Showing posts with label online shopping. Show all posts
Showing posts with label online shopping. Show all posts

Thursday, 22 February 2018

Jualan Kempen Hari Gaji Shopee - Nikmati 18% Pulangan Tunai dari 26 hingga 28 Februari

Assalammualaikum dan hai semua,
Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji bermula dari 26 sehingga 28 Februari 2018 di mana ia satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Jadi tak payah sedih okay kalau terlepas jualan sempena Chinese New Year tempoh hari.
shopee, kempen hari gaji, kempen hari gaji 2018, sales gaji
Pengguna Shopee bakal menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan. 

Menurut Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee,
“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah."

Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam.

Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.

Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:

Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi.
Elianto pun turut serta dalam sale gaji!
Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki.

Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok. 
Screenshot Promo Code okay! Nanti sambar bila campaign dah bermula
Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999.

Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna Shopee juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson. Menarik bukan? Jadi tunggu apa lagi, jom membeli belah di Shopee!

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 

Salam sayang,
Neeza

Monday, 27 March 2017

Kempen ‘Shop The World’ Menawarkan Baucar Petrol bernilai RM1 juta oleh 11street Memang Jimat

Assalammualaikum
Bertempat di Aloft KL Sentral pada 10 Mac yang lalu Neeza telah menghadiri majlis pelancaran oleh 11street MY di mana ia mengumumkan pelancaran kempen beli-belah global dalam talian – 'Shop The World' yang menyediakan jutaan produk berjenama antarabangsa, khususnya dari negara-negara seperti China, Jepun, Korea, Taiwan dan Amerika Syarikat (AS) kepada para pelanggan di negara ini.

Wong Siew Lai, Naib Presiden Komunikasi Pemasaran 11street memaklumkan bahawa kempen 'Shop The World' merupakan idea syarikat berkenaan untuk memenuhi permintaan pengguna untuk mempelbagaikan lagi produk dan jenama-jenama global terkenal bersama promosi dan tawaran menarik.

Bermula 11 Mac ini, kempen 'Shop The World' akan memperlihatkan 11street menawarkan diskaun sehingga 99 peratus terhadap produk-produk antarabangsa dan jenama global, di samping penghantaran seberang laut secara percuma untuk item-item terpilih. 
Antara yang mengambil bahagian dalam kempen ini adalah jenama-jenama global terkemuka seperti Coleman, Laneige, MamyPoko, MSI, Philips AVENT dan Primer Group (pengedar tempatan bagi label fesyen antarabangsa seperti Flossy, Jansport, Native dan Outdoor Products), sekali gus menjadikan kempen 'Shop The World' satu usaha yang holistik dan meletakkan 11street sebagai sebuah gedung online global yang menawarkan pelbagai promosi gabungan dan diskaun mengejutkan eksklusif dalam platform beli-belah berkenaan.



Selain itu, ia juga menyediakan khidmat tempahan awal secara eksklusif bagi gajet-gajet yang dinantikan-nantikan di pasaran.

Paling mengujakan Neeza sebenarnya tentang kempen ini, sebagai bonus untuk menggalakkan pelanggan membeli-belah secara online, menawarkan penjimatan dan meringankan bebanan ekoran peningkatan kos sara hidup masa kini dengan menyediakan baucar petrol berjumlah RM1 juta kepada para pelanggan yang membeli barangan yang terdapat dalam senarai kempen di mana 11street menawarkan baucar petrol bernilai RM10 untuk setiap pembelian bernilai RM100 bagi produk-produk dan jenama yang didaftarkan di bawah kempen 'Shop The World' tau.
Bertimbang rasa sungguh 11street kepada pelanggan setia mereka. Mana lah tak sayang macam ini, macam-macam mereka bagi tau. Huhu

Jadi tunggu apa lagi? Jom membeli belah dan berjimat bersama 11streetmy sekarang!

Kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi di mana ia bermula dari 11 Mac 2017 sehingga 18 April 2017 ini.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari http://bit.ly/shoptheworld11street

Salam sayang,
Neeza

Monday, 14 November 2016

Tips Jimat Duit: Dapatkan Cashback dari Shopback


Assalammualaikum dan hai semua.

Tips Jimat Duit: Dapatkan Cashback dari Shopback l Ekonomi sekarang ini buat ramai risau. Tak boleh dijangka dan membimbangkan. Malahan, Neeza sebagai pelajar pun terasa dengan kesan ekonomi sekarang.  Lagi-lagi dekat Malaysia ini. Semua barangan dah naik. Yang terbaru, harga minyak naik tak kiralah minyak petrol mahupun minyak masak. Dan kalau bawa duit RM50 dekat pasaraya cuma dapat 2-3 barang je. Aduhai. Resah saya~
sambil siapkan assignment sambil survey shopping online, nak shopping tapi nak jimat, muka stress tu huhu
Hmm, apa yang merisaukan Neeza semoga tiadalah krisis ekonomi 1997. Jadi, apa yang kita mampu buat dengan ekonomi sekarang ini ialah berjimat cermat dari segenap aspek. Oleh itu, hari ini Neeza nak bagi satu tips untuk berjimat terutama you alls yang suka online shopping itu.

Neeza faham sesetengah orang lebih senang untuk online shopping kerana semuanya dihujung jari sekarang ini. Kadang-kadang kesibukan di tempat belajar atau kerja, membuatkan kita terhad untuk berada di luar, nak window shopping, cari parking, jalan sesak, lepas itu nak membelek satu persatu barang, serius, tak ada masa! Selain itu, selalunya beli online ini lebih murah, kan? kan? <-I am online shopping lover too!

Untuk lebih murah lagi, Neeza sebenarnya ada cara untuk you alls tau. Neeza nak memperkenalkan kepada semua, iaitu


ShopBack gives cashback for all of your online shopping

Shopback MY ini adalah satu platform baru penjimatan duit semasa membeli belah secara atas talian (online). Shopback MY bayar untuk you alls online shopping tau! Yeayyy *teruja juga okay*. Kalau you alls nak tahu Shopback bekerjasama dengan 500 online merchants yang tawar pelbagai produk dan servis. Antaranya seperti Lazada, Zalora, FoodPanda, Groupon, Agoda, Air Asia dan banyak lagi.

Macam mana sistem shopback ini?

Okay, sangat mudah sebenarnya.


Setiap online shop di mana you alls kunjungi dan membuat sebarang pembelian, you alls akan dapat balik beberapa peratusan dari keseluruhan bill. Paling best, sesetengah online shop bagi sehingga hampir 50% tau!

Tak faham?

Okay, Neeza bagi contoh. Neeza beli beg harga RM 100 dekat Zalora dan Neeza beli melalui Shopback MY, Zalora bagi cashback rate 20%. Jadinya Neeza dapat RM20 balik. Yeayyy! *terlebih gembira nampak!*

Tak faham lagi?

Okay, ikuti tutorial ini dan you alls akan lebih faham sistem Shopback.

1. Buka website www.shopback.my dan pilih kedai/merchant pilihan anda. Contoh: Tesco.


Tips: Nak jimat besar? Klik je "Payday Sale" atau "Best Deals".

2. Dah pilih kedai/merchant, terus klik button merah itu. Kalau Tesco "Get 5.0% cashback". Nanti keluar pop-up window. Tekan "Shop Now".

3. Terus dapatkan tunai/cash dari Shopback. Yang gambar bawah ini untuk Tesco *contoh*
Bila dah buat pembelian, ikuti langkah-langkah mudah dalam page tersebut supaya cashback anda dapat ditambah dalam akaun dalam beberapa hari.

Siap!

Untuk penjelasan yang lebih terang, boleh tengok video ini :D


Bertambah jimat kalau tekan LINK SINI

Inginkan banyak penjimatan dengan voucher? DAPATKAN GROUPON

Terlepas Jualan 11.11 pada 11 November hari itu?

Berita baik kini Black Day Friday sales sedang berlangsung!

Memang berjimat berganda-ganda dengan Shopback MY ini. Kalau you alls tak ambil peluang ini, memang rugi tau.

Kunjungi

www.shopback.my

Salam sayang.

Sunday, 23 March 2014

Syurga Shopping-Jom ke ANYS SYUHADA BOUTIQUE!

*Assalammualaikum*

Hai geng! Semalam Neeza ada sharing tempat shopping best nursing wear untuk mummy-mummy gorgeous kan? Hari ini Neeza nak habaq mai pula, tempat shopping yang sememangnya best dan awesome, iaitu semestinya ANYS SYUHADA BOUTIQUE! Yeah~ tanpa mengira jantina, tak kira lelaki dan perempuan, tanpa mengira umur, remaja dan belia, semua boleh shopping di Anys Syuhada Boutique ini tau!

Well, semalam kan, Neeza ada share jenama baju menyusu pertama di Malaysia, iaitu Feedmilk. KLIK SINI! Nak tahu tak, Feedmilk ini diasaskan oleh tauke Anys Syuhada Boutique ini sendiri, iaitu Kak Anys dan pasangannya, Encik Syafiq. Memang terbaiklah. Kagum dengan kak Anys dan pasangannya, muda-muda dah berjaya, ada butik dan jenama sendiri. Boleh dijadikan idola ini. Huhu. :3


So, hari ini, Neeza nak cerita pula pasal butik kak Anys sendiri. Butik ini ada jual macam-macam barang kot. Ada long dress, blouse-blouse yang memang up to date. Handbag, shawl, palazo dan skirt pun ada beb. Don't worry, ada macam-macam warna dan saiz ada. Ini yang Neeza suka dekat Anys Syuhada Boutique ini. Neeza pernah beli peplum warna pink masa raya tahun lepas. Amboi, kau ingat orang plus size tak boleh bergaya eh? Paling best peplum keluaran Anys Syuhada Boutique itu ada button comel di tengah. Jadi senang nak sarungkan. Time itu, peplum itu jadi hot selling kot! (Actually peplum itu untuk breast feeding mom, tapi ada ku kisah, yang penting high confidence bebeh! :-p )

Pakaian untuk lelaki pun ada. Don't worry, cik abang-abang semua boleh shopping dekat sini. Untuk couple-couple tak kiralah belum kahwin ke dah kahwin, nak cari baju sepasang untuk couple, pun ada dijual di sini. Huhu, sukalah itu. Neeza nampak you alls dah menyengih sampai ke telinga. :-p  Kan? Makanan macam biskut rainbow dan pepero stik pun ada dijual di Butik Anys ini. Serious, macam-macam dijual di bawah 1 bumbung. Sebabnya, Butik Anys pun berkonsepkan vendor, ada online shop lain juga ada di dalam butik kak Anys. Tapi kena walk in Anys Syuhada ini sendirilah. Memang puas dan terbaik beb! 



Tetapi butik ini pun ada buat online bisnes. Dah lama kot mereka ini buat online bisness. Jadi, kalau you alls nak order online pun boleh. Pstttttt...... lupa nak bagitahu! Rajin-rajin jenguk Fanpage mereka, mereka rajin juga buat sales, dan paling awesome, ada tips panduan pemakaian yang sangat berguna juga okeyh! Let's check it ouuuuuuttttt..........!!!

INSTAGRAM: @by_anyssyuhada
WHATSAPP : 013-4867221


Tunggu apa lagi?? JOMMMMMMM SHOOOPPPIIIINGGGGGGGG !!!


Salam sayang.
-Haneeza Mohamad-


p/s: Mood: Tengah skodeng-skodeng juga tunggu butik ini buka slot untuk vendor. Serious butik ini meriah, happening and really potential. Memang bertuah kalau dapat jadi one of the vendor of Anys Syuhada Boutique. Well, boleh perkembangkan bisnes online Neeza ini kan. Huhu~ :3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.