Saturday, 10 December 2016

MAHA 2016 Pengalaman Paling Seronok Kali Pertama

Assalammualaikum dan hai semua!


Semalam merupakan hari yang paling seronok dan moment yang terindah sekali dalam hidup Neeza. Neeza pergi ke ekspo MAHA 2016! Ya, ini merupakan pertama kali Neeza mengunjungi ekspo MAHA. Sebelum ini asyik cemburu abang-abang Neeza selalu pergi tapi tak nak ajak adik dia, tahun ini adik dia sendiri turun pergi ke ekspo MAHA 2016.


Mana tak jealous, balik-balik rumah bawa banyak barang-barang. Katanya murah-murah. Bila Neeza turun sendiri ke ekspo MAHA, fuhhhh, angkut banyak barang fefeeling kaya sebentar jadi. Huhu. 


Antara barangan yang Neeza bawa balik seperti beras Basmathi 2 paket tau, makanan frozen, susu coklat beberapa kotak, keropok, biskut, sos cili, sos kicap, mee segera, madu botol air, alat tulis dan payung, Sebenarnya ada nenas tapi Neeza memang tak makan jadinya tak bawa  balik. Serius, banyak bolehlah survive dalam dewan peperangan macam ini. Hehe.

Neeza rasa seronok sangat berada di MAHA 2016. Neeza ini sebenarnya suka ekspo. Masa kecil-kecil dulu, arwah ayah selalu bawa Neeza pergi ke ekspo-ekspo yang menyokong produk-produk tempatan ini. Rumah Neeza kan dekat Muar, Johor jadinya selalu pergi ekspo-ekspo yang berada di Melaka. Bila datang ke MAHA 2016 ini, ia mengimbau kembali memori-memori kenangan manis bersama arwah ayah dulu. Okay, sebak jap. Haha.


Malahan, berada di MAHA 2016 menghasilkan kenangan baru yang amat manis dan seronok sekali bersama-sama dengan rakan-rakan yang Neeza dah kenal, kenal di media sosial tapi baru sahaja bersua muka dan juga yang baru  sahaja kenal. Rakan-rakan inilah rakan-rakan seperjuangan dalam dunia blogging. Ya, MAHA 2016 memang terbaik.

Mesti korang tertanya MAHA, MAHA, MAHA ini apa? Okay MAHA 2016 ini sebenarnya bermaksud Malaysia Agriculture, Horiculture and Agrotourism 2016. MAHA 2016 menyokong penuh produk-produk tempatan yang dihasilkan dan diusahakan oleh peniaga-peniaga tempatan. MAHA 2016 berlangsung pada 1-11 Disember 2016 bermula dari 10 pagi hingga 10 malam. Tema tahun ini ialah Makanan Kita, Masa Depan Kita.










Serius ekspo MAHA 2016 ini besar sangat tapi berbaloi sangat kalau dapat pusing satu MAEPS, Serdang ini. Macam-macam ada. Antaranya ialah ada hotel kontena yang sangat menarik, banyak makanan yang sangat sedap, harga barangan asas yang murah dan paling penting banyak benda tempat menarik untuk bergambar seperti ada ayam dan lembu Sado (kau ingat orang je ke sado?), sawah padi, penanaman sayur-sayuran, penghasilan madu, pertunjukan jentera-jentera besar, perkampungan Mak Cun, ROFT, bilik barangan terbalik dan banyak lagi. Bukan sahaja orang dewasa seronok dengan MAHA 2016, kanak-kanak pun boleh bergembira di ekspo ini sebab Upin Ipin ada okay!


Semua ini Neeza akan cerita pada entri akan datang. Ini Neeza bagi teaser je. Itupun mesti korang dah rasa kena pergi MAHA 2016. Yang mana belum pergi MAHA 2016, memang rugi gila tak pergi jadi kena pergi MAHA 2016 hari ini juga sebab MAHA 2016 hampir melabuhkan tirai, di mana tinggal hari ini dan esok untuk korang rasai keseronokan di MAHA 2016!

Yang pasti MAHA 2016 membawa kelainannya tersendiri. Tidak memboringkan seperti ekspo-ekspo lain kerana MAHA 2016 sangat up to date dengan aliran terkini. Nak tahu, kena datang MAHA 2016 yang cuma tinggal 2 hari sahaja.

MAHA 2016, Sarang hae!

In Shaa Allah, Neeza akan update lagi secara penuh mengenai MAHA 2016. Tunggu tau.

Salam sayang.

Notes: Review penuh di sini :D http://www.neezalife.com/2016/12/maha-2016-journal.html

4 comments:

  1. Replies
    1. hehe.. sebab murah-murah belaka dekat sana <3

      Delete
  2. Maha memang best pergi tapi tahun ni takda kesempatan nak pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... tak apa In Shaa Allah tahun depan ada rezeki sis pergi :)

      Delete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.