Showing posts with label smartphone. Show all posts
Showing posts with label smartphone. Show all posts

Thursday, 7 June 2018

Diskaun Telefon Sehingga 30 peratus Jualan Murah Super honor Day di Shopee

Assalammualaikum dan hai semua,
Tak lama lagi je dah nak raya kan? Mesti anda dah beli persiapan untuk hari raya Aidilfitri kan. Baju raya, kasut raya, langsir, perabot dan sebagainya, semuanya nak baru. Alang-alang semua benda nak tukar, haaa, phone itu jomlah tukar sekali. Hehe. Mahal sangat kalau tukar phone baru?

Haaaaa... jangan bimbang. Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan berbesar hati mengumumkan usahasamanya dengan honor Malaysia untuk melancarkan honor 7A dan honor 10 edisi Phantom Green secara eksklusif pada jualan murah Super honor Day di Malaysia pada 8 Jun 2018. Sepanjang jualan murah tersebut, peminat produk berasaskan teknologi boleh menikmati jualan kilat ke atas dua model telefon ini dan potongan harga sehingga 30% bagi semua produk honor. 
shopee, jualan murah super honor day,hari raya aidilfitri, honor malaysia
Best tak best? Banyak tu sehingga 30 peratus!!!
Menurut Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
“Shopee berbangga dapat meneruskan usahasama dengan honor Malaysia selepas kejayaan pelancaran honor 9 Lite dan honor 10. Kedua-kedua jenama ini berkongsi visi yang sama dalam menerokai potensi penuh industry e-dagang Malaysia dan memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik kepada pelanggan kami. Dalam masa yang sama, Shopee juga komited untuk menawarkan insentif yang hebat; Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia, Komisyen Sifar (0), Jaminan Produk Tulen 100% dan Penghantaran Semula Percuma dalam tempoh 15-hari”.

Malahan Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia berkata,
“Sebagai e-jenama telefon bimbit terkemuka di dunia bagi penggemar digital, usahasama kami dengan Shopee, sejajar dengan rekod cemerlang mereka dalam menawarkan pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang mudah untuk semua pengguna di Malaysia, merupakan suatu langkah yang pintar untuk kedua-dua pihak. Kami bekerja keras untuk memastikan produk kami berkualiti, mengikut aliran semasa, moden serta boleh didapati dengan mudah. Kerjasama kami dengan Shopee membolehkan peminat honor berpeluang untuk balik kampung dengan telefon bimbit berprestasi tinggi pada harga yang berpatutan."

Kalau dilihat kembali, telefon pintar Android sekarang semua dah mampu bersaing dengan IOS dari kelebihan pelbagai sudut. Cun juga kalau lihat design koleksi-koleksi telefon honor ini. Tak percaya?

Haaa.. lihatlah honor 7A yang baharu dijangka menjadi telefon pintar bajet yang terbaik dengan paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang. Untuk memberi pengguna swafoto yang berkualiti untuk diabadikan dan dikongsi bersama insan tersayang, honor 7A turut dilengkapi dengan dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP. 
Ia juga dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari walaupun digunakan secara berterusan. Telefon pintar ini juga lebih berkuasa dengan EMUI 8.0 yang mampu menyokong pelbagai fungsi. honor 7A juga menampilkan dua SIM dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna. Pengguna boleh mendapatkan honor 7A menerusi hihonor dan Kedai Rasmi honor di Shopee pada harga istimewa RM429 (RRP: RM479) sepanjang Super honor Day.

Untuk info lebih lanjut tentang spesifikasi honor 7A

Display
• 5.7 inch 1440p x 720p + display with 16,700,000 colors, 283 PPI
• 18:9 wide screen
• Multiple-point touch-sensitive screen

Size and Weight
AUM-L29A:
• 152.4 mm (L) x73 mm (W) x 7.8 mm (T)
• Approximately 150g (including the battery)
AUM-L29B:
• 152.4 mm (L) x73 mm (W) x 8.05 mm (T)
• Approximately 150g (including the battery)

Operating System
• Huawei EMUI 8.0

Processor
• Qualcomm MSM8937, Octa-Core (4 x 1.4 GHz+4 x 1.1 GHz)

Battery
• Typical value: 3000 mAh battery
• Charging duration: approximately 180 minutes from supplied charger
• Airtime: GSM: 31 hours, WCDMA: 18 hours.
• Standby time: GSM: 898 hours, WCDMA: 921 hours, LTE TDD: 811 hours, LTE FDD: 826 hours, Dual-card: 349 hours.

Memory
AUM-L29A
o ROM: 16 GB
o RAM: 2 GB
o Expandable storage: microSD card (up to 256 GB)
AUM-L29B
o ROM: 32 GB
o RAM: 3 GB
o Expandable storage: microSD card (up to 256 GB)

Camera
AUM-L29A
• 13-megapixel rear-facing camera with auto focus
o Photo resolution: up to 4160 x 3120
o Video resolution: up to 1920 x 1080 (1080P)
• 8-megapixel front-facing camera
o Photo resolution: up to 3264 x 2448
o Video resolution: up to 1920 x 1080 (1080P)
• Mode: Panorama, HDR, watermark, timer function, and time-lapse mode
AUM-L29B
• 13-megapixel rear-facing camera with auto focus
o Photo resolution: up to 4160 x 3120
o Video resolution: up to 1920 x 1080 (1080P)
• 8-megapixel front-facing camera
o Photo resolution: up to 3264 x 2448
o Video resolution: up to 1920 x 1080 (1080P)
• Mode: Panorama, HDR, watermark, timer function, and time-lapse mode

Audio/Video
• 1080P full HD video recording and video playback
• Audio file format: *.mp3, *.mp4, *.4gp, *.ogg, *.amr, *.aac, *.flac, *.wav, *.midi
• Video file format: *.3gp, *.mp4, *.wmv, *.asf
• Image format: *.png, *.gif , *.jpg, *.bmp, *.webp, *.wbmp
• 3.5 mm headset jack

Other Connectivity
• Wi-Fi 802.11b/g/n, 2.4 GHz , support Wi-Fi direct
• Bluetooth BT4.2
• USB 2.0/HS20
• GPS/AGPS/Glonass

Sensors
AUM-L29A
• Accelerometer
• Proximity sensor
• Ambient light sensor
• Compass
• Fingerprint sensor
AUM-L29B
• Accelerometer
• Proximity sensor
• Ambient light sensor
• Compass
• Fingerprint sensor

Colours
• Black/Gold

Cuma RM429!!!

Bagi mereka yang terlepas tawaran istimewa honor 10 yang lalu pasti akan teruja dengan pengenalan honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super honor Day. Pada 8 Jun 2018, peminat honor bukan sahaja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada harga RM1,599, malahan dengan setiap pembelian, pembeli akan diberi hadiah percuma bernilai RM298, selagi stok masih ada.
Untuk menikmati keistimewaan pada Super honor Day, layari: https://www.hihonor.com.my *klik(* atau https://shopee.com.my/honormy.officialstore *klik*

Untuk maklumat lanjut, layari: www.hihonor.com.my *klik* or https://shopee.com.my/ *klik*
Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

Salam sayang,


Neeza

Friday, 3 February 2017

Review GT Mobile GT-888 Kini Berada di Malaysia

Assalammualaikum

Ingat lagi tak entri Majlis Pelancaran GT Dollar ini? Okay, pada hari majlis pelancaran tersebut juga, GT Group menerusi GT Mobile telah memperkenalkan dua buah telefon pintar iaitu GT-866 dan GT-888 yang berharga SGD 258 dan SGD 368.

Mungkin ada yang tertanya, adakah GT Mobile ini jenama baru di Malaysia? Ya, untuk pengetahuan semua, GT Mobile ini cukup dikenali di negara jiran iaitu Singapura kerana ia telah dicipta dan dihasilkan di sana. Sudah tentu kualiti produk-produk keluaran GT Mobile adalah bagus dan seiring dengan perkembangan teknologi kini.

Setelah mengambil kira pelbagai faktor serta potensi yang cukup baik di Malaysia, GT Mobile mengambil langkah untuk menembusi pasaran di Malaysia pula.

Kepada sesiapa yang sedang mencari telefon pintar yang baru atau pun kaki teknologi yang sentiasa ingin mencuba teknologi yang baru, mungkin anda boleh mempertimbangkan telefon pintar ini. Cubalah lihat spesifikasi GT-888 ini

SPESIFIKASI GT-888
  • Operasi sistem Android Lollipop 5.1.
  • Dikuasakan oleh 64bit Quad core 1.0GHz
  • 2GB RAM + 16GB ROM, sokongan MicroSD sehingga 64GB
  • Paparan skrin 5.5 inchi.
  • Kamera hadapan 5MP dan kamera belakang 8MP.
  • Dua pilihan warna iaitu Metal Grey dan Silk White.

Keistimewaan utama GT-888 berbanding telefon pintar yang lain ialah fungsi HotKnot yang memudahkan pengguna berkongsi foto, muzik dan fail dengan hanya perlu menyentuh skrin antara dua peranti melalui WiFi.

REVIEW
Tak guna sembang lebih kalau tak cuba sendiri kan? Hehe, Neeza pun dah ada tau telefon GT-888 ini. Sebenarnya Neeza memang nak hadiahkan mak telefon baru. Maklumlah tengok telefon mak yang sekarang dah teruk sangat kondisi chrome calar balar, storage yang tak cukup, jadi Neeza pun nak hadiahkan telefon ini untuk mak.

Tapi, sebelum nak terangkan kepada mak nak guna macam mana, apa ciri yang best, Neeza unboxing dulu  dan guna seketika sebelum bagi pada mak sepenuhnya. Maklumlah golongan seusia mak memang tak berapa mahir nak guna teknologi yang cecanggih ini. Huhu, bukan buruk siku okay! 

Berdasarkan pemerhatian Neeza sendiri, design telefon ini memang cantik dan ekslusif, lagi-lagi kalau pilih warna Metal Grey ini. Saiz skrin 5.5 inch dan berat 160gram, ringan, skrin sangat jelas dan terang. Untuk Neeza, saiz skrin memang cun dah, tak adalah nanti mak lupa letak telefon dekat mana, sebab besar sangat nanti mak tak selesa nak letak dalam beg dan kalau kecil sangat pun nanti dia lupa pula. Hihi.
Setiap kotak GT-888 didatangkan dengan;
  • 1-Telefon pintar GT-888
  • 1-Bateri
  • 2-Screen protector
  • 1-Pengecas berserta kabel
  • 1-Casing jenis Silicon
  • 1-Earphone

Dari segi ketahanan bateri sangat mengagumkan Neeza. Bayangkan sebelum Neeza balik Muar, Neeza dah caj telefon itu 100 peratus, Neeza cuba test dari 28 Januari 2017 sehinggalah semalam 2 Februari 2017 tanpa sebarang penggunaan dan caj, bateri tinggal 2 peratus. Tahan 6 hari beb,

Kalau dua buah telefon jenama lain yang Neeza miliki sekarang, satu itu mungkin dapat bertahan 3 hari dan satu itu bertahan sehari je tanpa penggunaan. Memang kena standby powerbank sentiasa untuk dua buah telefon itu.

Tapi tidak untuk GT-888 ini sebab ia sangat tahan lama. Ini kerana GT-888 didatangi dengan bateri berkapasiti 2550mAH. Dan bukan itu sahaja, GT-888 juga hanya memerlukan masa hanya selama 15 minit untuk mengecas bateri sebanyak 35%. Kejap je dah cas sebanyak itu. Hebat bukan?

Selain daripada saiz skrin, berat telefon, ketahanan bateri dan cas, kamera sangatlah penting untuk Neeza mempertimbangkan sebelum membeli sebuah telefon. GT-888 didatangkan dengan kamera belakang, 8MP dan kamera depan, 5MP.

Nampak macam sikit je kan tapi sebenarnya 8MP itu merupakan 8MP OV8865 yang merupakan kamera 8MP terbaik di dunia tau di mana kamera ini menawarkan amazing low-light performance dan shooting gambar pada waktu malam terutamanya.

Dilengkapi dengan image sensor, 0.3s untuk fokus membuatkan gambar lebih jelas dan sharp. Lihatlah hasil yang Neeza ambil ini menggunakan kamera 8MP telefon GT-888 ini. Memang wowlah!

Dan yang ini pula hasil selfie untuk kamera depan 5MP (face beauty).
Di samping itu, GT-888 mempunyai fungsi timeslap yang mencepatkan video untuk dirakam. Sesuailah untuk meraka yang suka merakam video atau mempunyai kerjaya yang berkaitan, contohnya instafemes. Hikhik.

Haaaaa, sesuai untuk mereka yang selalu mengambil gambar tak kiralah selfie ke atau ambil gambar biasa, pengguna GT-888 dah boleh terus edit gambar. Lebih kurang ciri Iphone, jadi kalau pengguna Iphone yang berhijrah guna Android tak adalah ralat sangat. Dan untuk kaki selfie, ada beauty face mode tau, kihkih, terasa flawless terasa wajahku sangat berharga. Hehe.

Menarik mengenai GT-888 ini tentulah ia mempunyai fungsi dual sim, sesuai untuk pengguna yang mempunyai dua nombor telefon yang kebiasaannya untuk asingkan nombor untuk urusan kerja dengan client dan peribadi (keluarga dan kawan-kawan). 

Haaaa! Sebelum terlupa, dalam GT-888 ini telah siap didatangi dengan apps GT Dollar dan GT Watch di mana bolehlah shopping dengan mudah menerusi e-wallet. Yeayyy!

Dan akhir sekali, bila beli GT-888 ini ia didatangi terus dengan skrin protektor dan casing sekali. Maklumlah selalu kalau beli telefon, tauke kedai yang untung selalunya sebab caj harga telefon tak termasuk skrin protektor dan casing. Lepas itu caj memahal untuk skrin protektor dan casing. Grrr.. Kalau beli GT-888 terus dah termasuk dalam kotak. Pengguna GT-888 juga yang untung. Huhu.
Hat nih try selfie dengan Anis pula :-p

Setakat ini jelah ulasan yang Neeza tahu pasal telefon GT-888 keluaran GT Mobile. Ingin diingatkan, ulasan ini berdasarkan keperluan Neeza sendiri sebagai pengguna yang biasa. Huhu.

Jadinya kalau anda berminat nak cuba GT-888 boleh layari SINI atau sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai GT Mobile, boleh layari;

Website: www.gtmobile.sg
Instagram: @gtmobilesg / @gtgroupofficial
Twitter: @gtmobilesg

Salam sayang.
Neeza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.