Sunday, 25 December 2016

#MyTravelokaEscape Korea Selatan Pilihan Neeza Terbang Bersama Traveloka

Assalammualaikum.

Ya rabb.. Neeza inginkan percutian sangat ketika ini. Nak menangis tau tak dapat balik study week ini. Tak cukup 2 minggu bersengkang mata nak siapkan assignment dan test, maklumlah minggu akhir semester kan, rupanya ada juga assigmment yang tarikh hantarnya masa study week. Rasa hidup ini dihantui. Neeza memang tekadlah, lepas final exam nanti, Neeza nak bercuti puas-puas.


Yang pasti sudah tentu Neeza akan gunakan Traveloka kalau Neeza nak pergi bercuti. Tak perlu pening dah nak call satu per satu hotel atau tiket flight dekat website kapal terbang yang kekosongan masa tarikh yang Neeza nak pergi,

Traveloka dah sediakan semua, cuma tinggal pilih je hotel dan kapal terbang yang menjadi pilihan berdasarkan bajet, keselesaan dan sebagainya ikut kehendak masing-masing. Buat masa ini, Neeza rancang nak pergi Langkawi atau Pulau Pinang. 2 lokasi ini sedang bermain-main dalam minda Neeza. Hehe.
Tak sangka pula, Neeza terpilih untuk sertai dalam contest online Traveloka “You Need A Holiday lah! Huhu..



Dan soalan pertama ialah antara 10 lokasi yang dipilih Traveloka mana satu jadi pilihan peserta? Hmmm, pening juga nak pilih sebab kalau boleh nak bercuti 1 dunia. Kihkih. Memandangkan Neeza ini Korean drama freak, maka Neeza memilih lokasi Korea Selatan sebagai pilihan utama Neeza kalau Neeza nak bercuti.

Maklumlah asyik tengok cerita korea yang sangat bangga dengan makanan mereka, Neeza teringinlah nak cuba rasai makanan mereka. Dekat Malaysa ini pun dan melantak puas dekat restoran Dubuyo, Ko Hyang dan Gangnam station, tapi masih ada rasa fusion dengan tekak Melayu. Neeza nak rasa yang original itu. Alaaaa, bukan tak boleh dapat yang halal dekat Korea itu, ada cuma kena pandai carilah. Haaa dekat Itaewon ada. Yang pasti banyak menu korea yang tak ada atau susah cari dekat Malaysia ini.


Nami Island adalah lokasi utama yang Neeza nak sangat pergi kalaulah Neeza ada dekat Korea Selatan. Maklumlah dekat Malaysia mana ada musim sejuk main salji. Teringinnya nak buat orang salji dari kecil, dan baling-baling salji , guling-guling atas salji dengan special one, ooops lupa pula kita single, hahaha kena potong list itu, dan paling pasti nak bergambar di Nami Island. Cantik weeyyy.
Lokasi terhangat berlakon Kdrama terutamanya dalam Boys Over Flower yang ada F4 itu ialah Jeju Island sebab kecantikan pulau itu.  Wuihhhhh wajib pergi ini.
Neeza kan kanak-kanak riang, kalau tak singgah theme park mesti tak sah. Tempat yang paling menggembirakan untuk kanak-kanak seperti Neeza. Kihkih :P Tak dapat pergi Universal Studio pun tak apa, janji dapat pergi Everland Theme Park pun dah okay!
Eheeem teringin nak pakai Hanbok lah kalau ada dekat Korea ini. Well, nak fefeeling juga jadi suri hati Mr. Fourth Prince dalam Scarlet Heart-Ryeo. Dengar-dengar kalau teringin nak pakai handbook boleh cari dekat M Plaza. Huhuhu, tempat wajib nihh..

Dan hasrat utama Neeza kalaulah dapat pergi Korea Selatan ialah wajib singgah syarikat rakaman dan studio mereka. Contoh JYP atau S.M Intertainment tak pun SBS. Duduk dekat entrance pun jadilah. Mana tahu dapat jumpa oppa-oppa kesayangan Neeza. Lagi-lagi my fourth prince dalam Scarlet Heart, So Ji Sub ke tak pun Park Bo Gum ke atau artis-artis yang meletop dalam drama sekarang macam Goblin, Legend of the Blue Sea, hero The Weightlifting Kim Boo Joo itu haaaa... ececehh...mana tahu kannn..tapi dapat jumpa oppa lain pun dah okaylah. Jika tak dapat bergambar sekali pun tak apa, janji dapat jumpa in person dari jauh pun jadi ler..

Since minggu ini minggu terakhir contest, semoga adalah rezeki Neeza dalam contest ini, amin. Mana tau betul-betul dapat pergi Korea itu nanti kan. Hadiah pun masyuk-masyuk tau.
Okaylah untuk kaki travel or yang inginkan percutian tanpa kekusutan dan ada ketenangan, meh travel dengan Traveloka, download sahaja Apps Traveloka (IOS/Android) . Traveloka sediakan 10 000 eh bukan! bukan! Tapi 100 000 pilihan penginapan dan bekerjasama dengan 70 buah syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa. Gempak wooo.

Jadi tunggu apa lagi?

Jom travel bersama Traveloka!

Salam sayang.
Neeza



4 comments:

  1. nak pergi Korea sebab nak jumpa Kim Jong Kook jer. hihi. boleh?

    ReplyDelete
  2. kalau dapat ke sana kan best..jgn lupa bawak akak ea

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum neeza...wah !! bestkan kalau dpt bercuti ke Korea ni..mmg lg awesooo kakau dpt jumpa pelakon2 Korea...:)

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.