Showing posts with label traveloka. Show all posts
Showing posts with label traveloka. Show all posts

Thursday, 25 January 2018

JOIN DAN MENANG TRAVELOKA FLY & WIN CNY 2018 CONTEST

Assalammualaikum dan hai semua,
Sekejap sahaja masa berlalu kan? Tanpa sedar kita dah masuk penghujung Januari untuk tahun 2018 dan semakin hampir dengan awal bulan Februari. Itu maknanya apa? Maknanya....

Tahun Baru Cina akan menjelang tiba! Gong Xi.. Gong Xi Facai..

Yeayy bila perayaan menjelang tiba, mestilah teruja sesangat. Selain dapat cuti lagi lama (padahal Neeza tengah cuti semester tak buat apapun), dapat berkunjung ke rumah kawan-kawan berbangsa cina dan makan besar, macam-macam sales dan contest tau diadakan sempena Chinese New Year ini (CNY).
Haaaaa... alang-alang dah sebut pasal contest ini, Neeza nak share dekat anda bahawa Traveloka salah satu platform penerbangan dan tempahan hotel terkemuka di Asia Tenggara, yang menyediakan lebih daripada 18,000 laluan dan ribuan hotel di Asia Pasifik dengan harga terbaik sedang menganjurkan contest sempena CNY tau.

Syarat-syaratnya utama untuk memenangi Traveloka Fly & CNY 2018 Contest ini adalah seperti berikut;
  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas serta hanya menetap di Malaysia
  • Bagi korang yang berumur 18 tahun, pastikan korang mendapat keizinan dan persetujuan ibu bapa atau penjaga korang
  • Mestilah mempunyai akaun Facebook yang sah serta mengikuti Fan Page Traveloka Malaysia
  • Tempoh Traveloka Fly & Win CNY Contest bermula pada 22 Januari 2018 ( 12.00 tengah malam ) sehingga 28 Februari 2018 ( 11.59 malam )
  • Wajib bermain Traveloka Fly & Win CNY Contest 

Penuhi kriteria-kriteria tersebut? Tahniah! Anda layak untuk memasuki contest ini.

Kemudian, rehat sebentar dengan layan video ini seketika.
Okay dah layak, mula-mula anda tekan link ini https://www.traveloka.com/en-my/cny-contest

Nanti anda akan masuk ke browser game Traveloka Fly & CNY 2018 Contest. Baca dan hadamkan terma dan syarat. Kalau dah bersedia klik "Start Game".
Arahan Permainan:
  • Mulakan permainan.
  • Tap arrow untuk mula.
  • Tap pada skrin untuk membenarkan kapal anda terbang dan mulakan permainan.
  • Pastikan kedudukan berada di tengah skrin sehinggal satu set bangunan dan cabaran kelihatan.

Cabaran apa itu? Okay, pastikan kapal terbang anda tak terkena bangunan-bangunan seperti KLCC, Traveloka, Burj Khalifa, Menara Eiffel dan etc. Setiap cabaran 1 markah ya. Haaa, yang boleh kapal terbang terkena ialah angpau. Ya, ANGPAU sahaja ya! Sebab nilai angpau itu ialah 10 markah. Banyak weh. Sila grab angpau sebanyak mungkin.

Mudah sahaja game ini. Budak-budak pun boleh main. Neeza sampai ketagih tau. Setiap kali bangun tidur tak sabar nak main game ini. Yelah, nak main Dota atau Mobile Legend taklah pro pun. Lagipun main game dapat hadiah. Siapa tak nak, kan? Serius hadiah menarik sangat! Pemenang berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah iaitu;
  • Hadiah UTAMA: perjalanan pergi balik selama 6 hari 5 malam di Seoul, Korea beserta penginapan untuk 2 orang.
  • Hadiah Kedua: tiket perjalanan pergi balik selama 5 hari 4 malam di Phuket, Thailand berserta penginapan untuk 2 orang.
  • Hadiah Ketiga: tiket perjalanan pergi balik selama 4 hari 3 malam di Langkawi dan penginapan untuk 2 orang.

Kalau rasa macam tak berpeluang menang, jangan bimbang Traveloka juga bagi hadiah untuk individu yang rajin share di Facebook tau. Pun menarik juga! Jimat banyak kalau anda nak travel okay!
  • Share & Win: Vocuher bernilai RM1000 dari Traveloka

Untuk pembaca blog Neeza, haaaa, blogger-blogger lain tak ada share tau. Ini rahsia kita. Shuhhh. Ini Neeza nak kongsikan dekat anda trick macam mana anda boleh score game ini sebab Neeza dah main banyak kali dah tapi masih tak dapat score 1000 ke atas. Hahaha.

Oh ya, lupa nak bagitahu, anda dibenarkan hanya 5 kali submit score tau. Kalau replay game banyak kali pun tak apa tapi submission cuma 5 kali SAHAJA! 

Tip & Trick Traveloka Fly & CNY 2018 Contest
1. Main guna handphone. Selalunya gamer pro main guna pc atau laptop kan? Neeza dah cuba dah. Kadang-kadang game ini susah detect mouse masa anda tap tap kapal terbang itu. Bila guna jari lagi senang handle. Tengok perbezaan kali pertama Neeza pakai phone dan laptop.
Guna Phone
Guna PC
2. Pastikan kapal terbang itu tak terlalu rendah atau terlalu tinggi. Game ini memang tak boleh jangka. Neeza paling berdebar kalau kapal terbang itu baru lepasi burj khalifa atau menara eiffel sekali ternampak awan nak lalu. 
3. Kalau nampak bangunan-bangunan seperti burj khalifa, eiffel tower, traveloka, klcc etc, ya bangunan ya pastikan kapal terbang anda pada jarak atas dan sekiranya ternampak awan, layang-layang, helikopter, belon terbang anda kena maintain di jarak bawah. Kadangkala cabaran akan berulang selepas anda melepasi cabaran tadi. Hati-hati tau.
3. Buat betul-betul masa log in untuk kali pertama pada setiap hari. Bila anda replay, replay dan replay banyak kali, kelajuan game semakin bertambah. Ini yang Neeza perasan. Bila terlalu laju susah nak handle. Jadi anggap bila anda mula main kali pertama pada hari ini contohnya, anggap anda tak boleh replay lagi, please imagine anda dah tak ada peluang kedua dah. Score selagi boleh untuk cubaan pertama kerana kelajuan just nice kata orang putih.
Passport dah ada dah. :') Tu sebab beria main game ni hahaha.

Jadi tunggu apa lagi? Good luck guys!

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Traveloka;

Salam sayang,
Neeza

Sunday, 6 August 2017

Fly dengan MAS

Assalammualaikum dan hai semua,
Wah! Wah! Tajuk mat saleh tapi sebenarnya ini artikel Malaysia ya. Kenapa Malaysia bukan melayu? Sebab Neeza cakap dwibahasa barulah Malaysian. Eh bukan cakap tapi tulis. Sorry di situ. Oops!

Di sini Neeza nak kongsikan sebuah kisah benar. Suspens tak?

Haha mesti anda tak ada perasaan kan. Tak apalah biar Neeza syok sendiri jer. Just kidding. Hehe. 

Okay Neeza nak ceritakan dekat anda pasal satu cerita. Anda pernah dengar Traveloka tak?

Pernah? Pernah? Pernah?

Haa betul la tu.. Traveloka adalah web atau apps yang boleh tolong anda book hotel dan review hotel-hotel. Tapi berapa ramai kat sini yang tahu anda sebenarnya boleh tempah  tiket Malaysia Airlines (MAS) sekali?

Haa tutup mulut ternganga tu. Betul Neeza cakap ni memang boleh. Percayalah~

Cuba anda click sini untuk Malaysia Airlines online booking tawaran terbaik dan tengok bukti yang Neeza beritahu tadi. Dah percaya kan? Kan?
Sekarang ni anda cuba pilih destinasi anda, tarikh anda nak pergi dan berapa jumlah penumpang @ passanger. Senang kan. Click untuk teruskan. Haa kan mudah.

Jangan lupa bagi maklumat anda sekali ngan email jadi nanti dapatlah e-ticket untuk anda nak check in nanti. Anda sebut je nak ke mana, semua tempat MAS pergi mesti ada. Mudah sahaja tau, hanya pakai laptop or smartphone sahaja nak booking.

Sekiranya e-tickets anda tak sampai dalam masa sejam korang bolehlah contact pusat Traveloka dan mereka akan sedia membantu. Servisnya memang tiptop!
Payment melalui kredit kad pula selamat. Anda tak perlu risau kalau ada nak buat bayaran menggunakan kad kredit atau internet banking. Jangan risau, sekarang ini keselamatan ketat untuk transaksi bayaran secara online.

Di Traveloka juga ada review pasal Airline MAS ni untuk anda kaji dan tinjau dulu. Harga pun anda boleh bandingkan dengan tarikh yang lain.
Rasa macam nak pergi Penang cuti semester tahun depan, serius murah!
Sekarang ni Neeza nampak musim travel untuk orang-orang muda yang sebaya macam Neeza ini. *Haaaa, Neeza pun ada staycation tau minggu depan* Maklumlah sekarang ini budak-budak macam kami ini dah ada kesedaran untuk tengok tempat orang. Pengalaman itu yang mahal dan susah nak dicari kalau kita terperap sahaja di tempat kita. Bagaikan katak di bawah tempurung, bak kata orang-orang tua. 

Jadi apa salahnya gunakan peluang yang ada ni untuk gunakan kemudahan yang Traveloka dah sediakan untuk orang yang macam kita. Kadang-kadang bukan sebab nak gembira sahaja tapi nak belajar dari budaya orang lain, supaya kita hargai apa yang Tuhan dah ciptakan untuk kita dengan kepelbagaian. Yang mana baik itu kita jadikanlah sebagai  tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan. 
Antara kebaikan travel ini ialah dapat explore tempat cantik untuk bergambar dan dalam masa yang sama menikmati keindahan ciptaan Tuhan.
Dan sudah tentu memerlukan minda yang cukup rehat. Sebab tu Neeza sarankan guna kapal terbang sebagai pengangkutan anda untuk bercuti. Lagipun bukan selalu kan. Sekali sekala kita beri ganjaran pada diri kita ketika bercuti.

Malaysia Airlines juga ada tawarkan "Favourite Spot", iaitu servis yang mereka buat untuk Economy Class passengers untuk tempah mana-mana seat yang mereka mahukan ketika penerbangan. Servis Favourite Spot hanya sah untuk tempahan secara online ya!

Neeza ada juga nak share bahawasanya bayi yang berumur bawah 7 hari tak dibenarkan untuk naik. Jadinya kepada ibu bapa yang ada anak baru lahir, bagi la dia duduk dekat atas bumi dulu. Tetiba naik kapal terbang apa ingat dia boleh jadi pilot surihatiku ke? Macam Fattah Amin itu? Hehe. Demi keselamatan bayi itu juga. Si ibu pun kena berpantang. Keselamatan dan kesihatan adalah yang paling penting sekali dalam hidup kita, tak boleh dijual beli tau. 

Seperti kita tahu jarang jugak MAS ni ada flight delay jadi the peratusan anda sampai lambat ke destinasi yang anda nak bercuti itu rendah. Taklah kacau perancangan anda nanti. Kenapa?

Sebab Neeza dari kecil naik sampai sekarang, mereka sentiasa menepati masa melainkan ada perkara yang tak dapat dielakkan. Lagipun naik MAS ini memang best tau sebab tak adalah penat-penat nak jalan ke tempat parking kapal terbang dari terminal. Dibuatnya jauh? Niaya beb. Kalau MAS ini, penumpang masuk terus ke pintu kapal terbang dari terminal. Tak payah nak beraksi marathon dalam terminal. 

Oh ya sebelum Neeza terlupa, di Traveloka juga ada maklumat pasal MAS. Jadi anda boleh baca terus di page Traveloka untuk tahu tentang info, peraturan, dan polisi yang ada. Baca betul-betul sebab nanti tak nak tak pasal-pasal anda mengamuk kat airport pasal sesuatu benda padahal ada dalam policy tak boleh buat itu dan ini. Kita kan masyarakat bertamadun jadi bertindak seperti orang yang berpendidikan.

Kesimpulannya, Traveloka memang kena jadi pilihan anda kerana;
Jadinya sekiranya nak bercuti dengan keadaan aman dan damai, pastikan mempunyai perancangan yang baik, buat keputusan yang menguntungkan diri kita supaya sentiasa bergembira dengan rajin-rajinlah mencari info, baca review dan tempah awal untuk promosi yang lebih baik. Cuti-cuti Malaysia ada slogan kita semua.

Apapun selamat bercuti semua! *Neeza tak sabar nak staycation esok, yeayy!*

Salam sayang,
Neeza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.