Assalammuaikum
Yeayy selesai sudah assignment dan test minggu 14, cuma tinggal 1 subjek je yang masih pending due date kena hantar minggu study week. Bertabahlah Neeza, orang lain dan lega tak fikir apa-apa dan boleh balik rumah tapi kau tak. Huwaaaa. Untuk relase stress tak dapat balik, jomlah kita masak dan makan hari ini.
Hari ini pula, Shah Alam ini hujan pula, sejuk-sejuk ini mesti sedap makan pengat pisang kan. Bukan susah pun :D jadi, jom masak!
Bahan-bahan:
1. 3 biji pisang. Tak ada masa nak cari pisang tanduk ke apa ke, kita beli je pisang dekat Giant itu haaa, try cari yang belum masak (betul-betul hijau) tapi tak ada. Terpaksa guna pisang yang hampir masak, so nanti pisang ini kita letak di akhir sekali supaya dia tak hancur. Kalau korang guna pisang yang belum masak dan masih keras itu, nanti ubuh bersama-sama sagu di awal masakan.
2. Santan. Neeza main agak je isipadu, janji cukup nak larutkan dengan pisang. Neeza guna santan segar yang Neeza perah sendiri. tak jumpa santan segar yang dah siap dekat Giant, gigih itu pergi cari dekat kedai runcit kelapa yang diparut masa itu juga.
3. 1 bar gula melaka
4. 3 sudu gula
5. Secubit garam
6. 2 sudu biji sagu
7. Daun pandan
Resepi:
1. Mula-mula panaskan santan. dan masukkan biji sagu. Sekiranya guna pisang yang belum masak (keras), letak bersama-sama biji sagu. Kacau santan tunggu sehingga biji sagu kembang.
2. Kemudian, masukkan gula melaka. Kacan santan sehingga gula melaka cair sepenuhnya.
3. Masukkan gula dan garam ke dalam periuk. Kacau santan.
4. Masukkan daun pandan dan kacau santan supaya aroma santan keluar
5. Akhir sekali, masukkan pisang (in case seperti Neeza korang guna pisang yang dah masak)
6. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Selamat menjamu selera!
Mudah je nak buat pengat pisang. Hehe siapa kata masakan Melayu susah. Janji rajin je kan? Eheeeemm crush tak nak pertimbangkan saya dalam senarai awak ke? Huhu.
Nasib baiklah Neeza single kalau tak confirm boyfriend mesti gemuk sebab Neeza rajin masak. Kawan-kawan satu course, cousin, blogger bff Alja dan bff Anis semua dah pakat-pakat request suruh Neeza masakkan buttermilk chicken yang Neeza pernah post dekat IG dan Whatsapp. Berhantunya gambar itu.
Hehe, itulah siapa suruh rajin masak dan post buat orang craving- respons mereka. Berhantu katanya gambar ini. Hehehe,, okaylah lepas ini Neeza post gambar makan dekat luar je, kalau craving pergi je restoran. Kidding lol :-p
Okaylah nak sambung siapkan assignment. Bye-bye
Salam sayang,
Neeza
rajinnya anak dara sorang ni hehehe
ReplyDeleteraving layankan tekak ni je, tu yang rajin sikit masak tu, huhu
DeleteDah boleh kahwin dah niiii Neeza. Crush Neeza tolong pertimbangkan pleasee.
ReplyDeletehehe.. kak uyul ni.. malu neeza aihhh :D
Deleteboleh try ni!
ReplyDelete