Showing posts with label Pusat Pengutan Zakat Wilayah. Show all posts
Showing posts with label Pusat Pengutan Zakat Wilayah. Show all posts

Friday, 2 November 2018

Pelancaran Zakat2u.com.my versi 4.0 oleh PPZ MAIWP

Assalammualaikum dan hai semua,

Alhamdulillah Neeza baru sahaja pulang tadi daripada majlis pelancaran ZAKAT2U versi 4.0 bertempat di PPZ MAIWP, Taman Shamelin Perkasa.
Pusat Pungutan Zakat -MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan perkhidmatan pembayaran zakat melalui laman web https://www.zakat2u.com.my/ versi 4.0 yang mempunyai banyak kelebihan selaras dengan perubahan teknologi pada masa kini bagi memudahkan umum di Wilayah Persekutuan menunaikan kewajiban berzakat. Melalui kemudahan ini, pelbagai urusan pembayaran zakat dapat dilakukan menerusi talian dengan mudah dan cepat.

Pelancaran perkhidmatan laman https://www.zakat2u.com.my/ versi 4.0 ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ- MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.
Kini Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) melancarkan perkhidmatan pembayaran zakat melalui laman web zakat2u versi 4.0 di mana kelebihan terkini yang disediakan ;
👉 pengiraan kalkulator zakat secara automatik yg lebih ringkas
👉melakukan pembayaran lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan penggunaan TROLI ZAKAT
👉penggunaan resit rasmi bayaran online secara swpenuhnya
👉bacaan doa untuk para muzakki setelah selesai pembayaran zakat
👉integrasi pembayaran zakat menggunakan chatbox FB messanger
👉video tutorial panduan pengiraan zakat

Sebenarnya kemudahan pembayaran zakat melalui zakat2u ini telah diperkenalkan sejak Ramadhan 2011 lagi. Kemudahan ini dilaksanakan selepas mengambil kira kesulitan para pembayar zakat untuk datang ke kaunter tetap disebaban oleh kesibukan kerja, kesesakan lalulintas dan pelbagai faktor lain. Seiring dengan moto "PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat", PPZ-MAIWP mengambil inisiatif untuk memberi kemudahan yang maksimum kepada pembayar zakat dengan menaiktarafkan sistem zakat2.com.my versi 4.0.
Menerusi sidang media pada majlis pelancaran ini, Zakat2.com.my versi 4.0 ini telah dinaiktarafkan fungsi dan sistemnya di mana ia memberi lebih banyak kemudahan kepada pembayar seiring dengan keadaan serba ringkas, mudah, dan cepat, sekarang ini untuk mereka segera menunaikan kewajipan zakat tanpa mengambil masa yang lama. Kemudahan zakat2.com.my ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada pembayar zakat yang telah memberi kepercayaan kepada PPZ MAIWP sebagai pengutip zakat mereka. Tanpa pembayar zakat mana mungkin asnaf yang hampir 30 000 keluarga dapat dibantu oleh pihak baitumal MAIWP ditambah lagi peningkatan asnaf saban tahun.

Oleh itu, PPZ MAIWP akan sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan pembayaran zakat kepada umum di Wilayah Persetuan agar tiada lagi halangan untuk mereka menunaikan zakat agar ia dapat mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar. 

Jadi, kita sebagai masyarakat tak bolehlah lagi bagi alasan dan culas untuk menunaikan zakat tau. Semua di hujung jari sekarang ini. Dan mungkin di masa akan datang PPZ MAIWP dapat buat pula sebuah aplikasi di android dan ios, In Sha Allah.

Selamat menunaikan tanggungjawab berzakat ya semua. 😘

Untuk keterangan lebih lanjut, boleh layari https://www.zakat2u.com.my/

Salam sayang,
Neeza

Wednesday, 20 December 2017

Sempurnakan Akhir Tahun Anda dengan Membayar Zakat Melalui Kempen Yez 2017

Assalammualaikum dan hai semua,
Bersesuaian dengan taglinenya 'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT', Pusat Pengutan Zakat MAIWP telah melancarkan Kempen Yez 2017 (Year End Zakat).

Ingat shopping sahaja yang ada kempen akhir tahun ke? PPZ MAIWP pun buat kempen juga tau.


PPZ- MAIWP senantiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi para pembayar zakat dalam menunaikan tanggungjawab berzakat. Oleh yang demikian, Kempen Yez 2017 (Year End Zakat) dilaksanakan bagi menggalakkan umum berzakat sebelum berakhir tahun 2017. Kempen ini diadakan selama 1 bulan pada bulan Disember 2017 bermula 1 Disember 2017 hingga 31 Disember 2017.

Bersempena dengan kempen ini, 11 kaunter PPZ-MAIWP dibuka 7 hari seminggu sepanjang Disember 2017 termasuk cuti umum. dari jam 8.15 pagi - 4.45 petang.  Pada tarikh 26 – 31 Disember 2017 pula, kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga jam 8 malam.


Pelbagai keistimewaan yang bakal diperolehi para pembayar zakat iaitu pemberian cenderahati  khas di kaunter-kaunter PPZ-MAIWP  iaitu CD  MAU’ IZATI  oleh  Ustaz   Ahmad  Dusuki  Abd  Rani, Kalendar Meja 2018, yang turut mengandungi jadual waktu solat, Buku Siri Rukun Islam yang akan diberikan kepada para pembayar zakat yang membawa anak-anak mereka ke kaunter PPZ-MAIWP.

Malahan ada hadiah cabutan bertuah bagi para pembayar zakat di kaunter PPZ-MAIWP. Dengan 1 cabutan bertuah setiap hari dari tarikh 1 hingga 29 Disember 2017 dan 20 cabutan bertuah pada tarikh 30 hingga 31 Disember 2017.

Turut ditampilkan, maskot Omar dan Hana (siri kartun terbitan ASTRO) untuk  memeriahkan lagi suasana di kaunter Shamelin Perkasa pada 30 dan 31 Disember 2017. Bagi yang tidak berkesempatan membayar zakat di 11 kaunter PPZ-MAIWP pula, umum boleh menunaikan zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP dengan melayari www.zakat.com.my dan berpeluang memenangi 100 cabutan bertuah yang disediakan.

Untuk makluman lanjut;
Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (Ibu Pejabat)
Alamat: Wisma PPZ 68-1-6 Dataran Shamelin, Jalan 4/91 Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.
Talian: 1-300-88-5757

Salam sayang,
Neeza

                                                                                                    

Tuesday, 14 November 2017

Pengumuman Pemenang Mencipta Video Jom Kreatif Anjuran PPZ-MAIWP Ditaja Coudre KL

Assalammualaikum dan hai semua,
Lamanya Neeza tak update blog untuk bulan November ini. Maklumlah agak sibuk dengan tugasan sebagai pelajar lagi-lagi dah hampir final ini. Tapi dalam kesibukan itu, baru-baru ini, Neeza sempat menghadirkan diri ke majlis pengumuman pemenang mencipta video JOM Kreatif yang bertajuk ‘Mencari Rezeki Yang Berkat’ di mana Pusat Pengutan Zakat Wilayah (MAIWP) dan Coudre KL sebagai penaja utama pertandingan tersebut.
ppz maiwp, coudre kl, pertandingan video jom kreatif
Pertandingan ini telah dijalankan bermula 15 Ogos sehingga 30 September 2017 yang lalu. Menariknya, para peserta perlu menghasilkan video selama 3 minit dan bebas menggunakan apa sahaja perisian komputer yang mereka mahu. Apa yang paling penting, video yang mereka telah hasilkan itu sudah tentu kenalah memenuhi tema dan memaparkan logo PPZ-MAIWP dan Coudre Kuala Lumpur. Setelah siap, terus hantar penyertaan ke info@zakat.com.my.

Nak tahu menarik tak menarik video peserta yang telah memenangi video paling kreatif ini, anda boleh terjah ke laman Facebook PPZ. KLIK SINI! -sangat digalakkan untuk anda like dan share video-

Untuk pengetahuan semua, PPZ-MAIWP telah menawarkan hadiah untuk kategori Video Pilihan Ramai (Terbaik) yang membawa pulang sebanyak RM 1 000, seterusnya Hadiah Saguhati membawa pulang sebanyak RM 500, diikuti hadiah Tempat Ketiga sebanyak RM 1 000, hadiah Tempat Kedua sebanyak RM 1500 dan Juara membawa pulang sebanyak RM 2 000. Dan pertandingan ini telah mendapat sambutan yang sangat hangat dengan hampir 1 000 penyertaan tau.

Wow, banyaknya! Cuma seramai 13 orang pemenang sahaja telah dipilih sebagai pemenang. Nak tahu siapakah barisan pemenang-pemenang Video Jom Kreatif ini?

Tadaaaaaa.... inilah mereka insan-insan kreatif yang telah berusaha sehabis baik untuk turut serta dalam pertandingan ini.
ppz maiwp, coudre kl, pertandingan video jom kreatif
Anugerah Video Pilihan Ramai - RM 1000
MUHAMAD HANIF BIN NGARISAN
ppz maiwp, coudre kl, pertandingan video jom kreatif
Hadiah Saguhati - RM 500
NURMANISYA BINTI SHAHRUDIN
MUHAMMAD ADAM BIN IBRAHIM
MUHAMMAD FAIRULLAH BIN HAMRAN
MOHD AMIRUL ASHRAF BIN ABDUL AZIZ
NIK PUTERI NUR ANIS BINTI NOOR AZMI
NABEEL FAKRUR RAZY BIN JUFRI
ANIS ASYIKIN BIN ALIAS
MUHAMMAD ZUHAILY BIN RAZALI
MUHAMMAD NORAZI NAZREEL BIN MOHD YAZID
ppz maiwp, coudre kl, pertandingan video jom kreatif
Tempat Ketiga - RM 1000
NURHIDAYAH BINTI ATMIN
ppz maiwp, coudre kl, pertandingan video jom kreatif
Tempat Kedua - RM 1 500
SYAHIDAH BINTI BAHARUDIN

Dan
 -
-
-
-
-
ppz maiwp, coudre kl, pertandingan video jom kreatif
JUARA - RM 2 000
MUHAMMAD HANIF BIN NGARISAN

Syabas dan tahniah semua atas penghasilan video kalian. Nak tahu best tak best video juara yang dinobatkan ini, jom tonton.



Bagi pendapat Neeza memang kreatiflah. Neeza belajar editing perisian, bukan senang tau nak hasilkan video seperti ini. Dan dari segi idea memang kreatif dan realistik dengan keadaan yang kita selalu alami apabila nak keluarkan zakat.
ppz maiwp, coudre kl, pertandingan video jom kreatif
Oh ya, lupa nak bagitahu. Hehe. Hadiah ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Rais Hj Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ- MAIWP, Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan juga penaja rasmi bagi pertandingan ini iaitu Cik Puan Emi Hanani Binti Mohd Ariffin, Pemilik Boutique Coudre KL. 
ppz maiwp, coudre kl, pertandingan video jom kreatif
Mesti ramai tertanya, berprestij atau grand sungguh kan majlis penyampaian hadiah ini. Mestilah kena berprestij beb. PPZ-MAIWP dan penaja, Coudre KL ingin menggalakkan generasi muda  zaman sekarang yang sememangnya mahir dengan teknologi menghasilkan idea-idea yang kreatif dan dalam masa yang sama membawa mereka ke satu peringkat yang lebih baik di mana mereka dapat berdakwah dengan orang ramai menerusi gabungan idea kreatif dan teknologi tersebut. Alhamdulillah, usaha ini telah mula menampakkan hasil. 

Semoga PPZ-MAIWP akan terus menerus menganjurkan pertandingan sebegini di masa akan datang, In Shaa Allah.

Untuk maklumat lanjut;
Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (Ibu Pejabat)
Alamat: Wisma PPZ 68-1-6 Dataran Shamelin, Jalan 4/91 Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Nombor Telefon: 1-300-88-5757

Salam sayang,
Neeza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.