Showing posts with label beauty tips. Show all posts
Showing posts with label beauty tips. Show all posts

Sunday, 13 November 2016

Tips Jimat Duit: Mesti ada Worthy Book!


Assalammualaikum dan hai.

Tips Jimat Duit: Mesti ada Worthy Book! l Neeza nak kongsikan kepada pembaca blog Neeza ini langkah untuk berjimat duit terutama untuk yang hidup di bandar seperti Neeza yang tinggal di Shah Alam ini. Kos hidup memang tinggi. Jadi kalau nak survive, memang kena ada voucher sebab voucher sangat memberi penjimatan yang besar. Neeza dah alaminya jadi Neeza tahu.

Tak tahu nak dapatkan voucher?

Meh Neeza ajar.


Untuk membeli belah seperti kecantikan, fesyen, dan kesihatan, you alls kena dapatkan Worthy Book ini. Dalam Worthy Book ini, ada 150 keping voucher dan penjimatan sehingga RM30 000!

Mana taknya, Boleh dapat barangan free, beli 1 percuma satu, diskaun sehingga 50% atau voucher tunai. Mana nak dapat penjimatan macam ini?

Dalam buku voucher ini, banyak kupon daripada jenama-jenama besar yang mempunyai banyak outlet di Malaysia ini seperti Himalaya, Marie France Bodyline, Supermodel's Secrets, Chirsty Ng Shoes dan banyak lagi.

Buku ini merangkumi:
Fashion, Eye Care, Eyelashes, Hair Care, Hair Salon, Hair Waxing, Hair Removal, Manicure, Pedicure. Skincare, Bodycare, Haircare, Slimming, Fitness, Spa, Massage, Facial, dan Online Shopping.

Macam-macam ada tau.

Nak tengok kandungan buku ini boleh RUJUK SINI

Harga untuk Worthy Book ini?

Tak mahal pun cuma RM25 sahaja. Serius, RM25 yang you alls laburkan ini sangat berbaloi-baloi. 

Dan buku ini sangat senang dan boleh didapati di:

laman web, Facebook, 7 Eleven, myNEWS.com, MPH Bookstore, Popular Bookstore, Books KINOKUNIYA, times, BORDERS dan easyStore.

Paling best buku edisi ini untuk 2 tahun. Yes, 2 tahun. 2016-2017


Jadi tak ada alasan lagi, tak boleh berjimat cermat dalam kecantikan sebab dah ada Worthy Book ini. Neeza sendiri pun tak sabar nak spend voucher Worthy Book lepas Neeza archieve berat badan ideal nanti.

Jom cepat-cepat dapatkannya sekarang!


Salam sayang.

Sunday, 6 November 2016

Beauty Tips : Sharing Session


Assalammualaikum dan hai semua!


Beauty Tips : Sharing Session l Dah lama rasanya tak buat sharing session. Jadinya, hari ini Neeza nak kongsi dengan you alls beberapa tips kecantikan. Bila sahaja kita sentuh topik tentang kecantikan pasti ianya dapat menarik perhatian ramai wanita. Ini kerana isu ini adalah antara kegemaran wanita di luar sana. Sudah menjadi lumrah wanita mempunyai sifat yang semulajadi apabila ianya melibatkan benda-benda yang cantik. Siapa yang tak nak cantik kan?


Itu sebab sekarang ini Neeza sedang berusaha untuk ikuti semua tips yang bakal Neeza kongsikan di bawah ini, Walaupun asas tapi inilah yang berkesan sebenarnya. Banyak cara ataupun kaedah sebenarnya yang kita boleh ikuti untuk menjadi cantik. Antara tips menjaga kecantikan paling basic adalah seperti di bawah:

1. Jaga pemakanan.
2. Tidur 8 jam setiap hari.
3. Dapatkan rehat yang secukupnya.
4. Bersenam.
5. Lebihkan minum air suam.

Untuk diri Neeza sendiri, jaga pemakanan itu perlu. Lagipun Neeza sekarang kan tengah berusaha untuk kurangkan berat badan. Lagipun pemakanan bukan sahaja memainkan peranan untuk kelihatan cantik tapi menjadikan diri kita lebih bertenaga. Tidur dan rehat yang mencukupi memang amat penting untuk kelihatan cantik. Walaupun kadang-kadang sangat sibuk, Neeza akan berusaha untuk lelapkan mata, walaupun seketika janji berkualiti dan curi sedikit masa untuk rehat sebentar. Percayalah, kita akan lebih bertenaga selepas itu.

Bersenam juga memainkan peranan untuk cantik tau. Untuk Neeza, senaman adalah wajib lagi-lagi nak kurus kan? Untuk you alls yang tak perlu kurus itu, boleh buat simple home workout exercise, atas katil lepas bangun tidur pun boleh! Dapat buat dua tiga jenis workout dan beberapa set sudah memadai. Janji senam dan berpeluh! Bila kita berpeluh dan kemudian mandi, percayalah wajah kita lebih glowing selepas itu *tips dari personal trainer sendiri*. Haaaa, lebihkan minum air suam. Ini sangat-sangat membantu. Bukan setakat berfungsi sebagai natural detox malah you alls boleh dapatkan kulit yang cantik kerana kulit lebih berseri dan tekstur lebih lembap.



Selain daripada langkah-langkah untuk menjaga kesihatan dan kecantikan seperti di atas ada lagi satu yang wanita harus ambil perhatian serius, iaitu pilih jenama produk kecantikan wanita terbaik. Ini adalah sangat penting. Tidak kira apa pun produk kecantikan yang you alls suka, dapatkan hanya daripada jenama yang boleh dipercayai. Ini bagi mengelakkan you alls dari tertipu dengan jenama yang boleh memberikan kesan yang tidak baik ke atas kulit muka anda. 

Paling penting, pastikan you alls buat dahulu personal research tentang sesuatu jenama sebelum menggunakannya. Ini juga sangat penting bagi memastikan you alls mengeluarkan wang hanya untuk yang berkualiti sahaja! Banyak dah Neeza jumpa dari kalangan keluarga dan rakan-rakan yang tersilap memilih produk kecantikan. Jangan semata-mata murah wajah hancur. Tak nak buat kajian dulu apa isi kandungannya. Hanya berharap viral atau "si X pakai cantik je, trylah". RISIKO itu! Jangan sesekali mencuba tanpa melakukan research secara terperinci!

Tahu tak? Susah tau bila wajah dan hancur ini, lagi memakan kos serta masa nak merawat dan baik pulih kulit. Belum lagi kesan psikologi kepada diri kita sendiri bila orang tegur kulit wajah kita tak secantik dulu. Kulit wajah tak boleh nak sorok tau. Ingat!

Okaylah, sampai di sini sahaja perkongsian Neeza hari ini. Harapnya, dapatlah membantu kawan-kawan di luar sana juga untuk kelihatan cantik dan menarik. Kita nak cantik kita nak sihat sebab kita sayangkan diri kita kan? Neeza pun sedang berusaha ke arah itu. Jadinya, selamat mencuba dan semoga berjaya semua! Chaiyook! Fighting! Oh yeah.

Salam sayang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.