Thursday, 29 December 2016

Cantik bersama Muuka - Set Polished Pink CC Cream dan Miracle Lotion Mask

Assalammualaikum

Gembiranya Neeza dapat parcel minggu lepas. Lebih-lebih lagi kalau barang make up atau skincare yang Neeza inginkan. Huhu. Betullah, parcel dari Muuka. :D
Sebenarnya CC cream Neeza dah habis dah setelah setahun pakai. Dalam banyak-banyak barang make up, selain lipstik, Neeza suka gila cuba pelbagai brand CC cream. Nayyy, I do not like foundation sebab foundation tebal. Foundation tau bukan fondaaashen macam Coco sebut itu. Kihkih. 

Sebaliknya CC cream lebih ringin dan mudah untuk blend. Lagi-lagi orang yang sibuk sangat macam Neeza ini.Tak sah kalau tak keluar rumah pakai CC cream, tak pakai lipstik pun tak apa janji kulit nampak sekata. Huhu.

Setelah cuba Polished Pink CC Cream dari Muuka ini, Neeza rasa ia akan menjadi kesukaan utama Neeza selepas ini. Neeza dapati ia memang blend dengan sekati dan ikut tona kulit Neeza. Maklumlah Neeza kan separuh kacukan cina, kalau nak cari krim muka mesti beli krim muka jenama dari Korea sebab susah nak cari tona cerah dekat Malaysia ini. Tona paling cerah pun dekat Malaysia ini pun agak gelap kalau apply dekat muka ini.

Anrara fungsi dan manfaat Polished Pink CC Cream ini ialah;
  • CC Cream mampu menjadikan kulit sentiasa lembab sama seperti memakai krim pelembab
  • Meratakan dan menyeimbangkan warna kulit
  • Merawat masalah kulit seperti jerawat, kulit sensitif dan jeragat
  • Membantu memudarkan parut jerawat dengan efektif
  • Mengurangkan minyak pada kulit wajah
  • Dengan penggunaan yang konsisten, kulit akan nampak cerah berseri secara semulajadi
  • Terdapat SPF30 yang melindungi kulit dari terkena sinaran UV yang boleh merosakkan kulit
  • Mampu mengurangkan garis halus pada kulit dan membuatkan kulit kelihatan tegang dan anjal
  • Bebas dari bahan kimia yang merbahaya
Dan harga krim muka jenama Korea ini tentulah mahal. Huhu, Neeza kan masih bergelar pelajar, iolls tak mampulah, duit pun cukup-cukup nak makan je. Huhu. Akan tetapi bila tengok harga Polished Pink CC Cream dari Muuka ini cuma RM79 wow, agak affordable. Itu sebab Polished Pink CC Cream dari Muuka bakal menjadi pilihan Neeza selepas ini.

Dan Muuka juga ada mengeluarkan sebuah produk lagi iaitu Polished Pink Secret Miracle Lotion Mask. Miracle Lotion mask merupakan satu-satunya dan yang pertama di Malaysia tau. Cuma berharga RM89 je. Rahsia wanita Jepun dan Korea dalam penjagaan kulit muka. Diekstrak menggunakan Bunga Peony, lotion mask ini seperti mask muka yang biasa. Akan tetapi;
  • Memberikan kelembapan maksimum sepanjang masa.
  • Membuatkan kulit halus, bersih dan berseri.
  • Membantukan menghilangkan bintik hitam dan menghalang pertumbuhan bintik hitam yang baru
  • Merawat kulit bermasalah seperti jerawat dan ulit sensitif
  • Menegang serta menganjalkan kulit
  • Mengekalkan kecantikan semulajadi wajah awet muda
Yang best mengenai Miracle Lotion Mask ini, Neeza apply sama ada sebagai mask ataupun toner and moisturizer bila nak mekap. Okay, Neeza sangat busy tau lebih-lebih minggu akhir semeter ini. Tak ada masa nak lembutkan wajah nak pakai banyak skincare, nak apply mask yang rupa topeng itu pun tak sempat. Lagipun Neeza tak suka sangat mask topeng itu sebab terlampau berair. Tapi bila pakai Miracle Lotion mask ini rasa sejuk, ringan dan lembap. I looike!

Masih tak percaya koleksi Polished Pink Secret dari Muuka Official?
Ini Neeza cuba sendiri. Mula-mula Neeza apply Miracle Lotion Mask dan CC cream dari Muuka. Ini perbezaan sebelum dan selepas Neeza pakai.
Setelah apply 1 muka (cuma Polished Pink CC Cream dan Lotion Mask, memang puas hatilah dengan kesan Lotion Mask dan CC cream. Nampak glowing dan 1 tona lebih cerah dari kulit asal.
Yang pasti memang best. I love set Polished Pink CC Cream dan Miracle Lotion Mask from Muuka Official. Rugi tau kalau tak cuba. 

Jom dapatkan sekarang!

Instagram: @muukaofficial
Facebook: Muuka Official

Salam sayang,
Neeza

4 comments:

  1. comelnya bekas dia..model ni pon comel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. kawai sangat :D hehe.. model yang mana tu? :3

      Delete
  2. Now I know your beauty secret for looking gorgeous all day!
    :)

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.