Showing posts with label media. Show all posts
Showing posts with label media. Show all posts

Monday, 20 November 2017

Kemeriahan Sekitar Program Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017

Assalammualaikum dan hai semua,
Pada minggu lepas, Neeza telah berkesempatan ke negeri Johor bersama dengan rombongan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dan rakan-rakan media untuk menghadiri Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 (IPKC 2017).
iskandar puteri kayak challenge 2017, puteri harbour, kg sungai melayu, kayak challenge, johor
Sumber gambar di atas adalah dari Sukan TV RTM
IPKC 2017 merupakan satu acara perlumbaan kayak sejauh 40 km dari Puteri Harbour ke Kg Sg Melayu melalui Selat Johor (dahulu dikenali dengan Selat Tebrau). Ia diadakan pada hari yang bersejarah bersempena Sambutan Pengisytiharan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri oleh DYMM Tuanku Sultan Johor Darul Takzim.
IPKC 2017 diadakan bertujuan untuk mempromosikan "Pelancongan Sukan" di Puteri Harbour dan "Pelancongan Eko" di Kg Sg Melayu. Dengan prasarana yang moden, strategik lagi menarik di Puteri Harbour ia menjadikan sukan kayak ini satu sukan yang berpotensi untuk diketengahkan, dipromosikan serta dianjurkan setiap tahun sehingga dikenali di persada antarabangsa kerana lokasinya yang berdekatan dengan segi tiga emas iaitu Johor, Singapura dan Indonesia memberikan kelebihan buat Puteri Harbour.

IPKC 2017 ini boleh dijadikan satu tarikan kepada para belia menyertai sukan air ini disebabkan kosnya tidak besar dan mampu disertai oleh para belia dan juga boleh mempelopori penubuhan Kelab-Kelab Kayak di kampung-kampung, di IPTA dan IPTS malah di jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan dan swasta. Ia dapat memberi pendedahan masyarakat tentang keselamatan di air, kesedaran penjagaan alam semula jadi malah juga menjadi sukan rekreasi.

Oh ya, program Perlumbaan IPKC 2017 telah bermula pada 18 November 2017 dari Puteri Harbour ke Jambatan Linkedua dan berpatah balik menuju ke Kg Sg Melayu. Ia akan melalui Jeti Feri ke Batam, Sg Pendas, Chalet Terapung, Pusat Penternakan Kupang, Kawasan Hutan Bakau Kg Sg Melayu dan Beting Lapan.
iskandar puteri kayak challenge 2017, puteri harbour, kg sungai melayu, kayak challenge, johor
Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh wakil Menteri Besar, Dato’ Zulkurnain Hj. Kamisan (ExCo Belia dan Sukan, Kebudayaan & Warisan Negeri Johor kerana YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor Darul Takzim tidak sempat menghadirkan diri kerana mempunyai jadual yang ketat. Majlis perasmian telah berlangsung di Puteri Harbour iaitu di tempat perlepasan peserta kayak manakala Majlis Penutup oleh Y.Bhg Tuan Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Johor Bharu Tengah di Kampung Sungai Melayu.
Semasa acara berlangsung, Neeza sempat merasai melalui perairan sempadan Singapura dan Johor dengan menaiki kapal Black Pearl bersama para VIP dan MTC Media untuk melihat dengan mata sendiri kesungguhan para peserta berkayak dan mengharungi jalan-jalan tersebut.
Inilah The Black Pearl cruise
Berada di tengah-tengah perairan Selat Johor
Sebanyak 150 peserta dari seluruh negara akan mengambil bahagian dalam acara sukan berprestij ini dan sebanyak 5 kategori akan dipertandingkan iaitu Kategori Pelajar Lelaki, Kategori Pelajar Campuran, Kategori Terbuka Lelaki, Kategori Terbuka Campuran, Kategori Antarabangsa Campuran dan Kategori Agensi Pelancongan.
Sesi bergambar para VIP dan para penyokong yang hadir untuk beri sokongan padu kepada rakan-rakan yang menyertai acara kayak
Antara peserta yang teruja dan bersedia untuk memulakan acara kayak
Para peserta kayak bersedia di garisan permulaan. Garisan permulaan berbeza mengikut kategori.
Selain daripada acara kayak, terdapat acara-acara lain telah diadakan sepanjang hari iaitu saperti pelayaran Selat Johor, sukan air Kg Sg Melayu, perarakan bot berhias, pameran dan bazar di Puteri Harbour, ceramah dan persembahan dari Kelab Alami.
Antara bot berhias yang menarik perhatian 
Acara sukan air yang sedang berlangsung dan merupakan acara terakhir dipertandingkan
Yang menariknya, ada di antara rakan-rakan media iaitu Team Mix Media antara Utusan Malaysia dan Malaysia Kini juga berkesempatan menyertai acara kayak untuk merasai sendiri pengalaman berkayak di Selat Johor ini. Diakui mereka agak gementar pada awalnya namun setelah berkayak, senyuman tanda kepuasan sangat jelas terpamer di wajah mereka. Tahniah team Media!
4 peserta dari Team Mix Media
Bersedia untuk memulakan cabaran
Berjaya spot Team Mix Media di Selat Johor semasa kami menaiki cruise
Untuk pengetahuan pembaca, acara Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 ini adalah anjuran bersama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) & Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dengan dihoskan oleh Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim.

Ini adalah pertama kali Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) menganjurkan acara sebegini untuk mempromosikan Sukan Kayak sebagai produk pelancongan popular. 

IPKC 2017 juga mendapat kerjasama dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Majlis Sukan Negeri  Johor (MSN), Iskandar Regional Development Authority (IRDA), UEM Sunrise, Tourism Johor, Educity, Netherland Maritime Institute of Technology (NMIT), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Komuniti 1 Malaysia Kg Sg Melayu, Yayasan Penyayang MPJBT, Yayasan Warisan Johor, Malaysia Nature Society, Kelab Alami dan Ascott International.

IPKC 2017 ini juga mendapat kerjasama dari pihak keselamatan dari PDRM, Polis Marin, Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Laut Negeri Johor, Jabatan Perhilitan dan Jabatan Kesihatan.
Gambar kenangan wakil Dato’ Zulkurnain Hj. Kamisan bersama pengajur antaranya President MTC, Uzaidi Udanis dan pihak yang telah menjayakan program IPKC 2017
Apapun bagi Neeza sendiri, sebagai anak jati Johor sendiri, Neeza berharap agar IPKC ini akan dijadikan acara sukan kayak tahunan di Puteri Harbour sebagai satu pengisian dan tradisi bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri Johor pada masa akan datang. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dan menjayakan program ini.

Oh ya, di samping menghadiri program Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 ini, kami juga telah berkesempatan untuk melawat ke tempat-tempat menarik di Johor Bahru sepanjang kami berada di sana selama 2 hari 1 malam. Apapun nantikan entri Neeza seterusnya tau.

Untuk malumat program lebih lanjut;
Facebook: Majlis Pembandaran Johor Bahru Tengah

p/s: Setiap gambar hendaklah mendapat keizinan dan dikreditkan kepada tuan blog. Terima kasih.

Salam sayang,
Neeza

Friday, 10 June 2016

Jom Serbu The Mines Celebrity Fest pada 25 dan 26 Jun 2016!


Hai guys!

Info tentang The Mines Celebrity Fest
Anda malas nak bersesak-sesak dengan jutaan manusia di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur? Ingin shopping sambil beramah mesra dengan artis-artis pujaan anda? Teringin memiliki koleksi rekaan daripada artis yang anda minati? Ayuh kita ke The Mines Celebrity Fest dengan kerjasama OMG Fest dan The Mines Shopping Mall pada 25 dan 26 Jun 2016 ini *dah tak lama lagi ini* bertempat di The Mines Shopping Mall Seri Kembangan.

Media Briefing
Pada 2 Jun yang lalu, Neeza telah dijemput oleh pihak The Mines untuk media briefing The Mines Celebrity Fest ini *first time cover event media tapi serius best sangat sebab dapat jumpa dan berkenalan dengan artis-artis*. Jadi, Neeza ingin mengajak korang beramai-ramai datang ke The Mines Celebrity Fest ini, korang bukan sahaja dapat shopping barang raya, malah dapat jumpa, berhibur dan beramah mesra dengan artis-artis ini. 2 in 1 gitu *apa Neeza ingat ini instant 2 in 1 ke, haha*

antara barisan artis yang bakal menjayakan The Mines Celebrity Fest
Nak tahu tak? The Mines Celebrity Fest ni bakal menampilkan 10 artis terkenal bersama produk yang mereka hasilkan di bawah 1 bumbung. Bukan setakat dapat jumpa dan beramah mesra dengan mereka, malah akan ditawarkan harga luar biasa yang sangat istimewa untuk para peminat yang mana korang tak akan dapat di mana-mana dan semestinya lebih murah dari harga biasa.

Rare kan kasut berlampu? Boleh dapatkannya masa The Mines Celebrity Fest di @ep_shoes // @erryputra18 

Antara artis-artis yang akan turut serta menjayakan The Mines Celebrity Fest ini adalah Nas Adila dan suaminya Aliff AF6, Erry Putra, Keena Mentor, Arja Lee, Khai dan Rosma serta ramai lagi. Jangan ketinggalan!!

Kak Nas Adila tak bawa shawl wangi dia, jadi kita selfie dulu :D Nanti usha @nasadilashawlhijab masa The Mines Celebrity Fest tau :D
Pihak The Mines Shopping Mall juga tidak ketinggalan menawarkan promosi menarik untuk pengunjung-pengunjung mereka di mana setiap pembelian sebanyak RM200 ke atas, tak kisahlah shopping di kedai apa dalam The Mines *gabungan maksimum 2 resit pada hari yang sama*, korang berpeluang untuk menebus kusyen eksklusif dari SPOTLIGHT serta set sampul Raya PERCUMA.

Cantik sangat sampul duit raya The Mines, rugi tak grab kalau The Mines dah bagi free itu
Manakala setiap pembelian yang bernilai RM300 keatas pada hari yang sama *resit kedai fesyen sahaja* berpeluang untuk mendapat kotak perhiasan eksklusif dan set sampul raya secara PERCUMA. Diulang sekali lagi PERCUMA! *saja tekankan lebih-lebih, hehe* Baik hati betul pihak The Mines ini. Yeayyy~ saya suka! saya suka!

Tak tahu nak tebus di mana?

Korang boleh terjah di Kaunter Informasi, Tingkat 3 dengan satu penebusan sehari untuk setiap pembeli. *while stock is available*

The Mines Celebrity Fest
Tarikh: 25 & 26 Jun 2016 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 10.00 am hingga 10.00 pm
Tempat: Ruang Legar Utama (Centre Court), Tingkat 3, The Mines Shopping Mall

Keterangan lanjut:
Tempat: Kaunter Informasi
Talian: 03-8949 6333
Laman Web: www.the-mines.com.my
Facebook: www.facebook.com/theminesshoppingmall
Instagram: www.instagram.com/the_mines_shoppingmall

Serius, rugi tak pergi. Terjah jangan tak terjah! :D

Ignore pipi pau ku, haha, dah lama kenal dari 2011-2012 gitu tapi ini first time jumpa @NurAlja blogger www.cahayapermata.my  terus kamcing, hehe
Salam sayang, xoxo
Haneeza Mohamad.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.