Tuesday, 22 August 2017

Nikmati Makanan Korea yang sedap di BBQ Chicken Kelana Jaya

Assalammualaikum dan hai semua,
Rasanya lama benar Neeza tak makan makanan Korea tapi akhir-akhir ini lah, bila dah nak masuk semester, mulalah teringin lagi-lagi ayam Korea. Lagi teringin bila setiap masa tengok Kdrama. Oh ya, sekarang Kdrama yang Neeza tengok on-air ialah Brides of Water God, School 2017, The King in Love, My Father is Strange, Criminal Minds, Reunited Worlds dan Women in Dignity (final episode). Fuh, banyak. Macam mana tak craving makanan Korea?

Nasib baiklah Rabu lepas, sebelum Neeza balik Muar ini, Neeza berkesempatan untuk nikmati makanan Korea di BBQ Chicken Kelana Jaya. Kalau tak sampai ke sudah teringat ayam Korea ayam Korea dekat Muar ini. Dahlah tak ada cawangan mana-mana di sini.

Untuk pengetahuan, Neeza pun pertama kali ke sini tau tapi bila dah berkunjung di sini, memang akan jadi antara restoran makanan Korea kegemaran Neeza lah sebab Neeza dah tahu menu mana yang paling sedap dan berbaloi kalau datang ke restoran BBQ Chicken ini.
Pintu masuk BBQ Chicken Kelana Jaya
Pandangan hadapan Kedai BBQ Chicken Kelana Jaya
Kalau datang ke BBQ Chicken Kelana Jaya, lokasi kedai memang tak jauh dari Tesco dan Giant Kelana Jaya. Serius senang cari kalau guna Google Maps dan Waze.

Bila melangkah masuk ke dalam restoran BBQ Chicken ini, terasa cool sangat kawasan persekitarannya. Sesuai untuk gaya anak-anak muda dan restoran ini family-friendly. Kalau nak bawa anak-anak atau bayi pun disediakan kerusi khas untuk mereka. Dan paling penting, restoran ini halal ya!
Kawasan premis pun bersih dan teratur. Suka sangat bila dah masuk ke dalam BBQ Chicken Kelana Jaya ini.
Dah lihat kawasan restoran? Jom beralih pada hidangan pula.
Terdapat 6 hidangan yang Neeza telah cuba di BBQ Chicken Kelana Jaya ini. Antaranya ialah;
9pcs Hot-hot Chicken 
Ayam diperap dengan resepi bbq's Hot & Spicy. Kombinasi yang baik antara rasa pedas dan garing.
5 pcs Paris Wing
Kepak ayam garing yang diperap dengan sos Paris bbq's bersama bawang putih dan cili segar
Kimchi Jjigae       
Hidangan ini sebenarnya 1 set tau. Hidangan panas sup kimchi bersama tofu lembut bersama nasi dan kepak ayam Kanjang            
Bulgogi Dol-Sal Bap
Hidangan bulgogi bersama sayur-sayuran yang terletak di atas nasi
Kimchi Bokkeumbap
Gabungan BBQ's nasi goreng kimchi bersama telur mata, ayam grill bersama salad segar
Sous-Vide Chicken Salad
Sayuran segar bersama dada ayam yang lembut. 
ULASAN
Bagi Neeza hidangan paling sedap ialah Hot-hot Chicken dan Kimchi Bokkeumbap. Hot-hot Chicken ini memang pedas. Tapi untuk pencinta pedas macam Neeza ini okaylah. Lebih kurang pedas mee samyang yang viral itu, bukan dari segi rasa tapi persamaan kepedasan itu terasa di hujung-hujung lidah. Ayam memang garing crispy. I like! Macam tak cukup 9 pcs. Hidangan Hot-hot Chicken ini paling popular dan mendapat permintaan pelanggan ya. Sekiraya tak tahan pedas tapi masih nak makan Hot-hot Chicken, sesuai digabungkan bersama hidangan Bulgogi Dol-Sal Bap. Cubalah. Sedap tau. 

Paris Wing sesuai untuk mereka yang tak makan pedas sebab sos Paris ini manis-manis likat. Sedap juga. Set Kimchi Jjigae pula untuk mereka yang inginkan hidangan panas. Sup kimchi bersama tofu lembut membuatkan kita terasa makan makanan rumah. Kimchi Bokkeumbap merupakan kesukaan Neeza sebab nasi goreng kimchi! Like it so much. Dihidangkan bersama telur mata di mana kuning telur cair, memang sedap. Nasi goreng kimchi ini agak pedas sikit, jadi kalau tak makan pedas, kuning telur cair ini dapat mengurangkan rasa pedas itu. Ayam grill membuatkan hidangan ini lagi lengkap. Akhir sekali, bagi mereka yang sedang berdiet, sesuailah pesan Sous-Vide Chicken Salad ini. Rasanya taklah masam sangat. Just nice!

Kalau ada makanan mestilah ada minuman. Setelah makan pelbagai hidangan yang pelbagai ini, eloklah sekiranya Neeza ambil Korean Tea ini (brown rice tea). Lebih kurang seperti Green Tea lah. Rasa memang lega betul minum Korean Tea.
Korean Tea
Memang puas hati sangat makan dekat BBQ Chicken Kelana Jaya ini. Memang Neeza bagi 5 bintanglah kalau restoran ini. Bukan senang tau nak bagi banyak bintang sebab Neeza ini memang penggemar makan makanan korea dan memang cukup teliti dalam mencuba semua restoran makanan korea. Hehe.

Bukan sahaja di Kelana Jaya Jaya, BBQ Chicken juga turut ada beberapa cawangan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Penang, Sabah dan Sarawak. Boleh CHECK SINI!

Okay, sekiranya anda datang ke BBQ Chicken ini, terdapat beberapa promosi yang dijalankan dan antaranya ialah;
Potongan RM5 sekiranya menggunakan apps Kiple
Promosi set lunch dari RM15.90. Murah tau!
15% diskaun potongan pengguna Maybank untuk setiap bil minima RM50

Untuk maklumat lebih lanjut;
BBQ CHICKEN
Alamat: Ground Floor, No. 6A-1, Jalan SS6/6, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
No telefon: +60 3-7803 0330 
Instagram: @bbqchickenmalaysia

Salam sayang,
Neeza.

Saturday, 19 August 2017

Nikmati Rawatan Spa di Sembunyi Spa, Cyberview Resort

Assalammualaikum dan hai semua,
Okay, nak sambung cerita bahagian terakhir staycation Neeza di Cyberview Resort dan Spa sebelum pulang ke rumah. Di Cyberview Resort & Spa, selain penginapan dan makanan, satu lagi kemudahan yang Neeza sempat nikmati di sana adalah rawatan spa. Memang tak lengkap kunjungan ke sana kalau tak buat spa sebab dah nama pun hotel resort dan spa kan?

Sembunyi Spa ini mempunyai keluasan sekitar 10 000 kaki persegi di mana menyediakan rawatan tradisi Asean yang merangkumi rawatan badan, muka dan urutan serta kemudahan gym, kolam renang, jakuzi, bilik sauna.

Jadi sebelum memulakan sesi rawatan di sini, para pelanggan akan diminta untuk duduk di sini untuk isi borang. Serius, satu kawasan Spa ini wangi yang menenangkan.
Kemain cik Alja kita. hehe. Alja boleh tahan minum air herba. Neeza tak boleh. Dapat habiskan separuh. Air herba ini ada rasa serai dan halia. Yang lain tak dapat detect. Masa isi borang sebelum dan selepas, memang dihidangkan air ini.

Sebelum menikmati pakej spa, bilik persalinan disediakan untuk pelanggan.
Di bilik inilah Neeza menikmati pakej spa Maha Brata. Diurut seluruh badan dan memang rasa kelegaan.
Mesti anda tertanya apa itu rawatan Maha Brata?

Okay, kalau nak tahu, Maha Brata ini merupakan rawatan yang terkenal di Sembunyi Spa Ia adalah rawatan urutan unik yang berasal dari Bali, yang menggunakan bahan asas kemiri atau lebih dikenalikan sebagai buah keras atau dalam Bahasa Inggeris sebagai "Candlenut".

Kalau nama botaniknya ialah Aleuritis moluccanas. Ia merupakan kombinasi sentuhan bersama asid lemak dalam Kemiri di mana ia mempunyai peratusan yang tinggi dalam asid palmitik, stearik dan oleik yang memberikan kulit kita menjadi lebih sihat, bersinar dan lembut.

Rawatan Maha Brata ini berlangsung selama 90 minit dan harganya cuma RM296.80 sahaja. Serius best sangat!

Selepas berurut, Neeza pun beralih ke bilik sauna dan jakuzi. Terdapat dua jenis bilik sauna yang disediakan iaitu;
Bilik Sauna marmar
Bilik sauna traditional
Antara bilik sauna dan jakuzi, Neeza lagi prefer jakuzi. Lagi best dari tab mandi. Hahaha
Mesti ada yang tanya, kalau tak ambil pakej spa di sini, boleh tak guna bilik sauna dan jakuzi di Sembunyi Spa?

Jawapannya, boleh. Bilik spa dan jakuzi ini adalah sebahagian dari kemudahan yang disediakan oleh pihak resort untuk tetamu penginapan mereka. Bukan setakat bilik sauna dan jakuzi malahan nak berenang di kolam renang pun boleh ya. Asalkan bawa kad bilik anda.

Sekitar kawasan kolam renang di Sembuyi Spa
Tempat untuk berehat
Tak sempat nak melawat ke kawasan gym sebab lepas sahaja habis rawatan, terus hujan lebat. Nasib baik ada pengangkutan bogy, terus balik ke bilik dan check out.

Oh ya sebelum terlupa, selain daripada pakej spa Maha Brata, ada juga pakej-pakej lain disediakan terutamanya untuk raja sehari. Serius rawatan spa di sini memang A-class dan harga sangat berpatutan.
Dan juga ini adalah sedikit sebanyak info di Sembunyi Spa.

Terima kasih kepada pihak Cyberview Resort & Spa untuk pengalaman penginapan yang sangat best. Semua barisan staff terutama Sooky, meja reception, pengangkutan, restoran Bistro Cascata, restoran Verandah dan juga spa memang memberikan layanan yang baik.

Memang Neeza rekomen untuk anda ke Cyberview Resort & Spa ini sekiranya ingin menikmati percutian yang menenangkan atau sekiranya anda berada di kawasan Cyberview atau Putrajaya. Untuk maklumat lebih lanjut,

Cyberview Resort & Spa
Alamat: Persiaran Multimedia, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Telefon: +60 3-8312 7000
Instagram: @cyberviewresort

Salam sayang,
Neeza

Friday, 18 August 2017

Makan Malam dan Sarapan di Cyberview Resort & Spa

Assalammualaikum dan hai semua,
Okay, Neeza nak sambung cerita lagi mengenai staycation Neeza di Cyberview Resort & Spa pada minggu lepas. Ahad lalu, Neeza dah cerita mengenai penginapan bilik kan? LIHAT ENTRI INI!

Kalau penginapan pun best apatah lagi makanan. Nyummm nyummm. Sebelum kita makan malam, jom kita lihat dulu pemandangan senja sekitar kawasan kolam renang Cyberview Resort & Spa. Cantik kan? Rasa macam tak nak balik.
Okaylah, jom kita makan malam. Tadaaaa.. inilah restoran yang menyajikan makan malam buat kami. Bistro Cascata!
Nasib baik dapat ambil gambar waktu petang itu masa mandi-manda. Yep, restoran ini memang betul-betul lokasinya sebelah kolam renang. Cantik macam istana kan?
Pemandangan hadapan kedai ketika waktu malam
Saat melangkah masuk, Neeza dan Alja terpegun dengan restoran Itali yang unik lagi mewah ini. Ya, kami akan makan malam dengan sajian Itali. Delizioso!
Teruja kan?

Kalau nak tahu, Bistro Cascata ini kebiasaannya menyajikan hidangan pizza homemade pada waktu siang manakala pada waktu malam, terdapat dua pilihan sajian yang anda boleh pilih sama ada hidangan secara buffet ataupun set.
Antara hidangan buffet yang disediakan, antaranya ialah;
Roasted Beef Wellington
Braised Chicken with Mushroom & Cream Sauce
Pan Fried Fish With Thyme, Orange & Capers Sauce
Margarita Pizza
Disebabkan rasa staycation kami sangat istimewa, hari ini Neeza dan Alja ingin menikmati hidangan secara set yang merupakan keutamaan Bisto Cascata pada bulan ini, iaitu set "The Taste of Rome" yang terdiri daripada;
PEMBUKA SELERA / APPERTIZER
Marinated Artichoke, Feta Cheese and Mix Letuce Salad
Okay, kita close up sikit hidangan ini..
Hidangan ini agak sedikit masam sebab ada yogurt dan cheese adalah saviour! Hehe
SUP / SOUP
Clam Chowder Soup
Zoom jangan tak zoom..
Serius ini hidangan yang paling Neeza suka. Rasa kesegaran kepah bersama sup cendawan dan bila makan dengan roti, rasanya memang sedap sangat!
HIDANGAN UTAMA / MAIN COURSE
Baked Minced Beef Moussaka with Eggplant, Cream Cheese Bechamel and Napolitano Sauce
Seafood Capponata with Toasted Pesto Bread Gratin King Prawn, Red and Grem Pepper with Orange Sauce
Note: Bagi Neeza, Neeza lagi suka hidangan kedua sebab rasanya lebih ke citarasa Asian, udang pun besar dan sesuai untuk mereka yang tak makan pedas. Hidangan pertama terdiri daripada terung yang isinya merupakan daging dan cheese. Untuk rasa sos lebih kurang sos bolognese.
PENCUCI MULUT / DESSERT
Pistachio Brownies with Ice Cream
Note: Suka gabungan brownies bersama aiskrim vanila. Buah-buahan memang manis tau lagi-lagi strawberi itu. Perfection!
MINUMAN / DRINK
Apple Juice & Orange Juice
Kedua-duanya rasa segar dan sedap!
Nampak kan set "Taste of Rome" lebih menyelerakan? p/s: jus itu tak termasuk dalam set ya, hehe..
Alaaa~ sekala kita merasai hidangan yang ekslusif bertaraf lima bintang macam ini. Seronok tau. Apapun layanan staff di Bistro Cascata memang terbaik.

Kalau nak tahu, sekarang ini pihak Cyberview Resort & Spa mengadakan promosi untuk set "Taste of Rome ini tau". 
Okay, keesokan hari, kebiasaanya penginapan di hotel mesti ada menyediakan sarapan. Kali ini, kami bersarapan di Restoran Verandah pula.
Pemandangan di dalam restoran
Pemandangan luar. Nampak lebih cozy di sini.
Yelah, kalau makan malam tadi kita dah rasa hidangan set, sarapan pagi ini kita rasalah pula hidangan secara buffet. Boleh makan sebanyak yang anda nak. Maklumlah dah nak balik kan, mesti nak rasa puas-puas. Hehe.

Di restoran Verandah ini, ada hidangan makanan Melayu, makanan Cina, makanna India dan makanan Barat. Jangan risau, pasti sesuai dengan citarasa anda!

Antara hidangan sarapan yang disediakan di restoran Verandah;
Mix vege, nasi goreng, roti pratha dan kuah dall
Sarapan Neeza round 1, hehe.. nampak sikit macam diet je, tapi banyak tau. Lagi-lagi hidangan dessert itu. Yummy~ oh ya, suka sangat corak pinggan itu tau.
Apapun memang puas hati dapat menikmati hidangan di Bistro Cascata dan Restoran Verandah. Memang sedaplah masakan chef di sini. Suasana pun baik. Layanan dari staff restoran pun bagus. Memang berbaloilah menginap di Cyberview Resort & Spa ini. Tak menyesal punya!

Okay, restoran Verandah pun tengah buat promosi juga.
Okaylah, sampai di sini sahaja cerita Neeza di Cyberview Resort & Spa. Selepas sarapan sebelum Neeza dan Alja pulang, dah alang-alang ke hotel resort yang ada spa, memang tak akan lepaskan peluanglah nak nikmati rawatan spa. Nak tahu selanjutnya? Tunggu~

Cyberview Resort & Spa
Alamat: Persiaran Multimedia, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Telefon: +60 3-8312 7000
Instagram: @cyberviewresort

Salam sayang,
Neeza
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.