Assalammualaikum,
Lama sungguh Neeza menghilang. Eleh, baru seminggu je pun. Hehe. Neeza sebenarnya baru pulang dari Melaka kerana jaga kakak ipar yang baru sahaja selesai melakukan pembedahan membuang cyst. Dan rawatan tersebut dilakukan di Mahkota Medical Centre, Melaka minggu lalu. Apa itu cyst? Boleh klik LINK ini
Neeza pun pada awalnya terkejut bila tiba-tiba kak ipar maklumkan yang dia nak buat pembedahan. Rupa-rupanya cyst tersebut telah membesar sehingga 5 cm dan doktor menyarankan untuk dia buat pembedahan itu sebelum cyst tersebut membesar dan pecah. Sebenarnya doktor dah suspect kak ipar Neeza ini ada cyst masa kelahiran pertama, Muiz, masa itu baru 1 cm tapi atas faktor tertentu makanya tertangguh.
Pembedahan itu dibuat di hospital Melaka kerana mengikut saranan syarikat insurans mengikut kepakaran doktor. Kalau di Batu Pahat, Hospital Pantai pakarnya untuk kanak-kanak *kelahiran dan kehamilan* dan kalau Mahkota Medical Centre, pakar gynae *rahim & IVF*. Gitulah kekdahnya sebab yang tanggung kos pembedahan itu pihak insurans. Ikut jelah.
Nasib baiklah Batu Pahat-Muar-Melaka tak jauh sangat. Memang nampaklah perbezaan antara hospital swasta dan kerajaan. Bayangkan sejam sebelum pembedahan, baru dapat bilik. Hehe. *kami pun datang lambat, pukul 12 baru sampai sebab tunggu Acik balik dari sekolah*.
Bila dapat bilik, terpegun jap. Agak selesalah bilik seorang ini. Ikutkan kak ipar dapat bilik untuk 2 orang, tapi bilik untuk 2 orang dah habis pula. Jadinya tinggal lah bilik seorang je yang ada. Nasib baik ada insurans yang tanggung.
Bila dapat bilik, terpegun jap. Agak selesalah bilik seorang ini. Ikutkan kak ipar dapat bilik untuk 2 orang, tapi bilik untuk 2 orang dah habis pula. Jadinya tinggal lah bilik seorang je yang ada. Nasib baik ada insurans yang tanggung.
Barulah Neeza nampak kepentingan insurans ini. Yelah, selama ini rasa macam tak berbaloi je bayar bulan-bulan lepas itu kalau tak sakit, duit itu macam burn gitu. Tapi kita kena ingat sakit itu datang tak kira masa. Mungkin bukan hari ini tapi akan datang? Nak kata simpanan cash dalam bank banyak memang taklah, jadi insurans ini lah yang akan biayai bila sampai saatnya nanti. Insaf jap. Huhu.
Bila ada insurans ini, sekurang-kurangnya, kita dapatlah melakukan pembedahan itu oleh doktor pakar dengan singkat tanpa perlu menunggu lama, penjagaan yang sangat selesa dari staff dan nurse hospital serta keluarga dan rakan taulan yang berkunjung selesa untuk datang menjenguk dan ahli keluarga yang jaga pesakit pun sama-sama selesa.
Nampak tak bilik kak ipar ini? Siap ada day bed @ sofa tau. Ada meja dan kerusi lagi. Plug memang banyak. TV pun ada. Bilik ini memang siap almari, aircond, dan bilik air tau. Macam dekat hotel gitewww. Instead, dapat hospital wifi free. Hehe.
Memang tak bosanlah kalau kena jaga dia pun. Actually hari pertama itu je iaitu hari kak ipar operate itu, Neeza, mak, acik, dan Muiz tidur dekat hotel sebelah Mahkota Medical Centre, Melaka iaitu Hatten Hotel * review entri akan datang*. Hari seterusnya sampailah hari discharge, Neeza yang stay dekat Melaka jaga kak ipar sebab semua dah kena balik Muar-Batu Pahat sebab acik dapat cuti sehari, Muiz kena sekolah, mak pula ada kelas pengajian agama, makanya tinggal lah I yang cuti semester ini. Hahaha.
Muiz dan atoknya. Teheeee
Haah! Lupa yang bagus tentang hospital ini, memang nak pujilah, bab makanan. Neeza mengaku yang kebanyakan masa Neeza beli dekat luar terutama hunting makanan yang dok viral dekat Melaka ini. Kihkih. Tapi adalah sekali itu Neeza teringin nak cuba beli dekat cafe hospital. Belilah satu set ini, RM9.90 siap air Milo panas. Kalaulah semua restoran dekat Malaysia ini macam ini, nescaya tiada rakyat Malaysia yang gemuk.
Tengoklah portion medium carbohydrate (nasi), 3 portion besar fibre (sayur), 1 portion besar protein (ayam). 3 jenis sayur tau, bukan 1 je. Kebiasaan yang jual dekat luar, portion carbo yang melambak, sayur ler paling sikit. Kari ayam ini pun Neeza rasa tak ubuh santan atau susu, orang biasa panggil kari India. Memang healthy! Kalau dekat luar ini, healthy food delivery pun mencecah RM15-18.
Makanan untuk pesakit pun tak bosan. Muiz sampai request kalau mama dah sihat suruh mama dia masak lauk ikan fillet ini. Hahaha. Muiz yang habiskan makanan mama sebab mama tak ada selera. Muiz oh Muiz. Layankan jelah.
Oh ya, berdasarkan pengalaman Neeza setelah beberapa hari menginap di Mahkota Medical Centre, Melaka ini memang hari-hari penuh ramai orang kalah shopping mall uolls dan apa yang Neeza lihat kebanyakannya Chinese, mungkin dari Malaysia atau pun Singapura, dan ramai Melayu juga yang Neeza perhati bahasa percakapannya adalah dari Indonesia. Mungkin kos rawatan di sini murah dan mungkin juga kepakarannya terbukti terbaik.
Oh ya, berdasarkan pengalaman Neeza setelah beberapa hari menginap di Mahkota Medical Centre, Melaka ini memang hari-hari penuh ramai orang kalah shopping mall uolls dan apa yang Neeza lihat kebanyakannya Chinese, mungkin dari Malaysia atau pun Singapura, dan ramai Melayu juga yang Neeza perhati bahasa percakapannya adalah dari Indonesia. Mungkin kos rawatan di sini murah dan mungkin juga kepakarannya terbukti terbaik.
Jadinya, itu sahaja cerita Neeza hari ini. Mukadimah je ini. Nantikan entri seterusnya bila Neeza ada di Melaka adalah itu yang dibuatnya. Huhuhu.
Salam sayang,
Neeza.
semoga cepat sembuh. ada jugak pengalaman sedara terdekat yg ada cyst ni. jauh jugak tu smpai ke melaka yak
ReplyDeleteassalamualaikum neeza...bagus kalau dpt pengalaman yg baik mcm ni...kekadang ada juga pengalaman yg kurang baiknya kn...
ReplyDeleteBestnyaaaa. Hospital sekarang memang banyak juga makanan yg dah okay terutama yg swasta la. ada yang siap boleh order lagi hehe.
ReplyDeleteakak pun da setahun signup insuran.
ReplyDeleteJOM KE BLOG UYUL! >> Blog Uyul Rosli