Assalammualaikum dan hai semua,
Hari ini Neeza nak bercerita pasal sebuah lagi hotel yang Neeza dan keluarga memilih untuk menginap selepas check out Hotel Lexis Hibiscus, Port Dickson. Setelah Negeri Sembilan, kami meneruskan perjalanan kami ke Melaka sebelum pulang ke rumah mak di Muar, Johor. Kami memilih untuk cuba merasai menginap di Hotel Hatten Place, Melaka pula.
Sebenarnya, kami jarang menginap hotel di Melaka sebab jarak Melaka dan Muar kan dekat. Cuma sekali je kami pernah duduk hotel di Melaka kerana masa itu kak ipar Neeza ada pembedahan. Kami pernah menginap di Hotel Hatten Melaka. Lain ya Hatten Melaka dan Hatten Place.
Hatten Melaka adalah sebuah hotel 4 bintang kalau tak silap dan ianya adalah hotel mewah yang berkonsepkan STUDIO. Lokasinya berhampiran Dataran Pahlawan Melaka. Manakala Hatten Place adalah hotel BILIK bertaraf 4 bintang lokasinya di atas bangunan pusat membeli belah terbesar di Melaka iaitu Element Shopping Mall. Sangat hampir dengan pantai Selat Melaka. Jadi tak keliru dah kan?
Ketika melangkah masuk ke lobi Hatten Place, terpegun Neeza melihat dekorasi interior building hotel ini. I was like woaaahhhhhhhhhh. Masih mengekalkan konsep mewah juga tetapi harga penginapan mampu milik. Mungkin pembawakan nama "Hatten" yang sudah sinonim classy dan glamour.
Paling best mengenai Hatten Place dengan harga serendah RM95 atau RM110 (bergantung pada musim dan nasib) anda dapat menginap di sini. Rasa berbaloi tau. Haaa cubalah skroll gambar-gambar di bawah. Memang tak akan dapat dekat mana-mana dengan harga yang ditawarkan. Best tak best. Ini yang Neeza suka pasal negeri Melaka (kecuali traffic light lah hehe).
Okay, sekarang masa untuk check in bilik. Masa ini Neeza dan keluarga dapat bilik yang berada di tingkat 24. Hotel Hatten Place ini lebih kurang sama macam Hatten Melaka di mana kalau anda naik lif memang kena pakai card bilik untuk anda punch dan tekan nombor aras bilik anda. Sama canggih tau. Bayar dengan harga sebegitu memang wow sangat.
Dan sama seperti digambarkan di website dan IG. Memang class! Gabungan coklat brown-putih-hitam merupakan warna-warna yang sinonim dengan warna mewah dan dekorasi minimalis cukup sempurna. Cuma bilik tak adalah sebesar macam Hatten Melaka. Neeza masih rasa berbaloi lah juga harganya.
Apapun tetap rasa tak nak balikkkkkkkkkkkkkkk!!!!!
Ada astro okay!
Siap ada pamplet guide lagi..
Tandas dan shower air panas dan sejuk. Utilities semua ada. Apa lagi nak?
Hatten Place juga menyediakan kolam renang, sauna dan gym. Tak silap Tingkat 13. Lupalah pula. Hehe. Kolam renang pula menghadap pantai Selat Melaka. Best weh lepak sini. Udara yang cukup nyaman.
Haaaa, nak tahu tak satu lagi tarikan mengenai Hatten Place ini? Memandangkan bangunan ini digelar Hatten City, Hatten Place menawarkan Skydeck Hatten City yang merupakan tingkat atas sekali yang anda boleh lihat seluruh pemandangan negeri Melaka 360 darjah. Best tak best?
Katakan anda orang luar, tak silap kena bayar puluh ringgit untuk naik ke Skydeck ini tapi kalau anda adalah tetamu hotel Hatten Place, free je weh. Seronok okay! Alhamdulillah Neeza berpeluang untuk melihat pemandangan senja. Cantik sangat.
Rasa macam dekat oversea pula tengok gambar ini. Thank you to Hatten Place staff yang tolong ambilkan gambar hehe
Setelah melihat pemandangan di Skydeck, Neeza pun pulang ke bilik. Mungkin nasib kami baik, tak sangka ada pekerja hotel bagi kami lebih tuala dan makanan. Clearance agaknya. Terkejut juga mula-mula takut kena charge ke apa. Hihi. Terima kasih Hatten Place!
Nah belanja pemandangan malam dari aras bilik..
Esok pagi setelah berkemas, Neeza meluangkan masa untuk menebus voucher kopi yang diberikan oleh pihak hotel memandangkan kami tidak mengambil breakfast. Itu sebab harga penginapan kami murah kerana sarapan pagi dikecualikan dan kebiasaan sekiranya kita menginap di hotel-hotel tanpa sarapan, mereka akan berikan voucher kopi.
Esok pagi setelah berkemas, Neeza meluangkan masa untuk menebus voucher kopi yang diberikan oleh pihak hotel memandangkan kami tidak mengambil breakfast. Itu sebab harga penginapan kami murah kerana sarapan pagi dikecualikan dan kebiasaan sekiranya kita menginap di hotel-hotel tanpa sarapan, mereka akan berikan voucher kopi.
One shot Espresso macam tak cukup sebab cawan kecik je kot jadi Neeza upgrade ke Ice Cappuccino dalam RM5 je tambah duit. Okaylah itu kalau tak harga sebenar berbelas RM juga okay. Best juga lepak dekat Coffeevine yang berada di aras Ground Floor ni.
Coffee addiction...
Begitulah cerita sepanjang Neeza menginap di Hatten Place. Oh ya, kalau anda nak cari makanan Melayu memang tak adalah dalam shopping mall dekat bawah. Neeza nampak Shilin je. Tapi ada je 7eleven dekat Ground Floor. Huhu. Tapi lebih baik keluar hotel cari asam pedas ke coconut shake klebang. Tapi kalau nak shopping dekorasi perabot atau menonton wayang haaa turun je. Ada MBO, Mr DIY dan sebagainya. Mungkin baru lagi dibuka jadi shopping mall ini belum meriah. Heh.😅
Nak tengok wayang lewat pun boleh sebab hotel kat atas je..
Berhantu kalau keluar Mr DIY mesti ada je dibelinya hihihi
Okaylah sampai sini sahaja cerita mengenai percutiaan hotel hunting Neeza bersama keluarga.
Untuk maklumat lebih lanjut,
Alamat: Hatten Place Melaka, Jalan Melaka Raya 23, Hatten City, 75000 Melaka
Telefon: 06-222 9696
Website: https://www.hattenplace.com/
Facebook: https://www.facebook.com/hattenplace
Instagram: https://www.instagram.com/hattenplace/
Salam sayang,
Neeza