Assalammualaikum dan hai semua.
Neeza selalu dapat feedback dari kawan-kawan dan klien yang pernah jumpa dengan Neeza depan-depan, rata-rata puji *bukan perasantan naaa* yang mereka selalu cemburu Neeza ini cerah dan kulit muka Neeza bersih dari jerawat.
Akan tetapi mereka tak tahu yang kulit cerah ini lah paling susah nak jaga. Secara kasar nampak je tak ada masalah sebab pandai cover dengan CC cream tapi sebenarnya Neeza memiliki pores atau liang yang agak besar di sebahagian besar permukaan pipi. Belum lagi blackhead dekat hidung.
Serius sangat stress lebih-lebih lagi nak buat highlighting dekat bahagian pipi. Sebelum nak letak blusher, kena letak highlighting sikit di bahagian pipi itu. Seseorang yang memiliki pores yang besar ini tak bolehlah nak letak banyak-banyak highlight sebab akan lebih memburukkan keadaan. Ditambah pula yang mempunyai blackhead yang teruk.
Oleh itu, sebelum Neeza sapu apa-apa di kulit wajah untuk solekan, Neeza pakai dulu Resist Daily Pore-Refining Treatment with 2%BHA dari Paula's Choice. Ia merupakan produk dari USA dan you guys boleh dapatkan menerusi laman web Worthee Cosmetics Malaysia.
"Kenapa Neeza sapu dulu produk ini baru pakai make up base?"
hasil selepas mekap! tak payah risau boleh buat hightlighting tanpa risau tentang pori |
Yang best tentang produk Resist Daily Pore-Refining Treatment with 2%BHA ini, kalau pakai waktu siang, ia mengandungi SPF 25 untuk melindungi kulit kita.
Sementara untuk waktu malam, mungkin you guys boleh sapu produk ini sebelum tidur, maklumlah waktu nak rehatkan muka. Muka lebih sejuk dan nyaman dan menjadikan ia lebih efektif menangani masalah yang kita hadapi.
Setakat ini Neeza lihat pores makin mengecil dan bintik hitam pun tak banyak sangat. Tak adalah seteruk dulu. Sunburn pun makin pudar. Paling penting, tak payah apply banyak produk dah, primer lah, toner lah, krim siang krim malam dan sebagainya. Kulit muka perempuan ini boleh sampai beratus produk ditempek. Ingat Neeza ada masa? Huhu, kalau boleh nak cari yang instant 3 dalam 1, 5 dalam 1 yang merawat kulit wajah kita.
Ini adalah video ringkas dari Neeza, Neeza akan guna produk ini dulu sebelum apply Fair & Lovely as moisturizer san two way cake foundation miyami (mekap harian yang terlalu simple)
Ini adalah video ringkas dari Neeza, Neeza akan guna produk ini dulu sebelum apply Fair & Lovely as moisturizer san two way cake foundation miyami (mekap harian yang terlalu simple)
Yang penting Resist Daily Pore-Refining Treatment with 2%BHA dari Paula's Choice ini sangat-sangat berkesan kerana visi mereka ialah
"Our goal is to help you to find the absolute best products for your skin"- Paula Choice
Dan dari team Worthee Cosmetics sendiri akan memastikan setiap produk Paula's Choice yang mereka perkenalkan ialah produk yang formulasinya benar-benar berkesan dan terbukti selamat. Setiap produk Paula's Choice ini ada kajian saintifik dan ujian klinikal tau dan you guys boleh check sendiri. Ada journal tau.
Contohnya produk Resist Daily Pore-Refining Treatment with 2%BHA ini.
International Journal of Cosmetic Science, December 2011, pages 483–490; Cutis, July 2009, pages 48–55; Biochemistry and Pharmacology, June 2007, pages 1,786-1,795; Contact Dermatitis, June 2006, pages 303-312; British Journal of Dermatology, July 2005, pages 124-131; Archives of Internal Medicine, July 2002, pages 1531–1532; Annals of Dermatology and Venereology, January 2002, pages 137–142; Archives of Dermatology, November 2000, pages 1390–1395; Dermatology, 1999, volume 199, number 1, pages 50–53; and Toxicology and Applied Pharmacology, volume 175, issue 1, pages 76–82.
Ini adalah satu sebab kenapa Neeza sangat yakin dengan produk Paula's Choice yang terdapat di Worthee Cosmetics. Maklumlah kulit wajah ini bukan sewenang-wenang nak tempek produk sebab ini adalah aset paling penting terutama perempuan. Untuk kulit muka tak bermasalah yang boleh bertukar-tukar apa-apa sahaja produk tak apalah, ini yang sensitif? Terutama kalau tersalah pakai produk yang bermekuri dan tidak pasti bahan-bahan dan keberkesannya? Bikin niaya je.
Paling penting, produk-produk Paula's Choice yang terdapat di Worthee Cosmetics adalah original dibawa dari USA dan selamat digunakan. Tak payah risau dah mengenai produk fake dan sebagainya. Tak payah nak terbang sampai USA nak dapatkan produk Paula's Choice. Shopping je terus dari website Worthee Cosmetics dan kalau ada masalah dari segi penghantaran dan sebagainya boleh hubungi mereka terus.
Now, Neeza dah jumpa dah produk yang boleh atasi masalah utama kulit muka Neeza. Serius Neeza dan jatuh cinta produk Paula's Choice ini dan Neeza rancang nak beli set skincare ini pula lepas ini.
Untuk you guys yang ada masalah kulit seperti yang Neeza hadapi bolehlah cuba produk ini. Nak banding harga produk antarabangsa jenama lain yang mencecah ratusan dan ribuan, Paula's Choice lebih berbaloi, murah dan berkesan.
Facebook: https://www.facebook.com/WortheeC
Jangan tak cuba kalau tak menyesal!
Salam sayang.
cantik dan flawless. :)
ReplyDeleteproduk menarik ni sebab saya pon pori-pori terbuka
ReplyDelete