Friday, 23 January 2015

Paling Sedap! WAHDAH Delight Choco Rice

*Assalammualaikum*

Hai~hai~hai~ uishh, excited betul Neeza hari ini. Mana taknya, gembira yang terlebih sudah bila dapat jumpa makanan yang sedap ini. Apa dia? Jeng..jeng...jeng Choco Rice keluaran WAHDAH Delight. Gerenti you alls tak menyesal kalau cuba tau.
KEISTIMEWAAN PRODUK WAHDAH DELIGHT (CHOCO RICE) :
- Produk baru yang menggegarkan pasaran online
- Keenakan yang tiada tandingan
- Pembelian berulang
- Permintaan tinggi
Okey, serius Neeza dah cuba sendiri Choco Rice keluaran WAHDAH Delight ini. Memang puas hati kalau makan sebab bubble rice itu besar-besar dan rangup sangat pula itu.Cokelat dia? Fuh!! Fuh!! Ini yang nikmatnya, gerenti meleleh air liur korang kalau baca entri ini. Cokelat dia memang sedap. Pekat dan tak muak okey. Yummy~
Lepas itu, cokelat dia mudah cair tau. Neeza cuma letak air panas dalam mangkuk, lepas itu letak jar WAHDAH Delight Choco Rice dalam mangkuk tersebut, 5 minit dah cair dah cokelat itu  dan boleh terus gaul. Kemudian Bismillahirahmanirahim, terus makan! Hehe..bak kata Boboiboy, terbaikk~ Neeza lebih suka menikmati choco rice macam itu sahaja. Nikmat gitu! Tapi ada orang lebih prefer makan bersama roti. Depend pada citarasa masing-masing lah kan. :-)

Kalau you alls nak tahu, WAHDAH Delight ini brand yang masih baru di pasaran. Walaupun masih baru, tapi memang tersangat berbaloi lah kalau you alls beli Choco Rice keluaran WAHDAH Delight ini. Dahlah sedap, servis pula tip top! Mereka sangat mengambil berat tentang para pelanggan. Jadi janganlah bimbang atau ragu-ragu untuk berurusan dengan mereka. 

WAHDAH Delight sedang mencari Rakan Niaga di seluruh Malaysia bagi penjualan Choco Rice.

Untuk yang ingin berniaga, why not try jadi agent/stokis WAHDAH Delight ini? Dekat Malaysia ini, berniaga makanan inilah paling mudah dan senang nak dapat untung, terutama kalau berniaga choco rice ini. Dari kanak-kanak hingga dewasa, siapa yang tak suka cokelat, kan? Jadi, WAHDAH Delight sangat mengalu-alukan anda yang ingin menjadi sebahagian keluarga besar mereka. Banyak tau kelebihan jadi rakan niaga (stokis/agent/dropship) mereka.

KEISTIMEWAAN MENJADI RAKAN NIAGA WAHDAH DELIGHT:
- Setiap rakan niaga akan diberikan no. id tersendiri
- PERCUMA bahan promosi bagi Rakan Niaga yang AKTIF
- Maklumat anda akan disiarkan di majalah, media dan setiap medium pemasaran kami
- Mendapat hadiah bulanan / tahunan yang menarik bagi Rakan Niaga yang PALING TINGGI JUALAN
- Akan dibimbing cara-cara pemasaran dan bagaimana untuk melariskan produk
- Pertanyaan tanpa had
By the way, sekarang ini WAHDAH Delight sedang membuat PROMOSI tau~ Bermula 17 Januari 2015 sehingga 31 Januari 2015, dengan setiap pembelian 3 jar (berlainan saiz) HANYA RM28 termasuk postage (Semenanjung Malaysia) !! Memang rugi kalau tak grab promosi ini cepat-cepat. Tinggal beberapa hari sahaja lagi ini tau. Untuk mendapatkan WAHDAH Delight Choco Rice ini atau berminat untuk menjadi rakan niaga mereka, boleh hubungi mereka seperti maklumat yang tertera:

Hotline: 016-772 4594
-
Salam sayang.
-Haneeza Mohamad-

Wednesday, 14 January 2015

Ephyra Skin Bar- Rahsia Jelita

*Assalammualaikum*

Ya Allah, rasa pantas sangat masa berlalu kan? Dah pertengahan bulan Januari 2015. Dan tak sangka juga, sudah 3 minggu Neeza sudah amalkan Ephyra Skin Bar. Kalau you alls nak tahu, Neeza antara 50 blogger yang berpeluang mencuba secara percuma produk kedua dari Oceanlife ini hasil anjuran giveaway dari blogger Mia Liana. Alhamdulillah,
Terima kasih Ephyra sebab bagi kalendar sekali ^_^
Sebenarnya pada tahun lepas, dalam bulan 12, Neeza adalah buat wishlist untuk 2015. Ala-ala azam baru gitu. Nak tahu tak? Wishlist Neeza apa? Nak flawless di tahun baru. Ewah. You alls jangan nak gelak pula eh? *Haip!* Bukan apa, masa bulan Disember itu, kulit Neeza agak teruklah. Rasa malu sangat nak keluar rumah. Kalau bersiap lama sangat, tacap muka bukan main lama. Well, keadaan kulit Neeza masa itu macam yang Neeza terangkan dalam giveaway kak Mia itu.
Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
Saya perlu mendapatkan Ephyra Skin Bar kerana saya mengimpikan wajah yang flawless tanpa cela. Saya ingin mencuba keberkesanan Ephyra Skin Bar dalam menangani masalah wajah saya yang mudah berminyak, kesan sunburn yang agak teruk dan mudah didatangi jerawat batu di dahi dan pipi serta jerawat pasir di seluruh muka disebabkan terdedah dengan cuaca yang tidak menentu. Tambahan pula, kulit saya cepat kering apabila terdedah kepada penghawa dingin dalam tempoh yang lama. Selain itu, terdapat juga blackhead di sekeliling hidung dan walaupun saya menggunakan masker, blackhead masih juga tidak hilang.

Masalah-masalah ini mengakibatkan saya terpaksa apply foundation banyak kali dan berbedak agak tebal supaya dapat untuk menutup cela tersebut. Akibatnya masalah ini semakin kronik walaupun saya telah menggunakan make up removal dan menjadikan wajah saya semakin kusam dan tidak bermaya menyebabkan saya hilang keyakinan berdepan dengan orang ramai tanpa wajah dibedak tebal terlebih dahulu. Saya juga malu apabila diajak bergambar terutama berselfie dengan kamera biasa dan sedaya upaya menolak untuk bergambar dan akhirnya  menyebabkan saya terlepas detik-detik indah untuk dirakam.

Bila terpilih dan berpeluang untuk mencuba Ephyra ini, melonjak gembiralah, yelah, kot2 berkesan. Lagipun bila tengok dekat Instagram @ephyra2u , banyak betul testimoni dari pengguna Ephyra, rasa nak mencuba lagi membuak-buak. Yelah, kalau produk tak bagus, tak kan ramai yang dah guna dan testimoni mereka berjaya mendapatkan kulit yang diingini, betul tak?
Neeza mula agak lewat 2-3 dari peserta lain sebab tahu-tahulah bila duduk dekat hostel ini, banyak prosedur perlu diikuti. Dan setelah tiga minggu, alhamdulillah, kulit Neeza banyak mengalami perubahan yang agak ketara. Dah tak ada sunburn, jerawat makin mengecut, kulit bertambah putih, bintik-bintik hitam keliling hidung pun dah banyak berkurang dan semakin kurang berminyak. Yuhuuu, maknanya? MISSION IS ACCOMPLISHED!! Yeayyy *melonjak kegirangan*
Of course Neeza gembira sangat sebab dah tak payah pakai foundation dan bedak asas tebal-tebal macam tepung gomak. Tak selesa sangat pun. Lagipun dengan jadual Neeza yang padat sebagai pelajar universiti, tak ada maknanya nak bersiap lama-lama. Terkejar-kejar nak pergi kelas. Pakai tebal-tebal, sampai kuliah, nampak muka bercapok. Oh my~ malu weyhh. Itu sebab Neeza nak sangat kulit yang sihat dan flawless ini, tak adalah nak bersiap lelama. Bedak sikit-sikit dah boleh terus pergi kelas. Selain itu, bila kawan-kawan ajak selfie/bergambar, bila kulit bermasalah, memang Neeza rasa kurang confident. Terpaksa tolak secara baik, tak pun asyik jadi tukang gambar je. Sedih! Sekarang dah jelas dan faham kan kenapa. Hihi. Seriously, sekarang tak ada masalah nak selfie bebanyak,sampai hang handphone dibuatnya. Hewhew. (Banyak upload dekat Instagram)
Jadi kepada pembaca di luar sana, yang ada masalah kulit wajah, apa kata you alls try pakai? Mana tahu, dengan izin Allah, produk ini berkesan pada wajah anda juga. Neeza memang sarankan you alls patut cuba produk ini. Memang best sangat sabun ini sebab wangi dan berkesan. Lagipun cara nak guna sabun ini sangatlah mudah. Hanya basahkan muka dengan air, kemudian gosokkan Ephyra Skin Bar pada telapak tangan, sapukan secara lembut pada seluruh muka dan urut selama 2-3 minit. Memandangkan kulit Neeza ini agak bermasalah, Neeza buat dalam 5 minit. Lepas itu, bilas dengan air. Wuu~~ Neeza rasa lepas basuh muka itu, kulit rasa bersih dan tegang. Syok maaa~ Untuk dapatkannya, boleh hubungi:
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.