Assalammualaikum
Bila Neeza dah tak terlalu sibuk sangat, adalah masa nak masak. Yelah selagi dalam fasa cheat yang terus ke lautan China Selatan nih (sebelum mula balik diet Januari 2017 nanti), marilah kita memasak apa sahaja yang kita nak. Kihkih.. Nanti dah diet, langgar pantang coach dera lak, huhu
Dinner malam ini :D
Bila dah masak, tentulah post ke FB, IG waimah WeChat.. dah pun nama foodie blogger. Tak kan memanjang je nak post gambar makanan review kan. Nanti kata eh boleh percaya ke blogger ini review makanan? Masak pun tak reti.. pandai ke dia merasa bab-bab makanan ini?
Bukan setakat gambar, video insta story, live update Neeza buat tau. Maklumlah ada haters itu kata Neeza beli dekat luar lepas itu acah letak pinggan dan claim Neeza masak. What the fish? Tak kuasa nak menipu level gitu.
Neeza pun bukannya pro masak level mak-mak gitu. Masih beginner newbie gitu. Haha. Apapun terima kasih dekat arwah atok (nenek belah mak) dan my beloved mom sebab ajar Neeza masak. Sejak tadika darjah 6 kot Neeza rajin ikut atok ke dapur tapi rajin kacau sepahkan dapur lah kot. Huhu. Kalau ajar dari potong bawang,sampai ikut uli kuih muih itu masa sekolah rendah rasanya. Ahh tak ingatlah.. huhu..
Mak pun ada ajar Neeza masak juga, cuma kebiasaan Neeza akan perhatikan cara mak potong sampailah langkah-langkah nak masak sesuatu resepi. Tapi biasalah kalau dah ada dekat rumah, anak bongsu manja bukan main. Mesti nak rasa air tangan mak. Huhu :-p
Anyway, berkenaan gambar dan video makanan yang Neeza ada kongsikan dekat FB dan IG mendapat respons yang terlalu tinggi dari kalangan sahabat, kawan-kawan blogger terutama JDT blogger serta family lah. Hehe.. respons dorang ialah request untuk Neeza masakkan untuk dorang. Hamboi :')
Antara komen-komen yang Neeza terima. Belum lagi mesej personal, dm, pm. Huhu, macamlah Neeza masak sedap sangat. Kihkih :-p Antara masakan-masakan yang mendapat permintaan tinggi ialah;
Serius ramai sangat request ni. Mungkin masakan ini rare, biasa dekat restoran Chinese Muslim atau kafe-kafe hipster je yang ada jual dan tentulah satu pinggan sampai berbelas ringgit. Kalau buat sendiri bajet RM20 masak 2 kali okay! Melantaklah sampai puas-puas.
Sebelum munculnya buttermilk chicken, spagetti bolognese menjadi sasaran kawan-kawan Neeza request Neeza masak terutama kalau berkunjung di rumah semasa hari raya. Terima kasih kepada kak ipar Neeza, kak Ida sebab dialah yang bawa resepi ini dekat rumah dan kemudian menjadi favourite keluarga Neeza. Kalau makan spagetti ini, memang boleh habis 1 periuk untuk Neeza seorang je tau. Huhu
Ini semalam Neeza baru buat. Maklumlah kuih viral dekat FB, mencari merata dekat Shah Alam ini tapi tak jumpa. Bila tengok resepi eh bukan susah pun, cuma tinggal beli keledek putih je. Alahai, belakang rumah, Giant je pun! Jadi, semalam lepas settle presentation Dr O, Neeza pun buat. Tak sangka ramai request. Cuma itulah penat sikit nak buat kuih keria ini sebab nak kupas, then lenyekkan keledek, hancurkan gula melaka. Rumah sewa Neeza ini tak ada batu lesung jadi kena buat manual. Penat weyy nak lenyekkan keledek kemudian potong gula melaka sampai hancur guna pisau. Lainlah kalau ada pembantu.
Masakan-masakan lain yang Neeza selalu buat;
Bagi Neeza, simple je tak kanlah orang nak request tapi ada juga yang request. Maybe sebab homemade kot, maklumlah Neeza pun sendiri jemu asyik makan nasi goreng mamak itu haaa, kalau masak sendiri modify lah bahan ikut rasa. Kejap nasi goreng cina, nasi goreng kicap, nasi goreng burger dan memacamlah.
b. Pengat pisang
Bosan makan donut Big Apple sebagai manisan, sekali sekali kita nak makanlah juga manisan Melayu. Maklumlah, ada haters itu cakap, setakat Western pejam mata je lah masak, cuba masakan Melayu, reti ke? Huhu, lantaklah kaulah haters. Aku yang craving dan masak, kau sibuk pehal kan. Kihkih..
Anyway, ramai yang tanya Neeza pasal resepi. Neeza selalu juga rekod setiap kali Neeza masak cuma itulah kualiti kamera handphone tak berapa cantik, lagipun lightning dapur gelap memburukkan keadaan. Dan juga Neeza ini orangnya kalau masak tak reti nak sukat-sukat. Main campak, asalkan dapat rasa yang Neeza nak janji cukup manis, cukup masin dan sebagainya. Tak kuasa iolls nak timbang satu persatu, nak sukat guna sudu betul-betul, Neeza main agak je kalau masak. So, takut nanti korang marah Neeza pula kalau masakan itu tak menjadi. Huhu..
Okaylah, Neeza nak sambung buat assignment terakhir yang payah gila ini sebelum nak final. Lepas ini dah tak share kot masakan yang sesedap. Maklumlah lepas ini dah kena diet ikat perut keketat. Tak boleh dah nak makan memanis semua. Huhu. Bye-bye.
p/s: ingat lagi cikgu pernah cakap "kita orang perempuan, tak pandai masak tak apa, janji selalu rajin masak, lagi-lagi kalau nak pikat hati suami" masalahnya cikgu, sampai sekarang saya single nihh :') haha, kidding LOL :D #thatswhy #hastag #projekmemikatperutsendiri #setiapkali #post #gambarmasakan
Salam sayang,
Neeza
Nih blog ke restoren nihhh Neeza?? Lapar tau takk. Hahahaha
ReplyDeletehehe.. sabar kak uyul.. kata nak jadi macam zulin :D hihi
Delete