Sunday, 20 November 2016

#roadto50kg begins!


Assalammualaikum dan hai guys.

#roadto50kg begins! l Okay, I nervous nihh. Setelah sebulan kelaut China Selatan, tidak workout tidak diet, esok Neeza bakal mulakan semula apa yang Neeza dah tinggalkan. Huhuhu. Kali ini dengan misi yang lebih agresif #roadto50kg dan masa yang ditetapkan adalah 4 bulan *nak cantik kurus sebelum birthday*.

Jadi bermula hari ini Neeza akan sedaya upaya rekod segala-galanya di sini, of course seperti diari, resepi, tips dan sebagainya tentang fitness. Ini adalah cetusan idea dari bff Neeza *merangkap coach, dialah yang akan train Neeza even dari jauh, siap sedialah kena marah dengan cik rimau, tahniah beb sebab dah official certified trainer* .

At least, reader dapatlah sedikit sebanyak manfaat dari blog Neeza ini, dapat ambil semangat pun jadilah. :P Yang mana memang akan dan tengah melalui proses perjalanan kurus itu, chaiyoook and hope will inspire you as well.

Neeza minta maaf terlebih dahulu seandainya kalau sebarang coretan Neeza akan ada salah silap. Janganlah bash *I know haters gonna hate and everywhere*, just komen tegur secara baik dan Neeza akan betulkan balik. 

Neeza bukan pakar. Neeza mengaku hal itu. Apa yang Neeza tahu, itu semua sedikit sebanyak dari coach (4 orang) dan personal trainer (2 orang) yang Neeza pernah dan sedang belajar secara offline dan online, dari juga pembacaan. Mungkin cara kita berbeza. Cuma perbezaan itu janganlah dijadikan sebagai perbahasan untuk pergaduhan *sebab ada IG coach ini sampai kena bash dengan akaun fake IG atas alasan cara berbeza*

Maklumlah, goals kita semua tak sama.

Untuk Neeza, Neeza nak kurus sampai berat 50 kg dalam 120 hari. Neeza nak fit bukan fat! Neeza nak lean body dan bukannya bulky *pergi gym main besi tak semestinya nak berotot*

Okay?

Untuk perjalanan ini, Neeza nak mulakan dengan cara yang berbeza. Ini disebabkan jadual Neeza yang sangat sibuk sebagai pelajar dan juga blogger, Neeza memilih untuk menyediakan makanan selama seminggu terus. Phewww penat duduk dapur hampir sejam hari ini. :P
Betul-betul eat clean nihh
Untuk resepi Neeza akan kongsikan di entri akan datang. Tunggu tau!

Sebelum nak mulakan perjalanan, of course kena timbang dulu. Malunya nak papar berat terkini dekat sini. Haha :D

20 November 2016
Weight:82.3 kg

Naik 5 kg setelah sebulan tinggal diet, haishhhhh.  Itulah kelaut lagi kan dah padan muka. Dah elok 78 kg, kan dah masuk angka 8 balik.
Sebulan lalu. Time berat dah masuk angka 7, huhu
Pengalaman timbang paling mengerikan, bulan 9 2015 , berat Neeza mencecah 100 kg dengan ketinggian 164 cm, time itu dah masuk universiti. Waaaa, sampai takut nak ambil selfie apatahlagi diambil gambar sebab gemuk sangat.

Yang pasti masa akan datang, Neeza tak nak peristiwa tersebut ulang kali. Simpang 44!

Nak makin kurangkan berat badan bukan naik berat badan.

Okay, korang doakan Neeza tau, semoga esok dan hari-hari mendatang, Neeza berjaya untuk eat clean dan workout pada masa ditetapkan.
Much love from me, praying for my success tau  #roadto50kg
Sampai sini sahaja coretan Neeza hari ini, lupa lak, tak ada tupperware, esok nak letak mana makanan Neeza? Tak kan nak makan dalam plastik lak, esok dahlah lunch dekat kelas sebab pagi petang ada kelas memang tak balik rumah, jadi nak pergi mart sekejap cari tupperware. So, nak undur diri lah nihh. :P

Nantikan entri Neeza akan datang ya. Pergi dulu, bye-bye.

p/s: walaupun diet, masih terima food review tau and that's will be my cheat day , huhuhu anyway entri ini dipublish 4 jam, dah rasa down kejap sebab consequences bila reveal berat dekat sini, huhu tapi cuba kuatkan semangat, sometimes we need to declare in order to improve, tak lama je, 120 hari nanti, you will proud with yourself :'))

thank you Fizah for cheer me up and always support me :D love you so much #prelawbuddy


Salam sayang.

11 comments:

  1. Chaiyok chaiyok.. you can do it

    ReplyDelete
  2. Semoga kejayaan menjadi milik neeza..kak lya doakan yang gerbaik utk neeza...teruskan usaha..

    ReplyDelete
  3. good luck.. kesihatan sama penting juga untuk dijaga
    btw, jemput singgah tempat saya ye.. =)

    ReplyDelete
  4. semoga berjaya dik !! hee~ tapi jangan stress tau.. selalu kalau dalam proses eat clean, emosi selalu terpedaya dengan makanan orang sekeliling.. hee~ kipidap !! dongibab !!

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.