Tuesday 25 June 2019

Mulakan Semula Journey Kuruskan Badan Dengan MINTOX DETOX FIBER DRINK

Assalammualaikum dan hai semua,
Yeayyy, Neeza secara tak rasminya sudah tamatkan pengajian Neeza (harap semua luluslah). Amin!! Jadi sekarang ini sebelum tunggu keputusan keluar, Neeza memang rancang nak kembali kepada healthy lifestyle. Nak fokus untuk kuruskan badan dan baiki kulit muka. Selama beberapa bulan ini memang tak terurus Neeza nak siapkan final year project dan intership. Makan tak ikut masa. Bila dah sumbat macam-macam dan tak buat 10 steps rutin skincare, muka memang breakout lah. Tak apalah, sekarang kan dah ada masa terluang jadi kita fokus sahajalah dua perkara ini sebelum mulakan kerjaya nanti.
Jadi perkara pertama Neeza lakukan adalah mencari supplemen yang sesuai untuk misi ini terutama untuk kuruskan badan. Untuk pengetahuan anda, Neeza ini kan selalu buka Instagram dan Neeza ada  mengikuti Instagram Haneesya Hanee. Maklumlah nama pun nak seakan-akan sama. HANEE. Huhu. Dari situ, Neeza kenal dan tertarik dengan produk Mintox Detox Fiber Drink ini sebab Haneesya Hanee ini merupakan duta Mintox.
Mesti anda kata Neeza ini mesti jenis yang terpengaruh, artis jual je mesti nak beli mesti nak cuba. Eh, taklah Neeza bukan orang macam itu. Neeza mesti siasat sampai habis-habis terlebih dahulu sebelum mencuba mana-mana produk supplemen ini sebab bila kita masukkan sesuatu ke dalam badan, hati dan buah pinggang akan terkesan dulu. Sayang organ weh! Jujur ini. Jadi seeloknya carilah produk yang tidak berbahaya kepada kesihatan diri.

Jadi apa hasil kajian dan siasatan Neeza mengenai produk MINTOX ini?

Selamat ke tidak?

 Okay, mula-mula jom kita kena dulu produk Mintox ini.
Mintox mengandungi formula unik yang menggalakkan sistem pencernaan untuk membersihkan usus, mengeluarkan toksin, membantu pertumbuhan bakteria-bakteria baik dalam membaiki persekitaran usus dan meningkatkan fungsi imun pesakit untuk mencapai matlamat utamanya dalam menyembuhkan sembelit. Ia merupakan pilihan yang terbaik bagi menyembukan sembelit.

Siapakah yang berpotensi tinggi untuk mendapat sembelit?
  • Penyakit yang disebabkan kekurangan bakteri baik dalam usus
  • Individu yang mempunyai kekurangan serat kasar dalam dietnya
  • Individu yang kurang minum air
  • Individu yang jarang membuang air besar
  • Individu yang berkeadaan sedentari
  • Individu yang mengalami keletihan dan tekanan

Hmm, baguslah Neeza memang ada masalah sikit dengan pembuangan lagi-lagi kalau dah berdiet. Susah weh nak membuang sebab Neeza bukanlah kategori orang yang kerap buang air besar setiap hari. Dan sudah tentu sentiasa rasa letih dan stress. Memang sembelitlah ceritanya.

Jadi kalau dah sembuh sembelit dengan Mintox ini, usus dah bersih, makanya dapatlah menurunkan kolestrol dan membuang lemak pada dinding usus. Wow kan?

Setiap dos dalam Mintox Detox Fiber Drink adalah sebanyak 10g dan pek ini mengandungi 14 dos. Jumlah kalori dalam setiap pek hanya 36 kcal, jadi tidak terjejaslah pengambilan kalori seharian sekiranya anda berdiet. 

Bahan-bahan yang terdapat dalam Mintox Detox Fiber Drink ini ialah ekstrak kiwi enzim standard yang berkualiti tinggi dari New Zealand, serbuk jus pic, inulin (probiotik), serat larut air, serbuk algae aphanizomenon flosaquae dan stevia.
Kalau nak tahu produk ini telah diklasifikan sebagai produk berunsurkan vegan, 100% natural tiada , kelulusan GMP, dijamin tiada gula tambahan dan SGS. Untuk pengetahuan korang, kalau sebut je vegan, tentunya natural dan tiada bahan daripada haiwan dan alkohol dimasukkan ke dalam formula produk ini. Sudah tentu halal dan selamat diambil. Ini sebab Neeza yakin untuk cuba produk Mintox ini.
Nampak saya memang dah terlampau berisi kan? 😂 Alright, Mintox come to the rescue okay?
Dalam satu kotak Mintox Kiwi Detox Fiber Drink ini mempunyai 14 pek dan harganya adalah RM138. Sangat berpatutan rasanya.

Jadi, Neeza akan update dalam entri akan datang hasil daripada penggunaan Mintox ini. Semoga diet Neeza berjaya ya. Amin!!
Alang2 nak jaga usus, jom makan makanan sihat
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai produk Mintox ini,

Website: www.mintox.kiwi
Contact: +601123450201

13 comments:

  1. bagus Mintox ni.. boleh detoks badan kita agar usus kembali bersih dan badan jadi ringan je lepas beberapa kali membuang.. memang kita perlu detoks badan kita untuk mencuci usus kita agar dapat bekerja dengan lancar

    ReplyDelete
  2. Wah bertambah sihat la lepas ni. Airah suka juga minuman yang membantu membersihkan perut ni sebab dah makan macam macam kan kena la bersihkan. Nampak sedap je perisa ni nanti nak cari

    ReplyDelete
  3. Pertama kali Naim mendengar buah kiwi dijadikan sebagai detox. Harap ada lulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Takut macam-macam yang berlaku pada akhir2 ini

    ReplyDelete
  4. Semoga diet awak menjadi! Elle pun dah lama start diet tapi tak turun pun berat haha. Diet ni kena konsisten and kena focus utk hidup gaya sihat.

    ReplyDelete
  5. Patut nampak makin kurus sekarang ehhh hehehehe... lama tak jumpa mesti dah lain sebab guna produk Mintox ni dari buah kiwi mesti ada rasa buah sedapnya kita nak cuba tapi boleh tak kurus ni...

    ReplyDelete
  6. Mintox drink ni memang sesuai diminum oleh mereka yang ingin menguruskan badan sesuai juga diminum oleh mereka yang mengalami sembelit

    ReplyDelete
  7. Rawlins tahu yang kalau sistem perkumuhan kita lancar, insyaAllah akan menjadikan kita cantik luaran dan dalaman. Nanti Rawlins nak try check it out - mana tahu boleh ambil untuk next diet kan.

    ReplyDelete
  8. Ramai sekarang ambil pendekatan dgn meminum air detox utk menguruskan badan. Xdpt dinafikan kalau sistem perkumuhan kita lancar, insyaAllah masalah berat badan dpt dikurangkn. Penggantian gula kpd stevia satu langkah yg bijak

    ReplyDelete
  9. Wahh bestnya produk detox vegan ni. Teringin sangat nak ambil minuman yang macam ni, especially yang kurang gula, tapi sebab menyusu anak stop dulu. Mungkin bila anak dah besar nak cubalah produk ni, memang tercari-cari produk kurus yang boleh membantu kesihatan jugak. Thank you share.

    ReplyDelete
  10. I am also using Mintox, first 2 boxes was for detox and subsequently just maintainance, it works well and it's gentle for my tummy and happiness is finding out I lost 2kg after the entire process.

    ReplyDelete
  11. Wah!! Sama la dgn misi AM.. Setakat nie AM kurangkan sukatan nasi n tidak me gambil sebarang minuman manis atau bergas. Alhamdulillah semakin turun..boleh la AM cuba detox yg neeza sarankan nie.. Utk lancarkan sistem penghadaman

    ReplyDelete
  12. It is really ideal that we consume such health products as it allows us to detoxify our body. We are well aware that our body might have accumulated too much toxin. so thanks for sharing this awesome product. :)

    ReplyDelete
  13. Tahniah sebab tamat pengajian dik! Good luck on your journey of losing weight with this detox drink. And it's good that you have done your research before simply diving into an artist's product. Kudos and all the best yer!

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.