Assalammualaikum dan hai semua,
Kejap sahaja masa berlalu kan? Kita hampir dah nak sampai penghujung tahun 2017. Terus terang Neeza tak sabar nak mulakan tahun 2018 kerana cukup.. cukuplah Neeza berehat selama setahun ini dan kini Neeza kembali ke berat badan yang asal sebelum Neeza pulun untuk kurus pada tahun 2016.
Neeza akui Neeza agak rasa tertekan bila tengok galeri album Facebook. Ya, makanan buat kita gembira tapi kegembiraan itu hanya seketika. Neeza rindukan "healthy lifestyle". Bila dah kurus, Neeza dapati diri Neeza teramat gembira. Terasa seperti dilahirkan semula. Neeza rasa lebih yakin untuk teruskan kehidupan ini dengan memori yang indah. Buktinya, Neeza banyak ambil gambar selfie bila dah kurus. Dan sekarang, memang Neeza jarang upload gambar baru. Sebab Neeza tahu Neeza dah kembali bulat. :') Keyakinan merundum. Justeru itu, Neeza ambil keputusan tahun 2018 ini Neeza nak mulakan semula apa yang Neeza pernah lakukan pada tahun 2016.
Langkah pertama itu penting dalam sesebuah perjalanan. Lantas, Neeza buang semua makanan yang tak berkhasiat dalam peti ais dan isi dengan makanan sihat. Nasib baiklah tak banyak yang Neeza perlu buang sebab Neeza dah jarang masak akhir-akhir ini atas kesibukan Neeza dalam menyiapkan tugasan di kala akhir semester ini. Kemudian, Neeza rangka semula plan diet yang bakal Neeza lakukan. Antaranya ialah Neeza nak amalkan semula minuman beras perang iaitu, NUTRIbrown Rice. Sebenarnya Neeza dah amalkan masa Neeza nak maintain berat badan tapi itulah salah sendiri, lupa daratan terus tinggalkan semua, sekarang padan muka kenalah mulakan balik diet.
Produk Nutribrown Rice ini berasaskan beras perang yang telah terbukti akan khasiatnya untuk tubuh badan di mana ia adalah minuman yang sesuai untuk turunkan berat badan dan mengawal kolestrol.
Beras perang ini ternyata menyihatkan kerana mempunyai pelbagai khasiat seperti antioxidant, rendah gula, rendah kolestrol, natural vitamin dan mineral. Coach-coach Neeza sangat sarankan untuk Neeza amalkan beras perang sebab beras perang ini bersamaan 100% whole grain yang sangat diperlukan oleh tubuh badan seorang manusia. Lebih cepat dan tahan lama kenyang dari beras biasa.
Minuman beras perang ini adalah oganik dan semulajadi di mana ia memperoleh Standard Keselamatan Makanan yang tertinggi iaitu ISO22000 dari United Kingdom Accreditation Services. Sebenarnya kan minuman Nutribrown Rice ini terkenal tau bukan sahaja dijual di Malaysia dan Singapura malahan ada di pasaran China, Singapura, Hong Kong, Korea dan Eropah.
Penyediaan untuk minuman beras perang ini sangatlah mudah. tuang serbuk Nutribrown rice dan letakkan air panas 100ml - 200 ml ke dalam cawan. Kemudian gaulnya. Kalau datang mood malas astagfirullahalazim nak masak memang ambil sepaket Nutribrown rice ini.
Menariknya Nutribrown Rice ini didatangkan dengan pelbagai perisa iaitu;
1. Original No added Sugar
2. Honey
3. Original
4. Chocolate
5. Oat with Soy Lecithin
Neeza suka sangat dengan produk Nutribrown rice ini sebab teksturnya lembut dan halus, ala-ala minum smoothie gitu. Kalau berdiet seeolaknya pilih no-added sugar, tapi tak salah sekali sekala kita pelbagaikan. Kesukaan Neeza tentulah Chocolat dan Oat with Soy Lechitin.
Lagipun, Nutribrown rice ini juga mudah dapat di mana-mana pasaraya terpilih. Neeza adalah juga perasan dekat pasaraya Jaya Grocer dekat NU Sentral ada jual Nutribrown Rice. Dan Neeza bercadang nak memborong Nutribrown Rice ini dekat pasaraya Giant Seksyen 7 sebab sekarang tengah ada sales. RM10 je sekotak. Fuhh, tak sabar nak tunggu esok.
Jadi pada anda yang nak melaksanakan misi kurus macam Neeza, jom grab minuman Nutribrown Rice ini. Diingatkan ini bukan produk kurus tapi ia adalah makanan tambahan yang mengenyangkan. Doakan ya semoga misi Neeza terlaksana. Kali ini Neeza tak nak dah lupa daratan. Penat asyik kurus gemuk kurus gemuk. Hahaha.
Untuk maklumat lebih lanjut,
Facebook: https://www.facebook.com/NutriBrownRiceMalaysia
Website: http://www.nutribrownrice.com
Salam sayang,
Neeza