Assalammualaikum
Restoran Taiba, Cyberjaya - Rasai Masakan Timur Tengah Di Sini! l Dah lamanya tak update blog. Maklumlah minggu akhir semester, sibuknya bukan main. Akan tetapi Neeza tetap berjaya mencuri sedikit masa ke Cyberjaya untuk mencuba hidangan Arab di Restoran Taiba, Cyberjaya atas jemputan rakan di Whatsapp. Sebenarnya dah lama teringin nak makan Nasi Arab. Terimbau sebentar kenangan semasa mengerjakan umrah 4 tahun lepas. Rindunya.
Sampai sahaja ke Restoran Taiba, Cyberjaya, Neeza disambut oleh pelayan-pelayan restoran yang peramah. Siapkan buka pintu restoran lagi itu. Terasa macam princess uollls.
ASAL-USUL
Mengenai Restoran Taiba, Cyberjaya sebenarnya ini merupakan tahun ketiga mereka telah beroperasi di Malaysia dan mempunyai beberapa cawangan di Putrajaya dan juga Brunei. Asal nama restoran ini diambil dari Madina iaitu bandar Nabi Muhammad S.A.W.
Di saat melangkah masuk ke dalam Restoran Taiba, Cyberjaya "wahhhhhhhh.." detik dalam hati. Kagum dengan seni bina hiasan restoran ini, Ciri dekorasi ruangan yang kondusi lagi ekslusif betul-betul buat para pelanggan sangat berasa selesa dalam restoran ini.
MENU
Semua masakan dimasak di sini oleh chef-chef yang diimport dari Yaman dan Syria. Totally aunthetic Arabian cuisine.
Sharing The Taste of Middle East |
Antara hidangan utama yang menjadi tarikan Restoran Taiba:
Mandy Rice |
Kabsa Rice |
Tabbauleh |
Shih Tawook |
Mandy Chicken |
Mandy Lamb |
Adas Soup |
Terbaik! |
Ayahanda Rani Kulup pun kata restoran ini bagus dan sedap hidangannya tau. Malah dia ajak korsng datang sini.
ULASAN
Neeza tamak nak makan semua :P |
Bagi pendapat peribadi Neeza, gandingan nasi sama ada Mandy Rice dan Kabsa Rice dengan Mandy Chicken dan Mandy Lamb sangat terbaik. Aroma memang dah membangkitkan selera makan, rasa rempah-ratus terasa dalam hidangan, yang penting mereka guna beras basmathi dan rasanya sedap. Hehe.
Ketika cuba potong Mandy Lamb dan Mandy Chicken kepada kepingan kecil agar mudah untuk mengunyah, Neeza rasa teruja sangat sebab daging kambing dan ayam itu lembut, empuk dan 'juicy'. Memang sesuai digandingkan dengan Mandy Rice mahupun Kabsa Rice.
Untuk hidangan Tabbauleh ini seakan-akan hidangan Spagetti Bolognese. Contoh paling dekatlah tapi rasa agak berbeza ya. Shih Tawook ini, bila Neeza lihat untuk kali pertama, bayangan pertama Neeza ialah rupanya seakan pizza tapi pizza Arablah. Yang ini pun sedap juga. Adas Soup pula sesuai untuk digandingkan dengan roti. Cuma Neeza tak larat dah nak makan roti sebab kenyang balun Mandy Rice dengan Mandy Lamb. Hehe
Arabian tea |
Neeza juga berpeluang cuba minum Arabian tea ini. Teksturnya pekat tapi wangi dan rasanya seperti dicampur dengan daun pudina-bila tanya rakan, kami pun tak pasti sebenarnya. Minum teh ini agak menenangkan jiwa Neeza sebentar.
Menurut kata pengurus di sini, jika para pelanggan inginkan minuman sejuk, pilihan paling popular di sini ialah campuran jus, contohnya buah avakado dan stawberi.
family set di Restoran Taiba |
Restoran Taiba juga menyediakan set untuk keluarga. Jadi memang sesuailah kalau nak habiskan masa bersama-sama keluarga di sini.
ramai tau orang datang makan sini |
Dari pemerhatian Neeza sepanjang berada di restoran ini, Neeza lihat memang ramai pengunjung datang menjamu selera di sini. Kebanyakan memang datang dengan keluarga, urusan perniagaan dan pelajar-pelajar luar negara.
ruangan yang luas untuk buat majlis di sini |
Antara keistemwaan lain tentang Restoran Taiba, Putrajaya ini ialah mereka menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis-majlis keraian dan menyediakan tempat yang luas untuk mengadakan majlis hari jadi, jamuan syarikat, dan sebagainya. Malah disediakan bilik air dan tempat solat.
budak demook yang gembira kenyang makan nasi Arab |
Seluruh kawasan dalam restoran ini memang sangat bersih dan selesa. Memang recommended untuk korang datang dan cuba sendiri makanan Arab di Restoran Taiba, Cyberjaya ini. Memang puas hati!
Maklumat lanjut;
NO 7G , Cottage Walk Off Jalan Persiaran APEC, Cyberjaya
No telefon: 017-628 5419
Facebook: https://www.facebook.com/TaibaRestaurant
Website: www.taiba.com.my
Terima kasih Restoran Taiba!
Salam sayang.
sedapnya... ayahanda rani kulup tu makan dalam dulang ke pinggan tu?
ReplyDeletehahaha kak mar ini, tentulah makan dekat pinggan, hehe
Deleteinterior design macam restoran muslim kat zhuhai, china akak pernah pergi hehehe
ReplyDeletetapi serius cantik kan? hehe
DeleteAssalamualaikum neeza....wah nampak menarik jer..mesti sedap mkn kat sini kn...
ReplyDelete