Showing posts with label Lulu Hypermarket. Show all posts
Showing posts with label Lulu Hypermarket. Show all posts

Friday, 5 July 2019

Pelancaran dan Promosi Pembukaan Cawangan Kedua Lulu Hypermarket 1 Shemelin Cheras

Assalammualaikum dan hai semua,
Pada 1 Julai 2019, Lulu Hypermarket telah mengembangkan cawangan mereka di Malaysia dengan pembukaan cawangan kedua mereka yang bertem[at di 1 Shemelin Mall, Cheras. Untuk pengetahuan anda, LuLu Hypermarket sebenarnya telah mempunyai 174 cawangan di seluruh dunia dan cawangan pertama Lulu Hypermarket di Capsquare, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.
Perasmian Lulu Hypermarket cawangan 1Shemelin telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Siap masuk Berita 1.30 Petang di TV3 pada keesokan harinya. Nasib baiklah Neeza kebetulan tengok berita tersebut. Tahniah Lulu Hypermarket! (Boleh tengok di Instagram @neeza02).

Ya, Neeza berkesempatan untuk turut serta dalam pembukaan LuLu Hypermarket 1 Shemelin. Serius memang meriah dan ramai sangat! Mana taknya, LuLu Hypermarket buat promosi besar-besaran sempena pelancaran cawangan kedua mereka. Diskaun hampir 50% untuk kebanyakan produk-produk di LuLu Hypermarket bermula 1 Julai sehingga 4 Julai 2019. Sudah tentu ramai tak nak lepaskan peluang ini. Tak percaya? Tengok katalog ini.




Seperti kita ketahui dari pembukaan cawangan pertama LuLu Hypermarket di Kuala Lumpur, LuLu Hypermarket sentiasa memberikan harga dan promosi yang terbaik untuk pelanggan mereka. Disebabkan kejayaan pembukaan cawangan pertama mereka, tidak hairanlah mereka melakukan promosi yang sebegini hebat. Kita sebagai pelanggan sudah tentu mencari barangan yang terbaik dengan harga yang hebat dan memberi pulangan kepada kita. Betul kan?
Oh ya, nak tahu kenapa ramai yang serbu semasa pembukaan LuLu Hypermarket tempoh hari? Sebabnya LuLu Hypermarket telah bermurah hati untuk memberikan hadiah istimewa kepada 1000 pembeli awal pada hari pembukaan. Siapa yang tak nak hadiah percuma. 

Berbeza dengan cawangan pertama LuLu Hypermarket di bandaraya Kuala Lumpur yang mempuinyai 5 tingkat, cawangan kedua ini hanya berada di aras Lower Ground (LG) 1 Shemelin Mall. Walaupun begitu, jangan ingat tak besar tau sebab keluasan pasaraya ini ialah 80,000 kaki persegi berkonsepkan ruang runcit terkini dengan teknologi moden paling terbaru.

Okay, sekarang Neeza nak bawa korang melihat setiap sudut LuLu Hypermarket & Department Store cawangan 1 Shemelin Mall, Cheras ini. Korang kena singgah tau sebab setiap bahagian ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

1. Bahagian Barangan Basah dan Segar (Makanan Laut dan Daging) - Nampak segar kan. Mata ikan pun putih. Memang tabik dengan kebersihan di ruangan ini.
2. Bahagian Barangan Keperluan - Telur, Minyak, Beras - Yang ini memang mendapat perhatian semasa pembukaan LuLu tempoh hari.
Kantoi di situ nak juga grab promosi telur sepapan itu. Murah kot
            Macam tak percaya kan? Pengurangan sebanyak RM 15 untuk beras Jasmine yang terkenal
3. Bahagian Roastery - Bahagian ini mempamerkan pelbagai jenis makanan tradisi, kekacang dan buahan kering dari Timur Tengah.
4. Bahagian Bakery - Bahagian ini merupakan bahagian kegemaran Neeza sebab roti dan donat di sini nampak sangat sedap dan menyelerakan. Berbaloi beli sebab besar dan puas hati bila makan.
4. Bahagian Coklat - Kalau datang LuLu memang wajib borong coklat sebab LuLu sentiasa beri harga terbaik untuk peminat coklat seperti Neeza.
Mana nak dapat Nutella murah macam ini?😭
5. Bahagian barangan tempatan - Nampak segar kan sayur-sayuran dan buah-buahan. Geram je tengok warnanya. Usaha LuLu sangat bagus dalam mengetengahkan produk usaha tani yang ditanam Malaysia. Let's applause their effort!👏
Haaa peminat Durian sini ada port baik punyaaaaaaa..
6. Bahagian Tenusu dan Keju - Buat penggemar susu, pastri dan keju kenalah datang sini borong sebab banyak stok ada di sini.
7. Bahagian Kosmetik dan Kelengkapan Diri - Haaa ini memang port kegemaran. Siapa yang tak nak cantik kan? Harga pun boleh tahan murah. Beli jangan tak beli.
8. Barangan Keperluan - Fuh mencengkam jiwa tengok kuali dan periuk lagi-lagi jenama Chefline dan Tefal. 
9. Bahagian Pakaian dan Kasut - Walaupun hanya satu aras sahaja tapi LuLu Hypermaket masih membawa sudut ini untuk pelanggan di Cheras. Cuma pendapat Neeza, Neeza lebih suka shopping pakaian di cawangan Kuala Lumpur kerana lebih banyak pilihan di sana. Hehe.
10. Barangan elektrik - Haaa yang ini memang sudut yang mendapat perhatian sebab harga yang ditawarkan memang gila-gila.
Haaaa siap rembat remote tv lagi itu!
Nampak best kan? Okay pada mereka yang terlepas untuk dapatkan promosi pembukaan cawangan kedua LuLu Hypermarket tempoh hari jangan sedih! LuLu Hypermarket telah Promosi ‘Big Savers’ berlangsung di LuLu Hypermarket & Department Store 1Shamelin Mall, Cheras dan Capsquare Kuala Lumpur. Rebut peluang keemasan ini sebelum ianya terlepas. Tawaran sah dari 5 sehingga 15 Julai 2019 #JomKeLuLu . Info lebih lanjut (ada 15 helai keping katalog) mengenai Promosi Big Savers boleh klik https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL/posts/978772418984487?sfnsw=cl
Bukan itu sahaja, LuLu Hypermarket juga buat cabutan bertuah Lulu Dream Drive - Shop & Win Contest di mana hadiahnya sangat lumayan. Kereta Proton X70 kot hadiah utama. Best itu. Hari ini Neeza sendiri menyaksikan pusingan pertama. Tahniah Khairul Hilmi! Nantikan pusingan kedua pula.
Nah ini X70nya...
Okaylah rasanya banyak Neeza berkongsi dengan anda pasal LuLu Hypermarket. Kalau pasal membeli belah memang susah nak habis sebab Neeza suka shopping. Hehe. Okaylah untuk info lebih lanjut boleh layari,

Laman web : http://malaysia.luluhypermarket.com/MY/all
Facebook : https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL
Instagram : https://www.instagram.com/luluhypermy

Salam sayang,
Neeza

Friday, 22 September 2017

Lulu Hypermarket Pecah Rekod Cipta Kek Buah Segar Terpanjang di Malaysia

Assalammualaikum dan hai semua,

Bulan September ini penuh dengan hari yang istimewa dan peristiwa penting kan? Contohnya macam hari ini kan awal muharram. Oh ya, lupa... salam maal hijrah untuk semua umat Islam. Semoga tahun baru ini dipenuhi dengan barakah, In Shaa Allah.

Okay, selain dari awal muharram ini, antara peristiwa penting terutamanya kepada negara kita yang berlaku pada bulan September ini adalah Hari Malaysia. Selepas menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos, negara kita juga menyambut Hari Malaysia pada 16 September yang lalu. Pastinya pelbagai aktiviti yang berlangsung untuk memeriahkan sambutan Hari Malaysia sama ada besar-besaran dan kecil-kecilan. 
Antaranya ialah Lulu Hypermarket mencipta rekod terbaru dalam Malaysia Book of Records untuk kek buah segar yang terpanjang di Malaysia iaitu sepanjang 123.3 meter dengan ketebalan 15 cm x50 cm dan seramai 8 orang chef bersama kakitangan pasaraya telah bertungkus lumus dalam menyiapkan kek terpajang itu.
Hebat bukan?

Selain daripada memeriahkan sambutan Hari Malaysia, aktiviti ini dijalankan untuk meningkatkan imej Lulu di kalangan masyarakat, ini juga sebagai daripada projek CSR yang mana semua hasil jualan kek disalurkan ke Rumah Amal Cheshire Selangor.

Alhamdulillah. 

Neeza lihat memang ramai pengunjung yang datang ke Lulu Hypermarket dan menyokong projek ini. Baguslah.

Oh ya.. bukan sahaja pecah rekod mencipta kek buah segar terpanjang di Malaysia, Lulu Hypermarket juga telah mengadakan promosi besar-besaran sempena hari Malaysia iaitu potongan sebanyak 50% ke atas barangan yang terpilih selama 2 hari yang berlangsung pada 16 September 2017 dan 17 September 2017. 
Memang best sangat! Rasa langkah kanan pada hari itu.

Lihatlah betapa banyak yang Neeza beli lagi-lagi barangan dapur. Maklumlah pertengahan dan akhir bulan kena berjimat. Nak jimat pula kenalah masak sendiri. Huhu.
Memang puas hati. Puas ronda dari tingkat bawah sampailah tingkat atas sekali. Pelbagai pilihan yang disediakan di bawah satu bumbung. Mana taknya, Lulu Hypermarket ini ada 5 tingkat dan setiap tingkat ada fungsi masing-masing. Misalnya tingkat bawah sekali untuk barangan runcit dan makanan segar, tingkat seterusnya untuk hiasan rumah, dan seterusnya bahagian fesyen dan gaya hidup, tingkat keempat untuk digital dan atas sekali untuk medan selera.

Nak tahu tak yang mana best dan wajib anda singgah kalau sampai ke Lulu Hypermarket ini?
Lulu Bakery
Terdapat pelbagai pilihan roti dan pastri dijual di sini. Istimewanya Lulu Bakery menyediakan manisan dari Arab yang pastinya rare. Serius nampak tempting dan harga memang berpatutan.
Lulu Roastery 
Menariknya tentang Lulu Roastery ini menyediakan pelbagai pilihan buah-buahan kering dan kacang panggang di seluruh dunia terutamanya dari negeri Arab. Kalau rasa rindu nak makan kacang gajus ke kurma atau kismis yang seperti ada dekat Mekah masa mengerjakan umrah dulu, bolehlah datang ke Lulu Hypermarket ini untuk lepaskan rasa teringin itu. Hehe.
Lulu Sushi
Lulu Hypermarket pun ada sediakan seleksi sushi untuk penggemar makanan Jepun ya. Segar dan baru dari dapur tau.
Lulu Seafood 
Macam-macam pilihan makanan laut yang disediakan di ruangan ini seperti pelbagai jenis ikan, sotong, udang dan sebagainya. Dahlah saiz besar, isi padat dan segar pula itu. Harga pula memang murah. Rugi kalau tak beli ini.
Lulu Delicateseen
Ruangan ini buatkan Neeza sangat rambang mata sebab terlalu banyak pilihan keju, sambal dan jeruk. Harga pun sangat berpatutan sebab kita boleh dapatkan mengikut timbang yang kita nak.
Lulu Healthy Choice
Bagi pencinta makanan sihat dan berdiet bolehlah singgah ke sini. Terasa macam syurga okay. Tak payah susah-susah nak potong buah dah. Pelbagai buah-buahan segar yang dah siap dipotong serta minuman sihat seperti air detox pun ada.
Lulu Hotfood
Dekat sini ada macam-macam makanan yang dah siap dipack seperti nasi lemak, tandoori dan manisan. Teringat pula cerita 3 idiots kalau nampak Laddu ini.
Lulu Fashion Store
Beralih pula dekat Fashion Store. Melangkah ke tingkat ini terasa seperti di syurga dunia. Rambang mata tengok handbag, kasut, pakaian lelaki, pakaian perempuan dan pakaian kanak-kanak yang comel. Rasa macam nak ambil semua je.
Lulu Celebrate
Untuk masyarakat India atau anda cari kostum sari ke bolehlah ke Lulu Hypermarket ini. Ada ruangan khas untuk koleksi sari dan pakaian tradisional India tau. Cantik sangat lihat koleksi warna-warni ini. Pastinya ada diskaun hebat!
Lulu Connect
Di sini merupakan himpunan barangan digital seperti koleksi barangan dan aksesori untuk telefon pintar, komputer riba, televisyen dan barangan elektrik. Rambang mata aihh sebab macam-macam jenama dihimpunkan di satu bumbung.

Oh ya, lupa nak bagitahu Lulu Hypermarket juga menyediakan kemudahan bilik air dan tempat solat untuk pengunjung yang beragama Islam berdekatan dengan Lulu Connect ini.
Apapun serius memang best sangat membeli belah di Lulu Hypermarket ini. Mula-mula pun Neeza tak tahu sangat pasal Lulu ini. Tengok dari IG story Datin Eina Azman pernah shopping di sini. Dia kan rajin masak memang tengok borong banyak dekat sini. Bila Neeza sendiri mai sini, memang puas aihhh. Sanggup tau Neeza datang dari Shah Alam. Hehe. Rugi sangat kalau tak mai dan merasai pengalaman membeli belah di sini.

Anda dah ke sini belum?

Kalau belum jom ramai-ramai ke Lulu Hypermarket sekarang!

Sebab apa?

Lulu Hypermarket buat macam-macam promosi tau. Kalau tak dapat grab potongan sebanyak 50%, tak apa, jangan sedih, sekarang ini Lulu Hypermarket buat promosi sebanyak 30%. Dan kebanyakan barangan dah termasuk cukai tau. Jadi tak payah risau kalau masa bayar terlebih ke apa.
Okay, cuba tau datang ke Lulu Hypermarket.

Facebook: Lulu Hypermarket KL
Instagram: @luluhypermy

Salam sayang,
Neeza
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.