Showing posts with label putrajaya. Show all posts
Showing posts with label putrajaya. Show all posts

Wednesday, 18 January 2017

Sambut Tahun Baru di Festival Lampu Putrajaya 2016

Assalammualaikum
Dah 19 hari rupanya tak menulis di blog ini. Rasa macam lama sungguh. Maklumlah awal tahun ini memang sangat sibuk dengan persediaan dan peperiksaan akhir untuk semester 3 ini. Biasalah, kalau nak menulis satu entri pun dah makan masa berjam-jam. Hehe.

Dalam kesibukan nak menghadapi peperiksaan akhir ini, Neeza sempatlah singgah ke Putrajaya untuk menyambut Tahun Baru di Festival Lampu Putrajaya 2016. Bagilah peluang sikit, asyik stress belajar je, kita curilah masa sikit untuk bergembira. 

Sebenarnya tak rancang pun nak sambut malam Tahun Baru dekat Putrajaya ini. Pada hari tersebut, 31 Disember 2016 itu, masa tengok golek-golek atas katil, Neeza terimalah mesej dari AJ. Dia ajak Neeza ikut dia ke rumah kawan blogger, ada jamuan makan-makan petang itu. Masa itu, kira freelah juga tak tahu nak buat apa, jadi setujulah pergi.

Masa itu bertolak dari Shah Alam masuk KL. Jumpa AJ dekat Pasar Seni, lepas itu sampai je Bangsar, kawan blogger itu jemput kami, akan tetapi AJ buat kejutan masa itu dia tak ikut sekali sebab kena berkejar nak pergi Putrajaya sebab ada majlis. Kira hantar wakil lah. AJ oh AJ. Dahlah kita tak kenal kawan blogger itu. Huhuhu.

Nama dia Fyra, travel blogger dari blog www.fyrathetravelover.com . Walaupun baru kenal tapi Fyra ini sangat baik, peramah, penyayang dan comel. Bestlah kawan dengan dia. Hehe, masa sampai rumah Fyra Neeza kenal dengan lagi dua orang kawan Fyra, yang seorang itu Neeza lupa lak nama dia, hehe dan seorang lagi, Izzah, penulis untuk sebuah portal. Banyaklah juga info yang kami saling kongsikan sesama blogger dan penulis. 

Sedap Fyra masak resepi keluarga dia. Terima kasih Fyra untuk semuanya. Kemudian, selesai makan-makan, Fyra macam teringin nak pergi Festival Lampu Putrajaya 2016 ini. Masa Fyra jemput Neeza, AJ adalah ajak nak tak pergi Festival Lampu itu, sambut tahun baru sekali. Jadi, Fyra pun ajaklah Izzah. Neeza pun rasa nak pergi juga. Jadi kami bertiga pun bertolaklah dari Bangsar ke Putrajaya malam itu.

Sampai je Dataran Putrajaya, memang jammed beb. Nasib baik adalah parking kosong dekat padang itu. Terus kami berjalan dari padang itu ke dataran depan Istana Kehakiman. Neeza baru dapat tahu bahawa ini merupakan pertunjukan bunga api digital yang pertama kali dipersembahkan untuk meraikan Ambang Tahun 2017. Macam wayang pacak gitu.
Serius Neeza terpukau dengan pertunjukan bunga api digital ini. Sebelum bunga api dilancarkan, ada wayang digital di bangunan Istana Kehakiman. Macam bangunan itu gerak betul-betul je rasa.

Itulah cerita tahun baru kami. Serius best sangat. Terima kasih Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia atas anjuran Festival Lampu Putrajaya 2016 yang telah menarik seramai 700 000 pengujung bermula dari 30 Disember 2016 sehingga 1 Januari 2017. Terima kasih dekat AJ sebab menjemput kami para bloggers untuk melihat bunga api Tahun Baru.

Salam sayang,
Neeza.

Tuesday, 31 May 2016

Sajian Nostalgia Kampung di Spring Garden Putrajaya


Hye peeps!

2 minggu lepas, Neeza telah dijemput oleh pihak Spring Garden Putrajaya untuk review makanan di restoran tersebut bersempena pre-launch buffet Ramadhan yang bertemakan Sajian Nostalgia Kampung.

Actually inilah kali pertama Neeza menjejakkan diri ke Putrajaya. Walaupun sampai sedikit lewat, maklumlah travel dari Shah Alam *travelog akan diceritakan kemudian di post akan datang*, tapi Neeza sempatlah melihat suasana matahari terbenam dengan cantiknya. Dah lah tepi tasik. Sweet sangat.

Kalau pergi sini, wajib selfie tapi dah terlambat untuk event, tak sempat nak selfie welfie dengan kak Aisyah dekat sini
Okay, dah nampak sign board Spring Garden, yeayyy, tak sabar nak makan.. hihi
OMG, jatuh cinta pemandangan cenggini :3
Masa Neeza sampai, Neeza lihat ramai blogger dan media influencer dah ada dah. Dan bila sampai, wahhhhhhhhhhhh, banyaknya makanan *dah nama pun buffet kan *.

Jadi biarlah gambar berbicara..

Tauhu sumbat dan rojak, sedap gilerrrr rojak okay~
Nasi beriyani, ayam masak merah dan lain-lain
Ada pelbagai jenis bebola, dan yang depan sekali itu, kuih chinese, tak ingat namanya, sorry :'))
Kueh teow goreng, mee goreng, dan nasi goreng

Buah-buahan dan kuih-muih turut disediakan, dah tema nostalgia sajian kampung kan
Salah satu jenis kerabu yang disediakan oleh pihak restoran :D serius sedap
Bahan-bahan untuk ABC, yang ini sedap tau patut cuba, sebelah gerai ABC, ada aiskrim juga *lupa amek gambar, hihi*
Kalau tak silap Neeza, ini untuk sup-sup macam sup daging
Bekas ini pula untuk pengat-pengat dan lai che kang.
Fuyooo, chef tunjuk skill bakar sate
Neeza kalau boleh rasa semua, bolehlah hampir 70% dari makanan yang disediakan. Dan pilihan Neeza ialah

Ada ABC, Sate, Kuah Kacang dan Nasi Himpit, Kuih muih tradisi (kek lapis,  onde-onde, seri muka dan etc), buah-buahan (tembikai, karot), nasi goreng, kue teow goreng, mee goreng, nasi beriyani bersama ayam masak merah, rendang daging, kerabu mangga, kerabu sayur, telur, air soya, penuh setengah emeja weyyyy
Alamak, cik ketam naik atas pinggan lah, haha, gurau, ini ketam bakar, actually ada seafood bakar dalam menu sajian nostalgia kampung ini, contohnya ketam, ikan dan banyak lagi. 
Akan tetapi, hidangan utama yang paling WOW ialah taraaaaaaaaaaaa....

Ketam rendang, rare tau~~ wajib patut mesti cubaaaaaa :D
Bersempena dengan Ramadhan akan datang, pihak Spring Garden Putrajaya telah mengadakan beberapa promosi untuk pelanggannya iaitu..

1) Early Bird Special :
   (8 Jun - 1 Julai 2016)
   May: Buy 10 Free 2
   June : Buy 10 Free 2

2) Harga Buffet Ramadhan
    Weekend Special
    Dewasa/Adult: RM88 nett per pax
    Kanak-kanak/Children ( Tinggi/Height 90-120cm): RM58 nett per pax

Untuk maklumat lebih lanjut,

Contact/ Phone No. :
03-08889 1188

Address/Alamat:
Taman Botani Putrajaya ,
Presintt 1 , 62000 Putrajaya ,
Selangor, Malaysia.

Normal Business Hour (Daily):
Lunch: 11:30am - 2:30pm
Snacks: 2:30pm - 6:00pm
Dinners: 6:30pm - 10:30pm

Capacity:
192 pax (both indoor and outdoor)
42 pax (Alfresco Cabana)

http://www.taithong.com.my/sgp

Jadi,kalau you alls tak tahu dekat mana nak makan untuk berbuka puasa Ramadhan nanti atau craving ingin menikmati makanan tradisional, Spring Garden Putrajaya merupakan salah satu tempat yang Neeza syorkan untuk you alls pergi. Weee~

Sekian sahaja, pengalaman di Spring Garden Putrajaya. Memang best dan puas makan dekat sini sebab memang sedap-sedap belaka terutama kuih-muih tradisional itu. Oh, rindu nak makan dekat sana semula. Hihi. Terima kasih Spring Garden Putrajaya!

Thank you kak Aisyah and family yang tolong bawa dan teman Neeza pergi review. Maaflah cuma boleh bawa seorang je :'))
p/s: Neeza nak minta maaf kalau gambar tak berapa clear atau cantik sebab masa ini, lepas Neeza confirm invitation, beberapa hari lepas itu, unexpected Iphone rosak *tak dapat nak dibetulkan lagi* dan order Ipod 6th Gen belum sampai lagi masa itu. Jadi guna handphone yang ada je masa itu. *rasa rendah diri juga, tengok blogger lain pakai DSLR, Iphone. :')*

Salam sayang.
Haneeza Mohamad.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.