Showing posts with label discover Kuala Selangor. Show all posts
Showing posts with label discover Kuala Selangor. Show all posts

Monday, 13 March 2017

Makan Sepuas Hati Buffet Tengahari RM8 Sahaja di Restoran Din d'Anjung Santai

Assalammualaikum
Adalah sesuatu yang menyeronokkan bila dapat makan sepuas hati yang kita nak terutama makan tengahari atau makan malam. Okay, masa bercuti di Kuala Selangor hari itu, Neeza sempatlah menemui sebuah lagi restoran yang menyediakan makanan sedap lagi-lagi makanan Melayu.

Okay, masa Neeza sampai di Kuala Selangor, bas yang Neeza naik itu turunkan Neeza depan IPD Kuala Selangor di mana bertentangan dengan restoran ini Neeza dah mula usha dah. Walaupun dari jauh tapi Neeza nampak kedai ini memang ramailah yang datang ke restoran dan bila Neeza datang keesokan harinya, ternyata memang ramai pengunjung tanpa henti.

Kalau Apps Hotel berkonsepkan menu shellout yang viral, Restoran Din d'Anjung Santai pula berlainan konsepnya di mana makan sepuas hati untuk buffet tengahari dengan hanya RM8! Ya, RM8 sahaja.

Bila Neeza dapat berjumpa sendiri dengan pengurus Restoran Din d'Anjung Santai ini dan mengetahui tentang konsep restoran ini di mana makanlah sepuas hati sampai pengsan pun boleh, you alls hanya bayar RM8 sahaja untuk harga pinggan. Memang tanggapan pertama Neeza ialah "wow!"

Bagi Neeza sangatlah murah lagi-lagi untuk orang yang datang bercuti sekali sekala ke Kuala Selangor di mana makanan laut di sini sangatlah murah dan bolehlah makan sepuas hati. Alaaa~ sepupu Neeza yang belajar dekat UNISEL Bestari Jaya dah lama duduk sini pun jarang tahu pasal restoran-restoran di sini. Hehehe.
Sebenarnya apa yang Neeza lihat restoran ini juga mendapat sambutan yang sangat hebat di kalangan penduduk tempatan di sini. Siap bawa family 5-6 orang terus. Mana taknya, pelanggan datang tanpa berhenti, makanan dalam tray sentiasa perlu diisi. Pendapat Neeza, lokasi restoran ini sangat strategik berhadapan IPD Kuala Selangor dan hotel Sun Inns Hotel serta medan niaga dan sekolah. Senang lihat senang nampak. Hehe
Ditambah pula dengan keadaan restoran yang bersih dan selesa menarik ramai lagi pelanggan untuk datang dan menikmati makanan di sini. Susah nak nampak pinggan kotor sebab pekerja-pekerja di sini sangat peka apabila pelanggan dah selesai makanan dan keluar dari restoran.
Bukan dari segi harga dan lokasi, faktor tarikan besar Restoran Din d'Anjung Santai ini sebenarnya terletak pada menunya. Macam-macam jenis hidangan Melayu yang disediakan, kalau ikan je sampai 5-6 jenis ikan dan hidangan, begitu juga ayam dan sayur-sayuran. Fuhh, memang bestlah. Macam-macam masakan ada.


IKAN
AYAM

SAYUR & ULAM
Sambal tempe ini memang Neeza berkali kali tambah, anak jati Johor katakan tapi selera Jawa walaupun mix, haha.

AIR
AISKRIM
Sebenarnya banyak lagi menu yang ada tapi disebabkan ramai sangat orang ni je yang ada sempat Neeza tangkap, memang tak putus-putus tau orang yang berkunjung biarpun Restoran Din d'Anjung Santai ini baru sahaja beroperasi.
Happy luncheon everyone!

Serius Neeza memang enjoy sangat makan dekat sini, you alls hanya perlu bayar untuk harga pinggan RM8 dan makan sebanyak mana yang you alls nak berkali-kali. Air pun free. Masa inilah nak makan puas-puas ikan dan makanan laut sebab jarang nak jumpa restoran yang konsep seperti ini di Shah Alam. Maklumlah harga ikan dekat Shah Alam kalau beli dekat pasaraya ini memang cekik darah. Huhuhu.

Haaaaaa... sebelum terlupa, waktu siang Restoran Din d'Anjung Santai ini memang dibuka untuk buffet tengahari dari pukul 10 pagi sampailah jam 4 petang. Selepas waktu itu hinggalah ke 2 pagi, lain pula konsepnya iaitu terdapat banyak stall di bawah satu bumbung, makanan Melayu macam Mee Bandung Muar ada, western pun ada, macam-macamlah.
Malam anda pasti tidak kebosanan dengan pelbagai menu yang ada di Restoran Din d'Anjung Santai ini. Cuma Neeza tak berpeluang nak singgah yang malam punya sebab berkejar nak balik Shah Alam untuk hadir media launch ketika itu.
Jadinya kalau you alls ada di Kuala Selangor atau singgah ke bercuti di sana, you alls wajib singgah Restoran Din d'Anjung Santai. Terima kasih dekat kak Arza sebab bawa Neeza ke sini. Kalau Neeza datang ke Kuala Selangor lagi in Shaa Allah Restoran Din d' Anjung Santai pasti menjadi pilihan dalam senarai wajib pergi.

Restoran Din d'Anjung Santai
Alamat: No. 1 Medan Niaga, Jalan Bendahara 1A, Taman Bendahara, 45000 Kuala Selangor
Nombor telefon: 019-6656545/ 011-12655545


Okay, sekian sahaja posting makanan hari ini. Hahaha.

Salam sayang,
Neeza

Saturday, 11 March 2017

Menu Baru Seafood Cajun ala Shellout di Apps Hotel, Kuala Selangor

Assalammualaikum
shellout murah
Minggu lepas Neeza memang buat kerja gila. Beberapa hari sebelum kelas semester 4 bermula, Neeza boleh pergi bercuti kejap di Kuala Selangor. Mood cuti semester sampai sekarang tak habis lagi ini. Hehe.

Alaaaaaaaaa mesti you alls rasa, Kuala Selangor je pun? Kuala Selangor kira jauh juga tau, sejam juga kalau naik bas dari Klang. Hahaha.
Kalau dah berjalan mesti perkara pertama yang Neeza cari ialah makanan. Hehe. Apalah kata nak kurus tapi nak makan. Haiseyyy dilema perempuan sungguh! Huhu. Seperti you alls sedia maklum kalau datang ke Kuala Selangor ini makanan serius murah sangat terutama makanan laut sebab dah nama pun Kuala Selangor, sah-sah dekat dengan laut dan kuala.
APPS HOTEL
Kebetulan masa Neeza check in di Apps Hotel ternampak pamplet ini berhampiran kereta klasik Louis Vuitton itu. Terpegun kejap. Terus terdetik dalam hati "Wah, sini pun ada shellout itu.."
Selesai letak beg dan barang dalam bilik, terus Neeza turun bawah dan tengok pilihan makanan yang ada di restoran Apps Hotel ini. Setelah dijelaskan oleh pekerja Apps Hotel yang ramah, baru Neeza tahu bahawa Apps Hotel baru sahaja melancarkan menu dan promosi baru iaitu Seafood Cajun ala shell out dengan harga RM39.90+ sahaja! Murahnya alahai. Hehe.

Rupa-rupanya menu ini diinspirasi oleh Pengarah Pemasaran Apps Hotel, Kishen Sreedhan bersama Chef Man dan Chef Steven di mana mereka memperkenalkan konsep yang sangat baru ini di Kuala Selangor. Kalau di Kuala Lumpur dan Shah Alam, trend shellout ini memang trend dan merata-rata ada cuma mahal sikit.

Sepupu Neeza, Cousin D ini kata kalau makan Shellout paling murah pun RM100 untuk 1 pax. Murahlah sangat. Hahaha. Sebenarnya Cousin D ini yang rajin dan suka bershellout ini. Neeza pula sejujurnya, ini Neeza baru sekali pernah rasa shellout ini, itu pun ketika MAHA 2016.
Nak ikut aku makan kenalah jadi photographer aku hari itu, haha
Nasib baiklah Cousin D kebetulan belajar dekat UNISEL, Bestari Jaya boleh temankan Neeza makan shellout ini. Bila dia tahu Neeza ada di Kuala Selangor dan ajak makan lagi-lagi shellout, bukan main laju dan cepat dia sampai hotel ini. Hahaha.
Untuk meja Neeza, Neeza dihidangkan dengan Butter Lemon. Ini memang kesukaan Cousin D sampai habis dia seorang je yang ratah banyak. Haha. Butter Lemon shellout ini you alls boleh rasa keaslian dan kemanisan makanan laut itu. Untuk pengunjung yang jenis tak boleh makan pedas lagi-lagi kanak-kanak,memang Neeza sarankan untuk ambil Butter Lemon ini.
Bagi diri Neeza sendiri, Neeza ini lebih ke arah tekak Melayu yang suka pedas-pedas sikit walaupun kacukan Melayu Cina, Neeza lagi suka  Asam Pedas shellout ini. Serious talk, I really love so much!
Untuk pencinta makanan pedas, ini berita baik untuk you alls. Kam Heong shellout memang sesuai untuk you alls sebab ini merupakan menu shellout yang paling pedas untuk Neeza. Kam Heong shellout ini rasanya seakan-akan hampir ke arah rasa Asam Pedas di mana Kam Heong shellout lebih simple cara masaknya iaitu dimasak menggunakan pes kari bersama cili kering yang banyak.  Sedap dimakan bersama nasi putih panas. Memang terbaiklah!
KIRI-TOMYAM KELAPA MUDA & KANAN-TOMYAM SEAFOOD
Kalau dah makan makanan laut, tak sah kalau tak cuba Tomyam. Di restoran Apps Hotel, Kuala Selangor ini, terdapat dua jenis Tomyam yang you alls boleh cuba iaitu Tomyam Seafood dan Tomyam dalam kelapa muda.
TOMYAM SEAFOOD
Pendapat Neeza yang dah biasa makan Tomyam Seafood, Neeza lebih cenderung dan menyukai Tomyam dalam Kelapa Muda ini. Kombinasi Tomyam dan kelapa memang sedap sangat sangat lebih-lebih lagi bila dapat makan isi kelapa itu.
TOMYAM KELAPA MUDA
Sebenarnya ini merupakan pengalaman pertama Neeza mencuba Tomyam dalam kelapa muda ini. Neeza pun macam you alls juga mula-mula rasa pelik macam mana tomyam dan kelapa ini kan. Bila dah suap 2-3 sudu Neeza terus suka pula. Dahlah isi padat. Hehe.

Sebelum ini, Neeza pernah rasa tomyam yang menggunakan santan di sebuah restoran di Shah Alam ini tapi Neeza tak berapa suka sebab muak dan mengemukkan tapi tomyam dalam kelapa muda ini lebih segar rasanya dan tak muak langsung untuk Neeza.
DEEP FRIED KANGKUNG TEMPURA STYLE
Satu menu lagi yang you alls patut cuba semasa makan di sini ialah Deep Fried Kangkung Tempura Style. Serius ini menu pilihan Neeza sebab Neeza rasa sedap sangat sebab kombinasi kangkung goreng bersama sos chili Thai memang terbaik. Maklumlah Neeza ini kan pencinta sos chili Thai. Hehe. Sampai habis 1 pinggan tau. Hehe

Bila makan di sini, open air seafood restaurant ini memang best untuk Neeza sebab restoran ini hampir dengan jeti, keadaan yang sangat selesa sebab ruang restoran yang bersih dan pekerja restoran yang cukup ramah dan baik.
Selepas makan, kalau waktu petang, you alls bolehlah naik bot untuk beri makan pada helang atau sekiranya malam pula, bolehlah tengok kelip-kelip Kampung Kuantan. Serius jeti sangat dekat sebab berada di belakang Apps Hotel ini. Akan Neeza ceritakan lebih lanjut percutian Neeza ke Kuala Selangor pada entri akan datang. Nantikan tau.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah menghubungi;

APPS HOTEL

12, Jalan Peninsula Utama 1,
Peninsula Park,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.
Office : +603-32772172
Mobile : +6012-2337725

Salam sayang,
Neeza.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.