Friday, 30 December 2016

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara- Media Sosial

Assalammualaikum,


Pagi ini Neeza dapat status yang telah ditag oleh rakan-rakan blogger susulan kes seorang blogger yang telah membuat laporan polis terhadap rakan blogger yang dikenali beliau kerana telah membuat fake account menggunakan gambarnya bersama keluarga. 

Bagi pandangan peribadi Neeza, apa yang telah dilakukan oleh rakan beliau itu adalah salah. Lebih-lebih lagi terhadap rakan sendiri. Matlamat tak menghalalkan cara. Even kita bukan blogger sekali pun, kita tetap pengguna media sosial dan setiap tindak tanduk kita mesti ada etika. Bila mana kau salah guna media sosial ini untuk kejar trafik atau viral dengan menggunakan seseorang tanpa kebenaran atau malukan seseorang secara umum dalam apa sahaja medium media sosial, ia adalah penindasan dan CYBERBULLYING.

Dan Neeza perhatikan rata-rata kes seperti ini dikatakan hanyalah sebagai GURAUAN. Seriously? 😒 Jika sehingga menjatuhkan maruah diri (maruah keluarga juga terpalit sebab di mana sahaja kita berada kita membawa nama keluarga) sehingga melibatkan emosi dan menyebabkan tekanan dan stress, ia bukanlah gurauan semata lagi. Neeza tahu perasaan mangsa kerana Neeza sendiri pun baru je kena 2 minggu lepas oleh seorang blogger otai yang telah mencemarkan nama Neeza di blog beliau, whatsapp group dan juga di ruangan komen instagram milik Neeza. Namun kes tersebut telah diselesaikan secara baik. Jadi berhati-hatilah ketika menulis di laman media sosial dan ingatlah tak semua benda atau orang yang kita boleh dijadikan gurauan. Sekian.


Yang benar,
Blogger dan juga bekas mangsa cyberbullying

10 Produk Kegemaran Yang Patut Anda Beli di Ezbuy-Tips Jimat

Assalammualaikum

Kesibukan minggu akhir semester ini membuatkan Neeza rasa sangat stress. Banyak kerja kena hantar dan banyak test. Untuk atasi rasa stress itu, jomlah kita membeli belah or shopping. Disebabkan kita tak ada masa nak window shopping, online shopping adalah pilihan terbaik ketika ini. Yelah, kalau tak beli pun, tengok barang-barang itu pun dah buat kita gembira. Kurang sedikit stress.

Minggu lepas, Neeza ada berborak dengan kawan serumah tentang laman web mana yang murah untuk kita membeli belah secara talian ini. Dari perkongsian kawan serumah Neeza, baru Neeza tahu mengenai kewujudan Ezbuy. Dia kata Ezbuy ini serius murah gilaaaaaa!


Mula-mula macam tak percaya tau. Eh? Eh? Ye ke? Bohonglah kalau murah sangat. Betul ke cakap dia ini kan?



Bila jengah sendiri laman web Ezbuy, ya ampunnnnnnn..... murahnya! Banyak pilihan pula itu. Serendah RM15 pun ada!

I am so excited!

Dan kalaulah Neeza diberi pilihan untuk membeli 10 jenis barang, antara...

10 Produk yang menjadi tumpuan Neeza di Ezbuy ialah;

1. Handbag
RM 35.86 KLIK SINI
Neeza seorang yang sukakan gaya yang ringkas. Walaupun ringkas masih ada elemen elegan dan ekslusif dalam penampilan Neeza. Jadi, handbag akan memainkan peranan tersebut, cuma susah sedikitlah nak cari handbag yang tampak ekslusif tapi murah. Hehe. Maklumlah hidup dalam ekonomi sekarang kena berjimat cermat dalam membuat pilihan. Tapi bila tengok pilihan-pilihan hanbag dekat Ezbuy, perghhh murah-murah belaka serendah RM10 pun ada. Cuma yang paling memikat di mata Neeza seperti gambar di atas. Nampak ekslusif sangat tapi boleh dapat bawah RM50. Sangat okay!

2. Fitness Equipment
RM 67.59 KLIK SINI
Seperti korang tau Neeza kan tengah berusaha untuk menurunkan berat badan. Cuma itulah sekarang ini tak ada masa nak pergi gym. Lagi-lagi nak final exam ini. Busy sangat-sangat. Kalau boleh, Neeza nak cari fitness equipment yang boleh cover macam-macam bentuk workout. Akan tetapi Neeza tahu, harga fitness equipment ini paling murah RM150 ke atas sebab Neeza dah lama survey dekat pasaran. Bila tengok laman web Ezbuy, ya Rabb biar betul? Bawah RM70 je tau!
3. Phone Gadget
RM 33.10 KLIK SINI
Untuk kaki selfie seperti Neeza, fish eye lens sangat diperlukan. Lagi-lagi kalau nak welfie dengan kawan-kawan atau keluarga untuk kita abdikan sebagai kenangan and upload dekat Facebook atau Instagram. Kalau dalam jumlah ramai tentulah kita nak semua orang ada dalam gambar itu kan? Maka kena beli fish eye lens yang berkualiti tinggi dan saiz mm yang besar. Maklumlah dekat kedai gadget yang saiz mm itu kecik sangat dan masih tak muat. Kalau ada pun, mesti harga cekik darah. Bila survey dekat Ezbuy, memang tak mengecewakan Neeza.

4. Best Cases for Workout
RM 24.14 KLIK SINI
Neeza kan selalu exercise terutama lari atas treadmill tak pun cycling, memang bosan sangat kena buat itu selama satu jam. Kadang-kadang itu tak sampai 10 minit terus lemah. Justeru itu, Neeza sangat perlu dengar lagu sebagai hiburan terutama lagu-lagu rancak untuk kekal stamina dan semangat nak kurus itu. Cuma kalau letak handphone dekat ruang dashboard treadmill atau kocek semasa cycling, handphone Neeza akan selalu jatuh ke lantai bila Neeza buat gerakan secara agresif. Habislah handphone boleh selalu rosak kalau buat macam itu kan? Jadi case handphone untuk workout yang letak di tangan sangat Neeza perlukan. Haaa, lupa pula! Kalau ada sport case ini, Neeza boleh guna apps untuk track nadi jantung Neeza menerusi apps running semasa workout. Yes, I really need it!

5. Sport Shoes
RM150.34 KLIK SINI
Neeza cuma ada sepasang je kasut sukan dekat rumah, kalau beli ini dah boleh start jadi koleksi kasut sukan. Maklumlah selalu usha IG personal trainer cemburu dengan mereka banyak betul kasut sukan yang mereka ada. Neeza cuma ada satu je tau. Akan tetapi bajet tak berapa nak besar sebab harga kasut sukan mahal sangat, atas RM200. Bila survey dekat Ezbuy ini, ya rabbb RM150 sahaja! Warna pink pula itu. Omaigadddd I really want this!
6. Tableware
RM 10.55 KLIK SINI
Kalau usha IG dan FB Neeza, mesti korang tau Neeza kan suka masak kan? Akan tetapi barang dapur Neeza tak cukup terutama alatan untuk buat kek. Bukan setakat alat buat kek, set pinggan pun tak ada. Hahaha, bila nampak set ini dekat Ezbuy terus Neeza jatuh cinta. Paling mengejutkan Neeza. Cuma RM10 je. Memang dalam hati kata Ezbuy ini terbaik sangat!
7.Air Fryer
RM 130.34. KLIK SINI
Seseorang pernah nasihatkan Neeza untuk dapatkan air fryer kalau nak diet. Jadi, nak mulakan balik misi diet Neeza yang dah lama kelaut, Neeza rasa nak beli sebiji. Kalau ada air fryer ini senang masak tak ada minyak dan jimat masa. Cuma belum berkesempatan nak beli sebab harga air fryer dekat pasaran mahal gila, paling murah RM300. Bila cari dekat Ezbuy, memang terbaik sangat! Boleh dapatkan dengan harga RM130 sahaja. Biasa harga macam ini boleh dapat air fryer secondhand tapi dekat Ezbuy, new original lagi tau.

8. Blender

RM 34.41 KLIK SINI
Rumah Neeza tak ada blender atau lesung batu. Jadi sangat susah untuk Neeza nak cuba pelbagai resepi yang perlu ditumis. Memang dah lama nak sangat blender ini senang nak masak. Neeza dah cuba cari dekat pasaraya dan kedai elektrik, mahal betul blender, paling murah RM50++ tapi dekat website Ezbuy paling murah Neeza pernah jumpa.

9. Vacuum Cleaner
RM 39.72 KLIK SINI
Untuk selalu yang tak ada masa nak kemas macam Neeza ini, letih badan tau nak menyapu guna manual ini. Lagi-lagi habuk yang kecik. Jadi perlu sangat vacuum Cuma tak naklah vacuum yang besar itu sebab ruang rumah sewa Neeza ini kecil. Bila tengok pilihan yang ada di Ezbuy, memang rambanglah.Pilihan Neeza seperti gambar di atas. Yang penting harga vacuum ini murah sangat!

10. Sofa
RM 47.52 KLIK SINI
Rumah Neeza tak ada sofa langsung kadang-kadang sampai sakit belakang duduk statik je bila nak study atau tengok TV. Kadang-kadang itu nak rehat, sakit pula baring dekat lantai. Kalau ada sofa comel macam ini pun dah okay sangat.

Bila tengok list ini balik, macam emak-emak sungguh Neeza ini. Haha, Beli barang-barang dapur dan kelengkapan rumah. Untuk kecantikan diri lebih kepada barangan sukan. Maklumlah tengah berusaha nak kurus kan.

Serius harga-harga di Ezbuy jauh lebih murah dari barangan offline dan laman web online yang lain. 1 malam pun belum cukup nak habis survey barangan yang ada di Ezbuy ini. Rambang mata sungguh uolls.

Mesti korang pelikkan, kalaulah Neeza betul-betul shopping semua dalam list di Ezbuy ini, tak risau ke pasal postage? Maklumlah confirm berat gila. Jangan bimbang. Ezbuy telah memperkenalkan PRIME untuk pelanggan yang membeli belah di Ezbuy. Serendah RM8.80 sahaja! Fuhhh tawaran memang tak boleh dapat di mana-mana laman web ini. Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai PRIME boleh KLIK SINI :D

By the way, seperti yang dijanjikan dalam status FB, Neeza nak bagi you alls beberapa keping voucher, please guna tau sempena sales akhir tahun nihh, at least you alls boleh berjimat :D

FREE RM15 Shopping Voucher

Dan juga promosi pembelian hanya RM19.90 

Dan potongan sehingga 50%

Jadi, tunggu apa lagi?

Jom ke Ezbuy sekarang!

Salam sayang,
Neeza.




Thursday, 29 December 2016

3 Carta Teratas Masakan Pilihan #bilaNeezakedapur

Assalammualaikum

Bila Neeza dah tak terlalu sibuk sangat, adalah masa nak masak. Yelah selagi dalam fasa cheat yang terus ke lautan China Selatan nih (sebelum mula balik diet Januari 2017 nanti), marilah kita memasak apa sahaja yang kita nak. Kihkih.. Nanti dah diet, langgar pantang coach dera lak, huhu

Dinner malam ini :D

Bila dah masak, tentulah post ke FB, IG waimah WeChat.. dah pun nama foodie blogger. Tak kan memanjang je nak post gambar makanan review kan. Nanti kata eh boleh percaya ke blogger ini review makanan? Masak pun tak reti.. pandai ke dia merasa bab-bab makanan ini?

Bukan setakat gambar, video insta story, live update Neeza buat tau.  Maklumlah ada haters itu kata Neeza beli dekat luar lepas itu acah letak pinggan dan claim Neeza masak. What the fish? Tak kuasa nak menipu level gitu.

Neeza pun bukannya pro masak level mak-mak gitu. Masih beginner newbie gitu. Haha. Apapun terima kasih dekat arwah atok (nenek belah mak) dan my beloved mom sebab ajar Neeza masak. Sejak tadika darjah 6 kot Neeza rajin ikut atok ke dapur tapi rajin kacau sepahkan dapur lah kot. Huhu. Kalau ajar dari potong bawang,sampai ikut uli kuih muih itu masa sekolah rendah rasanya. Ahh tak ingatlah.. huhu..

Mak pun ada ajar Neeza masak juga, cuma kebiasaan Neeza akan perhatikan cara mak potong sampailah langkah-langkah nak masak sesuatu resepi. Tapi biasalah kalau dah ada dekat rumah, anak bongsu manja bukan main. Mesti nak rasa air tangan mak. Huhu :-p

Anyway, berkenaan gambar dan video makanan yang Neeza ada kongsikan dekat FB dan IG mendapat respons yang terlalu tinggi dari kalangan sahabat, kawan-kawan blogger terutama JDT blogger serta family lah. Hehe.. respons dorang ialah request untuk Neeza masakkan untuk dorang. Hamboi :')







Antara komen-komen yang Neeza terima. Belum lagi mesej personal, dm, pm. Huhu, macamlah Neeza masak sedap sangat. Kihkih :-p Antara masakan-masakan yang mendapat permintaan tinggi ialah;

1. Buttermilk chicken
Serius ramai sangat request ni. Mungkin masakan ini rare, biasa dekat restoran Chinese Muslim atau kafe-kafe hipster je yang ada jual dan tentulah satu pinggan sampai berbelas ringgit. Kalau buat sendiri bajet RM20 masak 2 kali okay! Melantaklah sampai puas-puas.

2. Spagetti bolognese
Sebelum munculnya buttermilk chicken, spagetti bolognese menjadi sasaran kawan-kawan Neeza request Neeza masak terutama kalau berkunjung di rumah semasa hari raya. Terima kasih kepada kak ipar Neeza, kak Ida sebab dialah yang bawa resepi ini dekat rumah dan kemudian menjadi favourite keluarga Neeza. Kalau makan spagetti ini, memang boleh habis 1 periuk untuk Neeza seorang je tau. Huhu

3. Kuih keria gula Melaka
Ini semalam Neeza baru buat. Maklumlah kuih viral dekat FB, mencari merata dekat Shah Alam ini tapi tak jumpa. Bila tengok resepi eh bukan susah pun, cuma tinggal beli keledek putih je. Alahai, belakang rumah, Giant je pun! Jadi, semalam lepas settle presentation Dr O, Neeza pun buat. Tak sangka ramai request. Cuma itulah penat sikit nak buat kuih keria ini sebab nak kupas, then lenyekkan keledek, hancurkan gula melaka. Rumah sewa Neeza ini tak ada batu lesung jadi kena buat manual. Penat weyy nak lenyekkan keledek kemudian potong gula melaka sampai hancur guna pisau. Lainlah kalau ada pembantu.

Masakan-masakan lain yang Neeza selalu buat;

a. Nasi goreng

Bagi Neeza, simple je tak kanlah orang nak request tapi ada juga yang request. Maybe sebab homemade kot, maklumlah Neeza pun sendiri jemu asyik makan nasi goreng mamak itu haaa, kalau masak sendiri modify lah bahan ikut rasa. Kejap nasi goreng cina, nasi goreng kicap, nasi goreng burger dan memacamlah.

b. Pengat pisang
Bosan makan donut Big Apple sebagai manisan, sekali sekali kita nak makanlah juga manisan Melayu. Maklumlah, ada haters itu cakap, setakat Western pejam mata je lah masak, cuba masakan Melayu, reti ke? Huhu, lantaklah kaulah haters. Aku yang craving dan masak, kau sibuk pehal kan. Kihkih..

Anyway, ramai yang tanya Neeza pasal resepi. Neeza selalu juga rekod setiap kali Neeza masak cuma itulah kualiti kamera handphone tak berapa cantik, lagipun lightning dapur gelap memburukkan keadaan. Dan juga Neeza ini orangnya kalau masak tak reti nak sukat-sukat. Main campak, asalkan dapat rasa yang Neeza nak janji cukup manis, cukup masin dan sebagainya. Tak kuasa iolls nak timbang satu persatu, nak sukat guna sudu betul-betul, Neeza main agak je kalau masak. So, takut nanti korang marah Neeza pula kalau masakan itu tak menjadi. Huhu..

Okaylah, Neeza nak sambung buat assignment terakhir yang payah gila ini sebelum nak final. Lepas ini dah tak share kot masakan yang sesedap. Maklumlah lepas ini dah kena diet ikat perut keketat. Tak boleh dah nak makan memanis semua. Huhu. Bye-bye.

p/s: ingat lagi cikgu pernah cakap "kita orang perempuan, tak pandai masak tak apa, janji selalu rajin masak, lagi-lagi kalau nak pikat hati suami" masalahnya cikgu, sampai sekarang saya single nihh :') haha, kidding LOL :D #thatswhy #hastag #projekmemikatperutsendiri #setiapkali #post #gambarmasakan

Salam sayang,
Neeza

Cantik bersama Muuka - Set Polished Pink CC Cream dan Miracle Lotion Mask

Assalammualaikum

Gembiranya Neeza dapat parcel minggu lepas. Lebih-lebih lagi kalau barang make up atau skincare yang Neeza inginkan. Huhu. Betullah, parcel dari Muuka. :D
Sebenarnya CC cream Neeza dah habis dah setelah setahun pakai. Dalam banyak-banyak barang make up, selain lipstik, Neeza suka gila cuba pelbagai brand CC cream. Nayyy, I do not like foundation sebab foundation tebal. Foundation tau bukan fondaaashen macam Coco sebut itu. Kihkih. 

Sebaliknya CC cream lebih ringin dan mudah untuk blend. Lagi-lagi orang yang sibuk sangat macam Neeza ini.Tak sah kalau tak keluar rumah pakai CC cream, tak pakai lipstik pun tak apa janji kulit nampak sekata. Huhu.

Setelah cuba Polished Pink CC Cream dari Muuka ini, Neeza rasa ia akan menjadi kesukaan utama Neeza selepas ini. Neeza dapati ia memang blend dengan sekati dan ikut tona kulit Neeza. Maklumlah Neeza kan separuh kacukan cina, kalau nak cari krim muka mesti beli krim muka jenama dari Korea sebab susah nak cari tona cerah dekat Malaysia ini. Tona paling cerah pun dekat Malaysia ini pun agak gelap kalau apply dekat muka ini.

Anrara fungsi dan manfaat Polished Pink CC Cream ini ialah;
  • CC Cream mampu menjadikan kulit sentiasa lembab sama seperti memakai krim pelembab
  • Meratakan dan menyeimbangkan warna kulit
  • Merawat masalah kulit seperti jerawat, kulit sensitif dan jeragat
  • Membantu memudarkan parut jerawat dengan efektif
  • Mengurangkan minyak pada kulit wajah
  • Dengan penggunaan yang konsisten, kulit akan nampak cerah berseri secara semulajadi
  • Terdapat SPF30 yang melindungi kulit dari terkena sinaran UV yang boleh merosakkan kulit
  • Mampu mengurangkan garis halus pada kulit dan membuatkan kulit kelihatan tegang dan anjal
  • Bebas dari bahan kimia yang merbahaya
Dan harga krim muka jenama Korea ini tentulah mahal. Huhu, Neeza kan masih bergelar pelajar, iolls tak mampulah, duit pun cukup-cukup nak makan je. Huhu. Akan tetapi bila tengok harga Polished Pink CC Cream dari Muuka ini cuma RM79 wow, agak affordable. Itu sebab Polished Pink CC Cream dari Muuka bakal menjadi pilihan Neeza selepas ini.

Dan Muuka juga ada mengeluarkan sebuah produk lagi iaitu Polished Pink Secret Miracle Lotion Mask. Miracle Lotion mask merupakan satu-satunya dan yang pertama di Malaysia tau. Cuma berharga RM89 je. Rahsia wanita Jepun dan Korea dalam penjagaan kulit muka. Diekstrak menggunakan Bunga Peony, lotion mask ini seperti mask muka yang biasa. Akan tetapi;
  • Memberikan kelembapan maksimum sepanjang masa.
  • Membuatkan kulit halus, bersih dan berseri.
  • Membantukan menghilangkan bintik hitam dan menghalang pertumbuhan bintik hitam yang baru
  • Merawat kulit bermasalah seperti jerawat dan ulit sensitif
  • Menegang serta menganjalkan kulit
  • Mengekalkan kecantikan semulajadi wajah awet muda
Yang best mengenai Miracle Lotion Mask ini, Neeza apply sama ada sebagai mask ataupun toner and moisturizer bila nak mekap. Okay, Neeza sangat busy tau lebih-lebih minggu akhir semeter ini. Tak ada masa nak lembutkan wajah nak pakai banyak skincare, nak apply mask yang rupa topeng itu pun tak sempat. Lagipun Neeza tak suka sangat mask topeng itu sebab terlampau berair. Tapi bila pakai Miracle Lotion mask ini rasa sejuk, ringan dan lembap. I looike!

Masih tak percaya koleksi Polished Pink Secret dari Muuka Official?
Ini Neeza cuba sendiri. Mula-mula Neeza apply Miracle Lotion Mask dan CC cream dari Muuka. Ini perbezaan sebelum dan selepas Neeza pakai.
Setelah apply 1 muka (cuma Polished Pink CC Cream dan Lotion Mask, memang puas hatilah dengan kesan Lotion Mask dan CC cream. Nampak glowing dan 1 tona lebih cerah dari kulit asal.
Yang pasti memang best. I love set Polished Pink CC Cream dan Miracle Lotion Mask from Muuka Official. Rugi tau kalau tak cuba. 

Jom dapatkan sekarang!

Instagram: @muukaofficial
Facebook: Muuka Official

Salam sayang,
Neeza

Sunday, 25 December 2016

#MyTravelokaEscape Korea Selatan Pilihan Neeza Terbang Bersama Traveloka

Assalammualaikum.

Ya rabb.. Neeza inginkan percutian sangat ketika ini. Nak menangis tau tak dapat balik study week ini. Tak cukup 2 minggu bersengkang mata nak siapkan assignment dan test, maklumlah minggu akhir semester kan, rupanya ada juga assigmment yang tarikh hantarnya masa study week. Rasa hidup ini dihantui. Neeza memang tekadlah, lepas final exam nanti, Neeza nak bercuti puas-puas.


Yang pasti sudah tentu Neeza akan gunakan Traveloka kalau Neeza nak pergi bercuti. Tak perlu pening dah nak call satu per satu hotel atau tiket flight dekat website kapal terbang yang kekosongan masa tarikh yang Neeza nak pergi,

Traveloka dah sediakan semua, cuma tinggal pilih je hotel dan kapal terbang yang menjadi pilihan berdasarkan bajet, keselesaan dan sebagainya ikut kehendak masing-masing. Buat masa ini, Neeza rancang nak pergi Langkawi atau Pulau Pinang. 2 lokasi ini sedang bermain-main dalam minda Neeza. Hehe.
Tak sangka pula, Neeza terpilih untuk sertai dalam contest online Traveloka “You Need A Holiday lah! Huhu..



Dan soalan pertama ialah antara 10 lokasi yang dipilih Traveloka mana satu jadi pilihan peserta? Hmmm, pening juga nak pilih sebab kalau boleh nak bercuti 1 dunia. Kihkih. Memandangkan Neeza ini Korean drama freak, maka Neeza memilih lokasi Korea Selatan sebagai pilihan utama Neeza kalau Neeza nak bercuti.

Maklumlah asyik tengok cerita korea yang sangat bangga dengan makanan mereka, Neeza teringinlah nak cuba rasai makanan mereka. Dekat Malaysa ini pun dan melantak puas dekat restoran Dubuyo, Ko Hyang dan Gangnam station, tapi masih ada rasa fusion dengan tekak Melayu. Neeza nak rasa yang original itu. Alaaaa, bukan tak boleh dapat yang halal dekat Korea itu, ada cuma kena pandai carilah. Haaa dekat Itaewon ada. Yang pasti banyak menu korea yang tak ada atau susah cari dekat Malaysia ini.


Nami Island adalah lokasi utama yang Neeza nak sangat pergi kalaulah Neeza ada dekat Korea Selatan. Maklumlah dekat Malaysia mana ada musim sejuk main salji. Teringinnya nak buat orang salji dari kecil, dan baling-baling salji , guling-guling atas salji dengan special one, ooops lupa pula kita single, hahaha kena potong list itu, dan paling pasti nak bergambar di Nami Island. Cantik weeyyy.
Lokasi terhangat berlakon Kdrama terutamanya dalam Boys Over Flower yang ada F4 itu ialah Jeju Island sebab kecantikan pulau itu.  Wuihhhhh wajib pergi ini.
Neeza kan kanak-kanak riang, kalau tak singgah theme park mesti tak sah. Tempat yang paling menggembirakan untuk kanak-kanak seperti Neeza. Kihkih :P Tak dapat pergi Universal Studio pun tak apa, janji dapat pergi Everland Theme Park pun dah okay!
Eheeem teringin nak pakai Hanbok lah kalau ada dekat Korea ini. Well, nak fefeeling juga jadi suri hati Mr. Fourth Prince dalam Scarlet Heart-Ryeo. Dengar-dengar kalau teringin nak pakai handbook boleh cari dekat M Plaza. Huhuhu, tempat wajib nihh..

Dan hasrat utama Neeza kalaulah dapat pergi Korea Selatan ialah wajib singgah syarikat rakaman dan studio mereka. Contoh JYP atau S.M Intertainment tak pun SBS. Duduk dekat entrance pun jadilah. Mana tahu dapat jumpa oppa-oppa kesayangan Neeza. Lagi-lagi my fourth prince dalam Scarlet Heart, So Ji Sub ke tak pun Park Bo Gum ke atau artis-artis yang meletop dalam drama sekarang macam Goblin, Legend of the Blue Sea, hero The Weightlifting Kim Boo Joo itu haaaa... ececehh...mana tahu kannn..tapi dapat jumpa oppa lain pun dah okaylah. Jika tak dapat bergambar sekali pun tak apa, janji dapat jumpa in person dari jauh pun jadi ler..

Since minggu ini minggu terakhir contest, semoga adalah rezeki Neeza dalam contest ini, amin. Mana tau betul-betul dapat pergi Korea itu nanti kan. Hadiah pun masyuk-masyuk tau.
Okaylah untuk kaki travel or yang inginkan percutian tanpa kekusutan dan ada ketenangan, meh travel dengan Traveloka, download sahaja Apps Traveloka (IOS/Android) . Traveloka sediakan 10 000 eh bukan! bukan! Tapi 100 000 pilihan penginapan dan bekerjasama dengan 70 buah syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa. Gempak wooo.

Jadi tunggu apa lagi?

Jom travel bersama Traveloka!

Salam sayang.
Neeza



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.