Showing posts with label review makanan. Show all posts
Showing posts with label review makanan. Show all posts

Friday, 20 January 2017

Jom Makan di D'Kayangan Steamboat & Grill, Shah Alam

Assalammualaikum
Dah lama rasanya tak makan steamboat. Tetiba rasa teringin pula. Alang-alang dah tak diet kan. Lagi-lagi stress nak ambil peperiksaan.  Trylah cari Google, restoran paling terkenal dengan hidangan steamboat, antaranya ialah D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam. Memang tak jauh ini dari tempat tinggal Neeza. Okay, set.

Masa nak pergi ini, kebetulan kawan blogger, Alja dari www.cahayapermata.my turun dari KL nak ajak date dengan Neeza, eh ke Neeza yang ajak date dengan Alja. Hahaha. Maklumlah dah lama tak jumpa, kalau tak silap kali terakhir jumpa dia masa majlis berbuka puasa dekat Damansara. Kami kan best friend blogger forever gitu. Hahaha.

Bila kami sampai ke D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam ini, fuhh betul lah memang terkenal kedai ini. Ramai juga pelanggan yang datang untuk makan steamboat dekat sini. Thumbs up untuk Google bagi cadangan baik punya. Huhu.

Terdapat dua ruangan dalam D'Kayangan Steamboat & Grill ini iaitu dalam restoran atau luar (dalam khemah).

Dalam restoran

Luar (Suasana Siang & Malam):

Bila masa dalam kedai ini serius rambang mata beb. Untuk kuah steamboat, ada dua pilihan iaitu Sup Ayam dan Tomyam. Neeza pilih Tomyam.

Tengoklah hampir penuh meja kami;
Banyak pilihan juadah steamboat disediakan di sini. Hampir 200 hidangan untuk anda pilih semasa berada di restoran steamboat ini, dari hidangan steamboat, grill, kambing golek, makanan goreng, minuman sehinggalah pencuci mulut. Sampai ada rasa tamak nak ambil dan cuba rasai semua, hahaha. :-p

Maklumlah sekarang kan restoran D'Kayangan Steamboat & Grill ini sedang mengadakan promosi Sunday Lunch, iaitu RM22.90 (dewasa) dan RM9.90 (kanak-kanak). Kalau hari-hari biasa, RM33+ (dewasa) dan RM18+ (kanak-kanak).
Memang terbaiklah makan steamboat dekat D'Kayangan Steamboat & Grill. Rugi kalau korang tak cuba lagi-lagi kalau datang Shah Alam ini.

Jom ramai-ramai ke sini sekarang!

Untuk maklumat lebih lanjut: 

Nama Restoran: Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Alamat: Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Nombor telefon: +60 12-297 1091

Salam sayang,
Neeza
D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

Wednesday, 18 January 2017

Review Japanese Shaved Ice Dessert Kakigori

Assalammualaikum
Setelah menyambut Tahun Baru di Putrajaya, sekali lagi, Neeza bersama-sama Fyra dan Izzah meluangkan masa untuk mencuba Japanese Shaved Ice Dessert Kakigori sebelum mereka menghantar Neeza balik ke KL Sentral.
Neeza memang tak tahu menahu langsung mengenai Kakigori ini sebenarnya. Ini adalah cadangan dari Fyra.sendiri yang ingin merindui Shaved Ice Dessert semasa melancong ke Korea. Maklumlah, Fyra kan travel blogger yang mempunyai banyak pengalaman melancong ke negara-negara Asia.
Neeza dan Izzah pun ikut jelah. Masa datang tengok dari luar kedai, ramai dah beratur nak bergambar dekat depan kedai. Nampaklah konsep kedai Jepun sebab ada langsir ini.
Masuk je kedai, kaunter berada di hadapan sekali. Mula-mula kenalah beratur untuk ambil tempahan. Sekiranya anda merupakan pengunjung kali pertama dan tak tahu menahu langsung mengenai Kakigori ini, pekerja di ruangan kaunter ini akan menjelaskan menu-menu yang ada dan wajib dicuba. Pekerja pun ramah dan baik.

Selesai sahaja membuat tempahan dan bayar, pekerja itu akan memberikan nombor giliran. Sekiranya anda haus, Kakigori menyediakan cawan dan air mineral berdekatan kaunter. Layan sendiri ya. Hehe.
Bila giliran anda sampai, anda kena ambil sendiri di rak ini. Nasiblah siapa dapat rak atas itu kena lebih hati-hati sebab boleh tahan berat juga Japanese Shaved Ice Dessert ini.
Menurut Fyra, dia teringin nak merasai Japanese Shaved Ice Dessert yang limited edition untuk Krismas. Nama perisa itu ialah Christmas Elderberry with Elderflower Espuma. Kalau dekat Malaysia ini, Japanese Shaved Ice Dessert ini ala-ala ABC cuma teksturnya lebih halus. Bila cuba perisa Christmas Elderberry with Elderflower Espuma ini, rasa dia ada masam-masam (Elderberry itu kot), manis (ada aiskrim Vanila dan biskut Krismas) dan icy. Bagi Neeza okaylah sedap tak terlampau masam dan manis.

1 mangkuk ini sudah cukup mengenyangkan kami bertiga sebenarnya, nasib baik tak ambil lagi semangkuk kalau tak, macam manalah nak habiskan. Hahaha. Dari segi harga, agak sedikit mahal lah bagi Neeza tetapi kalau sekali sekala tak salah kot nak mencuba kelainan terutama pemburu makanan (food hunter) ini.
Konsep kedai ini memang sempoi. Dekorasi yang sangat minimalis dan sambil makan dengar lagu jazz cukup menenangkan para pelanggan.

Setelah selesai makan, jangan harap ada pelayan nak ambilkan mangkuk kalian ya. Huhu. Kena hantar sendiri mangkuk itu ke kaunter dapur. Dah pun masuk dalam kedai Jepun, budaya Jepun tetap ada di situ kenalah lebih rajin sikit ambil dan pulang balik mangkuk itu dan sikap ini membuatkan Neeza teruja.

Terima kasih Fyra sebab belanja kami makan di sini. Kalau Fyra tak perkenalkan mesti Neeeza tak tahu langsung kewujudan Kakigori di Malaysia, maklumlah nak melancong ke Jepun belum cukup duit lagi, hehe.

Okaylah sekian sahaja review Neeza kali ini.

Kakigori Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

Nama Restoran: KAKIGORI
Alamat: 25, Jalan 20/13, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Nombor telefon: +60 3-7865 8999
Operasi: 2–11 pm (kecuali Isnin)

Salam sayang,
Neeza.

Friday, 11 November 2016

Makanan Papparich Terbaik Buat Aku Jatuh Cinta


Assalammualaikum dan hai semua

Nak tahu tak? Neeza dah jatuh cinta lagi! Serius, tak tipu. Kenapalah hati Neeza ini tak terbuka untuk dia dari dulu lagi? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Ya. Restoran Papparich.

Menyesal betul tak kenal dia awal-awal lagi. Kalau tahu menu dia semuanya sedap belaka, mesti Neeza dah jadi pelanggan setia Papparich. Tak apa, belum terlambat lagi. Lagipun Papparich ada 120 outlet di Malaysia, memang lepas ini, Neeza cari restoran Papparich je lah.

Minggu lepas, Neeza berpeluang mencuba sendiri menu di Restoran Papparich Bandar Utama. Kali pertama tau melangkah masuk ke restoran ini. Serius, Neeza rasa teruja sangat!
Mula melangkah masuk ke dalam Restoran Papparich Bandar Utama
Kalau you alls nak tahu, restoran Papparich ini menghidangkan menu yang terdiri daripada semua masakan dari pelbagai kaum utama di Malaysia. Contohnya masakan melayu, malah masakan cina pun ada! Neeza pula dah 2 minggu craving nak makan dim sum dan dumpling, ingatkan kena pergi restoran cina muslim baru dapat rasa *itu yang tertangguh craving* rupanya dekat restoran Papparich pun ada dim sum dan dumpling. Serius, Neeza pun tak sangka tau.
Pembuka selera/Appertizer:
Hainan Toast with Butter and Kaya, crunchy and tasty
Fried Dumpling, selalu jumpa yang kukus, kali ini goreng, boleh tahan sedapnya
Hidangan utama/Main Course:

a. Lauk/Dish

1. Mee
My favourite, Pappa Char Kuey Teow, udang fresh, bahan-bahan pun banyak, rasa pun sedap.
Wan Tan Hor with Prawns and Chicken Slices, selalunya kita kena Kueyteow Kungfu and rasa dia ke arah mee ladna sikit
2. Nasi
Saranan untuk yang ingin makan nasi
Pappa Chicken Rice, sedap juga sebab ayam pun lembut
Sedap sangat Kampung Fried Rice with Egg ini, I loike it really much, rasa udang kering dan bahan-bahan tumis itu
3. Roti Naan *dibakar dan rasa kegaringan dan kerangupannya*

Naan with Chicken Roll, yummy~

Naan with Tuna & Cheese, perfect taste!
b. Minuman/Drinks

Untuk pilihan minuman, signature Papparich tentulah kopinya. Bagi peminat kopi bolehlah mencuba Papparich Stevia White Coffee. Special mengenai White Coffee dari Papparich ini ialah menggunakan stevia sebagai pengganti kepada gula untuk minuman yang lebih sihat sebab gula tak bagus untuk kesihatan badan kita.
Papparich Stevia White Coffee
Kebaikan Stevia
Malahan, Papparich Stevia White Cofffee ini tak terhad untuk you alls minum dekat rumah sahaja, malahan you alls boleh beli dan bawa balik ke rumah atau pejabat. Yes, Papparich dah keluarkan packaging white coffee. Seronoknya! Tak adalah alasan lepas ni, I suka kopi tapi I diet, malas nak beli stevia, leceh. Papparich Stevia White Coffee dah siap-siap keluarkan packaging dengan stevia sekali. So, no excuses okay?
Teruja sangat, selain daripada 3 kotak white coffee, dapat cup juga :)
Pappa ABC Special with Ice Cream dan Pappa Cendol pun best. Sedap ya ampunnnn. Banyak tau bahan-bahan dalam ABC dan cendol. Memang puas makan. Kelemakan cendol itu pun sangat enak. Rugi kalau tak cuba.
Pappa ABC Special with Ice Cream 
Pappa Cendol
Pencuci mulut/Dessert:

a. Kek

Antara pilihan kek yang Neeza suka dekat Papparich ini ialah New York Cheesecake, Pudding Oreo Cheesecake, Stawberry Cheesecake dan Mango Cheesecake. Paling Neeza suka? Mango Cheesecake lah. Rasanya fresh dan kalau makan masa cuaca panas, perghhh, nikmat sangat.
New York Cheesecake
 Pudding Oreo Cheesecake
Stawberry Cheesecake
 Mango Cheesecake, my favourite :D
Sebenarnya pada pandangan Neeza, kek-kek dekat Restoran Papparich ini memang berkualiti dan bermutu. Tak ada rasa kek itu macam dah lama. Neeza kan pencinta kek, selalu juga pergi bakeri dan cafe yang jual kek (malah pernah kerja dekat bakeri) jadi Neeza boleh tau ada perbezaan kek itu okay ke tidak, baru atau dah lama. Untuk kek di sini, memang walaaaa, sedap dan recommended!

Untuk mereka yang berhajat nak tempah 1 kek (kebanyakan saiz 1 kg) untuk majlis harijadi, tunang, kahwin, meeting dan sebagainya, you alls boleh tempah secara online iaitu pre-order dan akan terus hantar ke rumah you alls atau self pick di outlet berhampiran.

b. Citrasa Malaysia/Malaysian taste

Bagi mereka yang inginkan pencuci mulut citarasa Malaysia, bolehlah mencuba Sago with Gula Melaka atau Egg Pudding with Sago. Yes, all of them are very refreshing! Kemanisan dan kelemakannya sangat seimbang. Tak tawar dan tak terlalu manis sangat. Really nice and delicious.
 Egg Pudding with Sago.
Sago with Gula Melaka

PROMOSI!
Sampai 31 November 2016 tau :)
Memang puas hati sangat makan dekat Papparich ini. Haaaaaaaa! Sempena November ini, Restoran Papparich telah mengadakan promosi untuk Dim Sum iaitu Beancurd Sheet Roll atau Chicken Glutinous Rice bersama dengan minuman. Minuman ni pula boleh pilih dari kopi, kopi O, Cham, Teh Tarik dan Teh O. Harga? Cuma RM8.90 sahaja dan promosi ini untuk semua outlet Papparich di seluruh Malaysia. Sampai 31 November sahaja tau!
Beancurb Sheet Roll
Chicken Glutinous Rice
Beancurd Sheet Roll ini memang puas makan sebab isi dalam itu sangat padat dan Neeza sangat tergilakan Chicken Glutinous Rice ini. Gabungan sos, pulut dan ayam itu sangat berpadanan. Sampai 2 pinggan Neeza makan. I tell you, craving satisfied! Thumbs up Papparich :D

Serious talk, Papparich will be my next favourite restaurant list after this. Menyesal tak kenal Papparich ini awal-awal kalau tahu banyak menu yang best-best. Dan you alls pun kena cuba rasa sendiri makan dekat Papparich dan grab promosi dim sum itu. 

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh berkunjung website Papparich.

Salam sayang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.