Showing posts with label rahsia cantik. Show all posts
Showing posts with label rahsia cantik. Show all posts

Friday, 26 May 2017

Seorang Wanita Kena Amalkan Harum Malam dan Moeder!

Assalammualaikum dan hai semua.
Seperti yang dijanjikan, Neeza naklah berkongsi dengan anda semua tentang penjagaan kesihatan diri lagi-lagi kaum wanita. Tak kiralah masih bujang ataupun dah berkahwin dan mempunyai anak. Semua wanita perlu kekal cantik dan kekal cergas tidak kira apa jua situasi. Lagi-lagi dah nak masuk bulan Ramadhan dan Raya Aidilfitri bakal menjelma ini tau.
Justeru itu, Neeza sarankan pada anda semua untuk ambil produk Harum Malam ini. Macam pernah dengar je kan? Harum Malam ini memang terkenal tau. Neeza mula kenal  dan amalkan Harum Malam ini dari zaman asasi Undang-undang di UiTM Kedah. Sekarang dah masuk Ijazah Sarjana Muda tahun kedua. Rasa-rasa lama tak?
Jadi memang terbukti Harum Malam ini produk yang memang bagus untuk diri Neeza sendiri sebagai anak dara. Semua kandungan bahan dalam Harum Malam ini sangat merawat masalah wanita. Maklumlah masa inilah kena sibuk cantikkan diri mana tahu jodoh nak dekat. Gitu.

Bahan-bahan di dalam Harum Malam
Limau Purut, Kayu Serapat, Buah Delima, Manjakani, Buah Tin, Kismis, Madu, Goji, Sirih, Ekstrak Ros, Pueraria Lobata, Pueraria Mirifica

Kalau nak tahu, produk Harum Malam ini adalah milik Millennial Gen Sdn Bhd, produk buatan Malaysia, lulus GMP dan 100% produk bumiputra Muslim.

Antara keistimewaan Harum Malam

  • Mewangikan  badan secara berpanjangan
  • Membersihkan dan menyihatkan usus, hati, jantung
  • Meningkatkan metabolisme badan
  • Menguatkan sistem imunisasi
  • Membantu menyihatkan badan 
  • Mencegah masalah dalaman wanita
  • Memberikan tenaga
  • Menambahkan stamina supaya dapat melakukan aktiviti seharian.
  • Meningkatkan keinginan serta mempercepatkan rangsangan seksual
  • Bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering
  • Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
  • Membantu membunuh bakteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
  • Meningkatkan sistem tahan tubuh dan menstabilkan hormon
  • Membantu mengurangkan tekanan dan stress
  • Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan

Harga Harum Malam
RM33(WM) RM39(EM)
Cara Pengambilan Harum Malam
1 sudu pagi, 1 sudu besar (baik guna sudu plastik sebab ada kandungan madu)
Pastikan original sebab setiap botol Harum Malam ada hologram ya.Tapi kena ingat tau Harum Malam ini tidak sesuai diambil oleh ibu mengandung sebab ada kandungan bahan yang merapatkan rahim, tak boleh ambil kopi, ais pun tak boleh minum dan seeloknya mengamalkan air suam. 
Jadi ibu-ibu mengandung janganlah sesedih kalau tak boleh amalkan Harum Malam, anda boleh ambil produk terbaru daripada Millennial Gen Sdn Bhd iaitu  MOEDER Genius Pregnancy Formular . Yang ini memang khas untuk ibu-ibu yang sedang hamil dan menyusukan anak @ breast feed. Untuk para isteri yang berusaha untuk hamil pun boleh amalkannya. Dan boleh juga kalau anak dara nak amalkan Moeder ini untuk memberikan tenaga yang pantas lagi-lagi yang banyak bergerak ke sana sini.
Kandungan Bahan dalam MOEDER
Susu kambing, ekstrak tomato, habatussauda, madu, ekstrak anggur, lutein, sarang burung, rumpai laut, buah tin, kurma, gam arab, ekstrak billberry, ekstrak aloevera, ekstrak lobak merah, ekstrak brokoli  ekstrak betik, omega 3, vanilla dan non dairy creamer.

Yang baiknya dalam MOEDER ini, tidak berbau hamis langsung tau walaupun ada susu kambing, jadi tak adalah anda mual bila minum MOEDER ini. Didatangkan dalam jar, dalamnya ada 20g x 30 sachet, so mudah nak bancuh, senang kalau nak bawa travel, selit je dalam bag dan ia adalah produk buatan Malaysia dan 100% buatan bumiputra Muslim.

Kelebihan MOEDER
Meningkatkan tenaga dan imun ibu mengandung
Menyihatkan dan membantu tumbesaran kandungan
Menyihatkan serta menguatkan kandungan dan ibu
Menambahkan susu untuk ibu yg menyusukan
Mencantik dan menyihatkan kulit ibu
Mengurangkan sakit belakang dan menguatkan tulang, mata, gigi ibu dan baby
Mencerdas dan mencergaskan otak baby
Mencegah baby dari risiko jaundis
Menguatkan serta menyihatkan rahim ibu

Cara Pengambilan MOEDER
1 Sachet Pagi dan 1 Sachet Malam

Harga susu MOEDER 
RM159 (Semenanjung Malaysia) / RM169 (Sabah/ Sarawak) 
Pastikan original! (Ada barcode juga tau).
 
Antara testimoni feeback MOEDER
Kemunculan Harum Malam dan MOEDER di TV Al Hijrah

Jadi tunggu apalagi, jom dapatkan dua produk ini menerusi;

Millennial Gen Sdn Bhd 
Alamat: 11G, Jalan Keluli AL7/AL, 
Pusat Perniagaan Bukit Raja, 
Section 7, 40000 Shah Alam, 
Selangor.
HP: 010 404 2769 Office: 03 3358 5344 
Instagram HARUM MALAM : @harum_malam_hq
Facebook MOEDER: @moeder_hq

Salam sayang,
Neeza

Saturday, 20 May 2017

Persediaan Seorang Wanita - Sihat dan Cantik bersama Nuvafemme®

Assalammualaikum
Anda nak tahu tak? Sejak Neeza tekad untuk kurus tahun lepas (tahun ini naik balik, sikitlah), Neeza mula mempunyai kesedaran untuk menjaga tubuh badan ini. Maklumlah kita sebagai perempuan ini kenalah jaga aset-aset kita dari sekarang, bak kata mak bidan "badan nak pakai lama".

Yalah, mana cukup dengan kuruskan badan je, aset pun mestilah kena mantap dan montok gitu. Jadi, Neeza mula mengambil beberapa makanan tambahan walaupun usia masih di awal 20 an. Antara produk makanan tambahan yang Neeza amalkan sekarang ialah Nuvafemme®.
Neeza tertarik dengan produk Nuvafemme® kerana Nuvafemme® merupakan supplemen tambahan yang diekstrak daripada 100% isoflavon soya organik. Kesukaan Neeza ialah soya. Nuvafemme® membantu mengembalikan ciri-ciri feminine wanita-kulit, payudara dan tulang dengan ciri-ciri yang ‘mimik’ hormon wanita estrogen.

Apabila penghasilan kolagen aktif, kulit menjadi tegang, gebu dan kelihatan lebih muda dengan terpadamnya garis-garis halus serta kedutan. Makanya, kulit gebu, kurang garis halus, lebih lembap dan kelihatan lebih muda. Kesan juga dapat diperhatikan pada payudara dengan memperbaiki tona, saiz dan keterampilan yang lebih sempurna untuk seorang wanita.

Nuvafemme® mempunyai struktur unik iaitu pembentukan genestein mampu 'meniru' sifat2 hormon estrogen, lantas mengawalatur keseimbangan hormon tersebut dalam badan wanita. Setiap dos memastikan kuantiti genisteinkonsisten dan diekstrak melalui teknologi 'Pemiawaian Dua kali' (Double Standardization).
Ekstrak genistein daripada isoflavon soya yang terdapat di dalam Nuvafemme® juga dapat membantu mencegah kelesapan tulang. Proses kelesapan tulang biasanya menyebabkan pengurangan ketinggian, tulang belakang yang bongkok dan kejadian tulang patah yang lambat sembuh. Itu sebab kita selalu nampak wanita yang berusia lanjut bongkok kerana mengalami kelesapan tulan. Dengan melawan kelesapan tulang, Nuvafemme® membantu membina tulang yang lebih kuat dengan mengurangkan risiko tulang patah serta membentuk postur tegap dan tegak. 

Ini sangat bagus sebagai persediaan untuk perempuan menghadapi penuaan dan simptom menopous. Kalau dulu wanita pertengahan usia yang selalu dikaitkan dengan perimenopouse tapi gaya hidup zaman sekarang, ia tidak mustahil untuk terjadi kepada wanita muda seperti Neeza, makanya pil ini sangat sesuai diamalkan oleh wanita bermula 18 tahun sehingga 60 tahun dan disarankan diambil 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan waktu malam.

Untuk wanita yang sering kali menghadapi perubahan mood terutama ketika pre menstrual (PMS), memang digalakkan untuk mengambil kerana Nuvafemme® juga membantu mengawal atur keseimbangan hormon di dalam badan wanita. Maka, isu penuaan bukan lagi suatu masalah kepada seorang wanita yang kekal selamanya.

Selepas mengambil Nuvafemme®, kebanyakan wanita mengatakan “mood” mereka bertambah ceria dan keyakinan bertambah hanya setelah beberapa minggu pengambilan. Mereka merasakan keadaan lebih terkawal dan dapat menagani stress dengam lebih baik. Bukan hanya sekadar manfaat secara fizikal, malah mereka kekal feminin dengan lahirnya keyakinan kewanitaan. Gitu~
Jadi tunggu apa lagi? Ayuh kita kaum wanita mari amalkan Nuvafemme® dan ia boleh didapati di farmasi terkemuka seperti Guardian dan Watson seluruh negara pada harga RM 108.00 untuk sekotak yang mengandungi 50 biji tablet dan RM 178.00 untuk 90 tablet.

Untuk maklumat lanjut



Salam sayang,
Neeza



Wednesday, 14 January 2015

Ephyra Skin Bar- Rahsia Jelita

*Assalammualaikum*

Ya Allah, rasa pantas sangat masa berlalu kan? Dah pertengahan bulan Januari 2015. Dan tak sangka juga, sudah 3 minggu Neeza sudah amalkan Ephyra Skin Bar. Kalau you alls nak tahu, Neeza antara 50 blogger yang berpeluang mencuba secara percuma produk kedua dari Oceanlife ini hasil anjuran giveaway dari blogger Mia Liana. Alhamdulillah,
Terima kasih Ephyra sebab bagi kalendar sekali ^_^
Sebenarnya pada tahun lepas, dalam bulan 12, Neeza adalah buat wishlist untuk 2015. Ala-ala azam baru gitu. Nak tahu tak? Wishlist Neeza apa? Nak flawless di tahun baru. Ewah. You alls jangan nak gelak pula eh? *Haip!* Bukan apa, masa bulan Disember itu, kulit Neeza agak teruklah. Rasa malu sangat nak keluar rumah. Kalau bersiap lama sangat, tacap muka bukan main lama. Well, keadaan kulit Neeza masa itu macam yang Neeza terangkan dalam giveaway kak Mia itu.
Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
Saya perlu mendapatkan Ephyra Skin Bar kerana saya mengimpikan wajah yang flawless tanpa cela. Saya ingin mencuba keberkesanan Ephyra Skin Bar dalam menangani masalah wajah saya yang mudah berminyak, kesan sunburn yang agak teruk dan mudah didatangi jerawat batu di dahi dan pipi serta jerawat pasir di seluruh muka disebabkan terdedah dengan cuaca yang tidak menentu. Tambahan pula, kulit saya cepat kering apabila terdedah kepada penghawa dingin dalam tempoh yang lama. Selain itu, terdapat juga blackhead di sekeliling hidung dan walaupun saya menggunakan masker, blackhead masih juga tidak hilang.

Masalah-masalah ini mengakibatkan saya terpaksa apply foundation banyak kali dan berbedak agak tebal supaya dapat untuk menutup cela tersebut. Akibatnya masalah ini semakin kronik walaupun saya telah menggunakan make up removal dan menjadikan wajah saya semakin kusam dan tidak bermaya menyebabkan saya hilang keyakinan berdepan dengan orang ramai tanpa wajah dibedak tebal terlebih dahulu. Saya juga malu apabila diajak bergambar terutama berselfie dengan kamera biasa dan sedaya upaya menolak untuk bergambar dan akhirnya  menyebabkan saya terlepas detik-detik indah untuk dirakam.

Bila terpilih dan berpeluang untuk mencuba Ephyra ini, melonjak gembiralah, yelah, kot2 berkesan. Lagipun bila tengok dekat Instagram @ephyra2u , banyak betul testimoni dari pengguna Ephyra, rasa nak mencuba lagi membuak-buak. Yelah, kalau produk tak bagus, tak kan ramai yang dah guna dan testimoni mereka berjaya mendapatkan kulit yang diingini, betul tak?
Neeza mula agak lewat 2-3 dari peserta lain sebab tahu-tahulah bila duduk dekat hostel ini, banyak prosedur perlu diikuti. Dan setelah tiga minggu, alhamdulillah, kulit Neeza banyak mengalami perubahan yang agak ketara. Dah tak ada sunburn, jerawat makin mengecut, kulit bertambah putih, bintik-bintik hitam keliling hidung pun dah banyak berkurang dan semakin kurang berminyak. Yuhuuu, maknanya? MISSION IS ACCOMPLISHED!! Yeayyy *melonjak kegirangan*
Of course Neeza gembira sangat sebab dah tak payah pakai foundation dan bedak asas tebal-tebal macam tepung gomak. Tak selesa sangat pun. Lagipun dengan jadual Neeza yang padat sebagai pelajar universiti, tak ada maknanya nak bersiap lama-lama. Terkejar-kejar nak pergi kelas. Pakai tebal-tebal, sampai kuliah, nampak muka bercapok. Oh my~ malu weyhh. Itu sebab Neeza nak sangat kulit yang sihat dan flawless ini, tak adalah nak bersiap lelama. Bedak sikit-sikit dah boleh terus pergi kelas. Selain itu, bila kawan-kawan ajak selfie/bergambar, bila kulit bermasalah, memang Neeza rasa kurang confident. Terpaksa tolak secara baik, tak pun asyik jadi tukang gambar je. Sedih! Sekarang dah jelas dan faham kan kenapa. Hihi. Seriously, sekarang tak ada masalah nak selfie bebanyak,sampai hang handphone dibuatnya. Hewhew. (Banyak upload dekat Instagram)
Jadi kepada pembaca di luar sana, yang ada masalah kulit wajah, apa kata you alls try pakai? Mana tahu, dengan izin Allah, produk ini berkesan pada wajah anda juga. Neeza memang sarankan you alls patut cuba produk ini. Memang best sangat sabun ini sebab wangi dan berkesan. Lagipun cara nak guna sabun ini sangatlah mudah. Hanya basahkan muka dengan air, kemudian gosokkan Ephyra Skin Bar pada telapak tangan, sapukan secara lembut pada seluruh muka dan urut selama 2-3 minit. Memandangkan kulit Neeza ini agak bermasalah, Neeza buat dalam 5 minit. Lepas itu, bilas dengan air. Wuu~~ Neeza rasa lepas basuh muka itu, kulit rasa bersih dan tegang. Syok maaa~ Untuk dapatkannya, boleh hubungi:
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.