Showing posts with label baju cantik. Show all posts
Showing posts with label baju cantik. Show all posts

Monday, 5 June 2017

Dapatkan Baju Raya Elrah Exclusive Dan Rania Couture di The Curve, Damansara

Assalammualaikum dan hai semua
Pejam celik pejam celik, pantas sungguh masa berjalan. Dah masuk minggu kedua dah bulan Ramadhan pada tahun ini dan tentunya tidak lama lagi Syawal bakal menjelma. Dah cari baju raya belum?

Kalau belum, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk beli baju raya anda di Elrah Exclusive dan Rania Couture yang bertempat di The Curve, Damansara. Maklumlah sekarang ini Neeza memang rajin berjalan ke Damansara sebab suka cuci mata nak tengok perabot rumah di Ikea. Dah ada MRT kan? Huhu. 
Seperti kita tahu Elrah Exclusive adalah jenama yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia yang merpakan antara pelopor terawal viralnya baju Melayu, jubah dan kurta untuk lelaki. Yelah, selalu pakaian untuk lelaki ini terhad sahaja dan skeptikal jubah mesti lebar macam pak arab.

Namun kini tidak lagi. baju Melayu, jubah dan kurta kini menjadi trend di kalangan jejaka-jejaka Malaysia. Terutama sekarang ini, terdapat pelbagai variasi potongan, warna dan rekaan disediakan lagi-lagi potongan fit yang sememangnya hit sekarang ini.
Istimewanya pada tahun ini, Elrah Exclusive berkalaborasi dengan artis-artis terkenal seperti Amy Search, Shaheizy Sam, Michael Ang, dan ramai lagi. Setiap artis ada style bajunya tersendiri tau. Paling mengujakan, rekaan baju dari Fattah Amin, artis yang sedang popular dengan Drama Hero Seorang Cinderella di mana berpasangan dengan heroin, Fazura itu.
Serius, rekaan dari Fattah Amin ini memang menjadi hot selling nombor satu di booth Elrah Exclusive dan Rania Couture, The Curve, Damansara ini. Diikuti dengan Shaheizy Sam dan Amy Search. Tak kan nak fit je. Ada lelaki-lelaki di luar sana yang macam ayah-ayah yang berumur tentulah sesuai dengan rekaan Michael Ang. Pun laris sangat itu!
Apa yang penting, bukan sahaja potongan dititkberatkan sekarang ini (maklumlah lelaki-lelaki maskulin sekarang kan dah pandai menjaga penampilan) kualiti kain juga memainkan peranan. Yelah, nak raya kan, tentulah banyak rumah perlu dikunjung. Dibuatnya cuaca panas, tak ke rasa tak selesa nanti?
Jadi jangan bimbang, fabrik di Elrah Exclusive sememangnya berkualiti tinggi dan tak panas. Kan Elrah Exclusive pelapor fenomena jubah terawal di Malaysia. Dan anda boleh rasai material dari Elrah Exclusive ini di booth yang sudah dibuka di The Curve, Damansara di mana bertentangan dengan Body Shop.
Yalah selama ini kan nak beli baju berjenama seperti Elrah Exclusive ini kena buat tempahan online dari pengedar. Macam tak puas tak dapat nak belek baju itu sendiri. Jadi sambil anda bershopping barangan rumah di Ikea, bolehlah cuba sendiri baju-baju tersebut dan seterusnya terus beli siap-siap di booth Elrah Exclusive dan Rania Couture cawangan Damansara ini. Settle! Jimat masa dan puas hati beb.

Selain daripada pakaian lelaki, di booth ini juga menjual abaya atau jubah perempuan dari Dubai. Tak kan kaum adam sahaja nak shopping baju raya, isteri atau teman wanita pun mahu bergaya juga tau. Huhu.
Jahitan benang emas dan variasi corak rekaan menjadikan abaya yang dijual di sini sangat istimewa dan cantikApa yang bestnya abaya di Elrah Exclusive dan Rania Couture ini, setiap rekaan abaya yang didatangkan khas dari Dubai ini hanya terhad kepada dua pasang sahaja. Sangat ekslusif tau. Tak adalah boria nanti. Hehe.
Neeza sendiri test salah satu abaya dan I love it! Maklumlah sekarang kan trend abaya cardigan gitu. Material kain pun sejuk je.
Bila dah ada booth ini, memang ramailah yang datang nak dapatkan koleksi Elrah Exclusive dan Rania Couture
Jadi, tunggu apalagi jom ke Elrah Exclusive dan Rania Couture di Concourse Main Area The Curve Damansara. Boleh jumpa sendiri pemilik booth yang sangat baik dan peramah iaitu Cik Putri dan geng-geng Elrah seperti Jai, Shah dan Dira. wakil dari Rania Couture, Encik Halim Cellicious dan Cik Myra Lodin juga ada di sana.

Haaaaa nak uar-uarkan ini, banyak berita gembira nak beritahu ini. Maklumlah nak jadi pembeli bijaksana memang wajib tahu potongan-potongan disediakan lagi-lagi di Elrah Exclusive dan Rania Couture, The Curve, Damansara ini.

Ada tawaran menarik bagi anda yang membeli pada hari Jumaat (penghulu segala hari) dari 1pm sehingga 3pm, pembelian baju Elrah Exclusive akan menerima rebat potongan sebanyak RM10 untuk setiap resit. Manakala potongan sebanyak RM30 untuk setiap resit bagi mereka yang membeli abaya dari Rania Couture.

Bagi pelajar dan mereka yang berkhidmat di sektor awam (goverment servant) pula, boleh mendapatkan potongan sebanyak 10%, tetapi perlulah menunjukkan ID dan mengisi borang khas yang disediakan. Tawaran ini SAH hanya di booth The Curve Damansara saja okey.

Untuk pembelian 3 pasang, anda akan diberikan RM20 voucher secara PERCUMA dan hanya boleh digunakan untuk pembelian seterusnya di booth Elrah Exclusive dan Rania Couture The Curve sehingga 3 Syawal 2017.

Bagi pelajar yang ingin menyertai Program "Jom Elrah" pula, boleh lah email kepada jomelrah2017@gmail.com untuk mendapat keterangan lanjut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik K di talian 013-5040728.

Oh ya, untuk tahun ini ada perkhidmatan COD tanpa caj penghantaran buat pembeli yang tak sempat ke booth Elrah Exclusive dan Rania Couture di Concourse Main Area The Curve Damansara. Anda boleh membuat pesanan pembelian dengan menghubungi nombor talian seperti di atas iaitu 013-5040728 saja. Tapi tawaran ini hanyalah untuk mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang sahaja iaitu Damansara, bangsar, Kelana Jaya dan Petaling Jaya.

Cepat-cepat serbu tau. Booth dibuka sehingga 3 Syawal ini ya,

Untuk lebih info boleh layari Intagram : @elrahdamansara

Salam sayang,
Neeza

Saturday, 22 March 2014

The Best Nursing Wear- Let's FEEDMILK!

*Assalammualaikum*

Siapa yang suka shopping online? Hehe. Zaman dah canggih, for sure most of us pernah dan suka shopping online kan? As well as me. I really love shopping online so much. Shopping online ini tak adalah lenguh kaki dan tangan macam window shopping. Main-main klik, lepas itu terus dapat barang dari abang pos laju. Hikhik. Itu sebab Neeza awal bulan selalu fulus. Huhu~ :-p
Hari ini nak sharelah dengan kome semua, salah satu online shop yang jadi pilihan favourite Neeza untuk bershopping! Yeah, tak lain tak bukan ialah Butik Anys Syuhada. Serious, memang best kalau shopping dekat sini. Sangat-sangat friendly tau~



Nak tahu tak baru-baru ini Butik Anys Syuhada ini telah mengeluarkan jenama sendiri, koleksi pakaian ekslusif special untuk ibu-ibu menyusu di luar sana. Dalam bahasa Inggerisnya, nursing wear lah. Feedmilk ini adalah satu jenama baju menyusu PERTAMA di Malaysia okeyh!
Bajunya, masyaAllah memang cantik sangat-sangat. Nampak trendy, elegan dan exclusive gitu! Banyak warna candy-candy tau dalam koleksi Feedmilk ini. KLIK SINI! Rasa nak gigit-gigit saja. Comel sangat! Rugi kalau tak grab. Hehe. Biasanya baju menyusu dekat pasaran itu kan tak cantik, tak cun, buruk nauzubillah. Ibu-ibu menyusu pun malu nak pakai.


Akan tetapi?! Tetapi baju dari Feedmilk ini memang akan menyelesaikan masalah ibu-ibu menyusu yayyy! Kalau dah tak menyusu pun still boleh pakai baju ini saja-saja pergi high tea, majlis-majlis, pergi shopping tengok wayang pun boleh. Yang penting high confidence okeyh! Yeah~ Paling best, ada macam-macam WARNA dan SAIZ tau! Ya, berita baik terutama untuk orang yang plus size macam cheq! Confirm you alls suka kan dengar, kan? kan?
 

Tak percaya? Boleh view sendiri dan bolehlah kome semua shopping. Confirm rambang mata dibuatnya. Malah dekat Fanpage FeedMilk banyak berkongsi tips dan info untuk ibu yang menyusu. Jengah jangan tak jengah ya.  Lepas ini bolehlah you alls share berita gembira ini dengan ibu-ibu menyusu or bakal menyusu. Hah! Ada lagi nak beritahu ini!!!

BERITA BAIK!!
Feedmilk sedang buat contest di Fanpage mereka. KLIK SINI! Skroll dan cari status pada 10 Mac 2014. Mereka sedang mencari 31 PEMENANG! 30 orang pemenang bakal dapat hadiah TopUp dan 1 pemenang akan dapat baju exclusive FeedMilk. Jom ramai-ramai join sebelum diumumkan pada 31 Mac 2014. Dan untuk ibu-ibu yang ada anak itu, boleh cari status di Fanpage FeedMilk pada 21 Mac 2014, like dan komen, nama anak dan umurnya. Mana tahu rezeki anak, yang bertuah boleh dapat hadiah dari FeedMilk. Good luck semua!


Salam sayang.
-Haneeza Mohamad-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.