Wednesday 20 December 2017

Sempurnakan Akhir Tahun Anda dengan Membayar Zakat Melalui Kempen Yez 2017

Assalammualaikum dan hai semua,
Bersesuaian dengan taglinenya 'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT', Pusat Pengutan Zakat MAIWP telah melancarkan Kempen Yez 2017 (Year End Zakat).

Ingat shopping sahaja yang ada kempen akhir tahun ke? PPZ MAIWP pun buat kempen juga tau.


PPZ- MAIWP senantiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi para pembayar zakat dalam menunaikan tanggungjawab berzakat. Oleh yang demikian, Kempen Yez 2017 (Year End Zakat) dilaksanakan bagi menggalakkan umum berzakat sebelum berakhir tahun 2017. Kempen ini diadakan selama 1 bulan pada bulan Disember 2017 bermula 1 Disember 2017 hingga 31 Disember 2017.

Bersempena dengan kempen ini, 11 kaunter PPZ-MAIWP dibuka 7 hari seminggu sepanjang Disember 2017 termasuk cuti umum. dari jam 8.15 pagi - 4.45 petang.  Pada tarikh 26 – 31 Disember 2017 pula, kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga jam 8 malam.


Pelbagai keistimewaan yang bakal diperolehi para pembayar zakat iaitu pemberian cenderahati  khas di kaunter-kaunter PPZ-MAIWP  iaitu CD  MAU’ IZATI  oleh  Ustaz   Ahmad  Dusuki  Abd  Rani, Kalendar Meja 2018, yang turut mengandungi jadual waktu solat, Buku Siri Rukun Islam yang akan diberikan kepada para pembayar zakat yang membawa anak-anak mereka ke kaunter PPZ-MAIWP.

Malahan ada hadiah cabutan bertuah bagi para pembayar zakat di kaunter PPZ-MAIWP. Dengan 1 cabutan bertuah setiap hari dari tarikh 1 hingga 29 Disember 2017 dan 20 cabutan bertuah pada tarikh 30 hingga 31 Disember 2017.

Turut ditampilkan, maskot Omar dan Hana (siri kartun terbitan ASTRO) untuk  memeriahkan lagi suasana di kaunter Shamelin Perkasa pada 30 dan 31 Disember 2017. Bagi yang tidak berkesempatan membayar zakat di 11 kaunter PPZ-MAIWP pula, umum boleh menunaikan zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP dengan melayari www.zakat.com.my dan berpeluang memenangi 100 cabutan bertuah yang disediakan.

Untuk makluman lanjut;
Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (Ibu Pejabat)
Alamat: Wisma PPZ 68-1-6 Dataran Shamelin, Jalan 4/91 Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.
Talian: 1-300-88-5757

Salam sayang,
Neeza

                                                                                                    

19 comments:

  1. Kempen yg bagus Dr ppz Kan..best betul byk gift dpt, online pun bole kan

    ReplyDelete
  2. Penghujung tahun, disamping kita sibuk dengan persiapan anak-anak nak kembali ke sekolah, sibuk dengan perancangan nak bercuti sempena cuti sekolah, sibuk dengan kenduri kendara saudara mara terdekat yang nak mendirikan rumahtangga...Jangan lupa dengan kewajipan yang satu ni..berzakat..! Sucikan rezeki kitaaa

    ReplyDelete
  3. Bagus sekarang nak bayar zakat dah mudah.

    ReplyDelete
  4. terima kasih kongsi pasal info zakat yang menarik ini... kempen yang patut kita pergi ni...

    ReplyDelete
  5. Nice. Bayar zakat di hujung jari je sekarang. Siap dpt peluang menang hadiah lagi 😍

    ReplyDelete
  6. Kita pergi YES, maka jangan lupa YEZ juga. Hehe. Tq share info begini.

    ReplyDelete
  7. bagus kempen YEZ ni.. mengingatkan semua orang tentang tanggungjawab berzakat dalam kehidupan..

    ReplyDelete
  8. Bagus neeza hebahkan tentang YEZ dari PPZ ni, semoga ramai yang tunaikan zakat sebelum masuk tahun baru

    ReplyDelete
  9. usaha PPZ patut dipuji..sepatutnya setiap individu muslim mmg dah alert pasal kewajipan membayar zakat..

    ReplyDelete
  10. Bayar zakat dah makin mudah sekarang. Moga murah rezeki lepas tunai zakat

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah ada perkongsian sebegini ^^ Perkongsian yang amat bermanfaat membuat orang semakin sedar dan lebih tahu tentang zakat dan kepentingannya .. Terbaik, sis :)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. pelabuaran saham akhirat ni.

    ReplyDelete
  13. Bagusnya perkongsian ni, Neeza! Sebab zakat juga sebagai rukun yang wajib ditunaikan, kempen macam ni semestinya memupuk kesedaran dan tanggungjawab kita sebagai Muslim. 😃

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah kami dah pun tunaikan Zakat harta/perniagaan minggu lepas. Tenang rasa hati :)

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  15. Sekarang ni awal-awal zakat dah buat kempen bg tau mereka pun ada di mana-mana aje. Tidak tertumpu di ofis zakat je utk bayar zakat. So ofis tak sesak sangat. Haha. Ruby bayar zakat kat masjid je selalunya. Ada amil bertugas. Sekarang ada lori bergerak, van bergerak, lagi mudah.

    ReplyDelete
  16. okay baru tahu ada servis ini. lebih mudah nak bayar zakat lepas ni :)

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.