri. Bertambah rambang matalah Neeza macam ini.
Diserikan dengan cabutan bertuah dari pihak The Venue Shah Alam. Meriah beb The Venue Shah Alam ni..
Okaylah, sekiranya anda juga berminat untuk menikmati buffet Ramadhan seperti yang Neeza nikmati di sini, The Venue Shah Alam mengadakan promosi seperti berikut;
Saranan Neeza, anda kena telefon dulu untuk menempah ya. Dan sekiranya berminat untuk mengadakan majlis perkahwinan atau pertunangan dan sebagainya, bolehlah hubungi;

THE VENUE SHAH ALAM
Alamat: No.15 Jalan 15/22, Tiong Nam Industrial Park, Seksyen 15, 40200 Shah Alam Selangor
Nombor telefon: 019-8585 825 / 03-5524 7585
Email: thevenueshahalam@gmail.com
Facebook : The Venue Shah Alam
Instagram : @thevenueshahalam

Jom Iftar di Restoran Nelayan Gombak

Assalammualaikum dan hai semua,
Cepatnya masa berlalu kan, tup tup dah masuk setengah tahun dah di mana Ramadhan mula berkunjung tiba. Dan malam ini seluruh umat Islam sudah mula mengerjakan terawikh dan akan berpuasa pada esok hari. Jadi malam ini mesti dah terfikir nak makan apa sempena berbuka puasa esok.

Kalau masih tak ada idea nak berbuka di mana, Neeza nak sarankan dengan anda semua untuk ke Restoran Nelayan Gombak. Kalau nak tahu, asalnya diberi nama Restoran Nelayan Titiwangsa di mana keunikan restorannya yang terapung namun ia berpindah ke Gombak, lalu tukarlah nama ke Restoran Nelayan Gombak. 

Sempena bulan Ramadhan ini, Restoran Nelayan Gombak mengadakan promosi istimewa tahun ini, iaitu hidangan buffet serendah RM49 sahaja dan separuh harga untuk kanak-kanak dan warga emas.Wow best kan?

Dari poster sendiri, kita boleh lihat sendiri betapa banyaknya hidangan yang disediakan untuk promosi Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak. Macam-macam ada dari hidangan steamboat sehinggalah hidangan kampung. 100 jenis beb. Boleh makan sepuas-puasnya. Serius tak tipu sebab Neeza sendiri dah pergi dan rasai makan dekat Restoran Nelayan Gombak. 
Dekat meja ini ada bahan mentah untuk steambot dan beberapa hidangan contoh yang dah siap masak untuk hidangan kampung.
Antara bahan-bahan mentah daging/makanan laut/mee/sayur untuk steamboat. Semuanya segar dan bermutu.
Antara sajian hidangan-hidangan Melayu yang ada di Restoran Nelayan Gombak

Terpukau, kan?

Serius makan dekat sini memang sedap sangat! Semuanya cukup dan lazat. Lagi-lagi gulai kawah tanjung. Pergh! Air bandung pun lemak pekat. Syok sangat. Rugi kalau tak cuba lagi-lagi yang duduk Gombak.
Menariknya, anda boleh membeli belah pelbagai produk tempatan di Restoran Nelayan Gombak ini tau. Siap ada demonstrasi buat roti jala Magic tau. Banyak juga yang Neeza bawa balik, antaranya rempah kari,kurma, air kordial dan macam-macam lagi. Boleh sediakan masa sahur nanti. Hehe.
Sambil makan, pengunjung yang hadir ke Restoran Nelayan Gombak juga akan dihiburkan dengan lagu Dakwah dan Qasidah oleh kumpulan Buskers. Sedap juga nyanyian mereka.
Serius, memang sangat meriah bila berada di Restoran Nelayan Gombak ini lagi-lagi nak bulan Ramadhan ini. Memang ramai pengunjung, walaupun begitu jangan risau tentang parking sebab Restoran Nelayan Gombak ini memang dah sediakan 1 kawasan besar khas untuk tempat letak kereta untuk keselesaan pengunjung.

Jom pakat-pakat ramai ke;

Restoran Nelayan Gombak
Alamat: Batu 3/4 Jalan Gombak Utara Kuala Lumpur
Nombor telefon: 03-61858400 / 013-2237228

Salam sayang,
Neeza
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.