Tuesday, 5 December 2017

Demo Masakan Chef Selebriti Menggunakan Produk Pacific West di Tefal Carnival Sale

Assalammualaikum dan hai semua,

Dalam kesibukan Neeza meniti akhir semester ini yang tinggal lagi 4 minggu sahaja sebelum peperiksaan bermula, Neeza sempatlah menghadirkan diri ke Tefal Carnival Sale yang bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC) Seksyen 14. Sebenarnya, Neeza datang untuk melihat demonstrasi masakan daripada chef-chef Selebriti menggunakan produk masakan daripada Pacific West dibantu dengan peralatan inovatif  di dapur dan rumah iaitu Tefal.
Neeza rasa sungguh teruja kerana ini merupakan pengalaman pertama Neeza datang ke karnival yang berkaitan dengan masakan dan makanan seperti ini. Lagi-lagi bila akhir-akhir ini Neeza aktif ke dapur untuk masak juadah sendiri. Maklumlah nak jimatkan dan hujung sem ini. Jadi faham-fahamlah ekonomi pelajar macam mana ya tak? Hehe. #blushing
Oh ya, lupa nak bagitahu dekat anda semua, Cook Show with Celebrity Chefs ini diadakan oleh Pacific West dengan kerjasama Tefal bersempena melancarkan dan memperkenalkan produk keluaran baru daripada Pacific West iaitu  Cheezy Fish Fillets yang mana telah diperbaharui dengan dua jenis keju telah yang digunakan iaitu mozzarella dan keju Nacho premium, disaluti dengan serbuk roti Jepun, memberikannya aroma yang unik dan keranggupan yang ketara di dalam Fillet Ikan Pacific West Cheezy ini semakin sedap.
Inilah rupa Cheezy Fish Fillets. Setiap sekotal ada 3 ekor ikan. Siap dapat free cheezy stickuntuk mencantikkan hidangan tau.

Bestkan produk daripada Cheezy Fish Fillets ini? Oh ya, mungkin ada di antara pembaca blog Neeza ini mungkin ada yang belum mengenali tentang Pacific West ini.

Pacific West telah ditubuhkan di Australia pada tahun 1995. Pacific West telah berkembang menjadi antara jenama makanan laut segera yang perlu ada di setiap rumah. Kepelbagaian wariasi rangkaian produk Pacific West telah menjadi pilihan dan memenuhi citarasa keluarga. Apa yang menarik nya tentang produk Pacific West boleh didapati di lebih daripada 20 buah negara di seluruh dunia dan paling terkini boleh didapati di Disneyland (Paris, Hong Kong dan Shanghai). Dan pastinya halal dan mendapat pengiktirafan Jakim untuk pasaran Malaysia. 

Tiga orang chef terkenal telah dijemput untuk membuat demonstrasi masakan iaitu Chef  dari Pacific West iaitu Chef Leong,   pemenang Master Chef Dr Ezani dan Chef Bryan dari Yum Yum Publications.

Menariknya, setiap chef ini menampilkan kategori hidangan berbeza-beza mengikut kepakaran masing-masing yang membuatkan penonton dan pengunjung yang datang ke sini tidak boleh berganjak walau seinci untuk belajar masakan-masakan tersebut. Mungkin ada masakan yang kita dah selalu buat dan ada juga yang sangat baru dan inovatif. Apapun Neeza rasa seronok sekali!
Chef Leong menampilkan 3 resepi yang lebih berfokuskan kepada menu masakan barat iaitu, Trio Canapé Cheezy Fish Fillets, Cheezy Fish Wholemeal Sandwich, dan Cheezy Fish Caesar Salad Cajun Crisp Onion Flower.
Chef Dr Ezani pula lebih mengenengahkan masakan Melayu iaitu Salt & Pepper Squids with Tiga Rasa Sauce dan Salted Egg Yolk Black Pepper Tempura Fish Fillets.
Chef Bryan dari Yum Yum Publications memperkenalkan masakan sihat iaitu Crispy Calamari with Pickles dan Tempura Fish Fillets and Mixed Vege Spring Rolls.
Jadi siapa kata produk masakan daripada Pacific West tidak boleh dipelbagaikan? Maklumlah Neeza tahu masih ramai yang masih mempunyai perspektif kalau makanan sejuk beku je mesti goreng, goreng dan goreng. Ya, pada asasnya boleh goreng tapi kita boleh olah masakan itu menjadi menu masakan yang lebih menarik, sedap dan sihat.

Paling seronok, produk-produk daripada Pacific West ini menjimatkan masa. Tak perlu nak susah hati memikirkan makanan mentah yang dibeli cepat rosak, jadi kita kena cepat-cepat masak. Kalau produk daripada Pacific West ini letak sejuk beku, settle masalah. Lagipun dah dibungkus secara baik berbeza makanan mentah. Apa nak risau kan?
Lihatlah ramai tau yang berkunjung ke sini. Maklumlah karnival pertama Tefal dan Pacific West
Setelah habis demonstrasi masakan daripada Celebrity Chefs, kenalah jalan-jalan tengok booth-booth yang dibuka sempena Tefal Carnival Sale ini. Pertama sekali, tentulah wajib singgah ke Pacific West. Dah rasa berkobar-kobar nak masak ini, mestilah kena dapatkan bahan-bahan masakan dulu.
Kalau datang ke sini, tentulah kena singgah dahulu ke booth Pacific West untuk dapatkan pelbagai produk sejuk beku. Kalau nak makan on the go pun boleh, siap digoreng dan boleh makan panas-panas.
Promosi yang berlangsung semasa hari Karnival. Satu set RM50 tau boleh dapat cooler bag secara percuma.
Neeza sampai rambang mata, nak ambil berapa banyak kotak. Harga pun cun.
Promosi lagi. Memang tak keruan aih.
Yang best kalau datang karnival ini kalau ada lucky draw. Sambil membeli belah, sambil masuk pertandingan. Mana tau nasib baik. Berbaloi apa.

Kemudian, Neeza melangkah ke ruangan Tefal. Rambang mata beb. Serius memang harga jauh lagi murah dari pasaran. Nak menangis je rasa. Kalaulah I banyak duit, I dah bolot beli setiap satu.
Barangan elekrik, barangan dapur, dan barangan rumah turut dijual dengan diskaun hebat.
 Rambangnya mata tengok peralatan buat kek ini. Nasib baik tak ada oven kalau tak I dah beli ini.
 Ini memang Neeza tak boleh tengok. Cuma RM20 setiap satu. 
Aduh tak boleh tengok harga kuali Tefal ini. Idaman I sangat ini. Maklumlah kualiti Tefal dah sedia terbukti terbaik. 

Lepas singgah Tefal, Neeza jalan-jalan tengok di bahagian Jasmine pula. Yang bestnya kan, Jasmine telah buat promosi di Facebook, seingat Neeza tak silap 200 ke 500 pengunjung pertama yang hadir ke Tefal Carnival Sale berpeluang untuk dapat beras percuma tau. Yang penting kena like FB page dan beberapa post serta tag 3 kawan.
Jadilah dapat beras percuma untuk 3 kali masak. Jimat jugak!
Haaa, Neeza nak cerita ini. Masa Neeza nak like FB itu semua nak dapat beras percuma kan, masa itu jugalah line internet UMobile ini buat hal. Memang tak ada line data. Mungkin sebab tak top up dan akaun kena bar. Hehe. Cuba pakai Wifi Selangor tak boleh, pakai SACC pun tak boleh. Kebetulan salah seorang abam-abam yang jaga booth Jasmine masa itu geram sangat tengok Neeza asyik tak dapat line, terus dia share hotspot dengan Neeza. Hahaha. Thank you so much!

Lepas itu ada juga ruangan untuk makanan organik tau. 
Ada juga bahagian untuk pencinta kopi dan pembuat kopi oleh Nescafe Dolce Gusto.
Tefal Carnival Sale ini memang menitikberatkan pengunjung-pengunjung yang hadir terutama yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak. Kanak-kanak boleh main masak-masak atau mewarna dengan Faber Castel. Bagus tau ibu-ibu dan bapa-bapa datang ke sini. Kalau ibu-ibu sibuk membeli belah, kaum ayah bolehlah habiskan masa bersama anak-anak di sini dan sebaliknya. Tak adalah bosan sangat. 
Cantiknya dapur. Pinky~ I love it too. Hehe.
Seronok dan puas hati betul dapat datang ke sini. Bukan sahaja dapat belajar dan ilmu baru tentang menu masakan, bertemu dengan chef selebriti dan selebriti malah boleh dapat diskaun dan harga runtuh. Lihatlah Neeza sampai bawa balik dua beg tau. Kalau cukup duit kan, memang Neeza dah beli kuali tefal. Huhu.
Antara produk-produk Pacific West. Kalau Chef Dr Ezani buat sotong tiga rasa, Neeza pula ubah kepada Cheezy Fish Fillets tiga rasa. Hehe.
Sorrylah presentation tak menarik sangat janji sedap di makan lagi-lagi ada Cheezy Fish Fillets.
Tahniah untuk Pacific West untuk produk Cheezy Fish Fillets. Memang terasa keenakan cheese yang berkualiti tinggi cair di mulut. Terima kasih Pacific West, Tefal dan semua jenama yang turut berada sepanjang Tefal Carnival Sale. Harap buat lagi di Shah Alam. Hehe.

Salam sayang,
Neeza

17 comments:

  1. Sedaplah neeza hari hari pos gambar makanan ni heheheheh.. camni nak p beli sekotak lah fish fillet dia lol

    ReplyDelete
  2. kak ana dah rasa cheezy fish fillet yg chef leong masak tu. memang sedap. resipi dr ezany pun kak ana dah try dekat rumah. memang senang sgt dan sedap pula tu. kak ana sempat lah rembat blender tefal hari tu. murah ya amat. dpt guna voucher lg. berbaloi2.

    ReplyDelete
  3. Dulu rajin la beli fish fillet pacific west ni. Tapi sebab sekarang tiba-tiba rasa mahal, terus tak jadi nak beli. Rugi woo sebab fish fillet die sedap gile.

    ReplyDelete
  4. Ha'ah selalu makanan sejuk beku camni kita tahu goreng je..rupanya boleh pelbagaikan..Nanti share resipi,pls.hehe..

    ReplyDelete
  5. Produk pacific west ni memudahkan semua org nak msk kan..cam 123 dah siap satu menu..

    ReplyDelete
  6. Yummy bestnya. Anak-anak suka produk facific west tu. Selera western food sedang bermaharajalela. Hahaha

    ReplyDelete
  7. Macam2 resepi yang kiya boleh cuba masak dengan menggunakan fish fillet ni kan

    ReplyDelete
  8. Banyaknya beli produk tu kat sana hehehe tunglah hari-hari tak perlu susah-susah nak masak panas dan goreng jer hehehe

    ReplyDelete
  9. tak pernah lagi guna produk PAcific West ni..nak kena tru beli la pasni sebab ramai blogger dok review cakap sedap ni

    ReplyDelete
  10. nampak best event tefal ni... boleh jumpa dengan chef terkenal.... fish fillet tu... mcm sedap sahaja... boleh lah nak cuba nnt

    ReplyDelete
  11. banyaknya resepi untuk Ika cuba. Nanti Ika nak try la. Ika suka Cheezy Fish Fillet. sedaptaw makan panas2

    ReplyDelete
  12. Bestnya kalau dapat join haritu. Tapi produk pasific west memang best. Harga pon boleh tahan jugak.. Huhu..

    ReplyDelete
  13. wa macam best giler! Too bad it's too far for me

    ReplyDelete
  14. Suka produk Pacific West nie - sebab Rawlins sejenis malas masak maka semuanya masuk microwave tapi still lazat!

    ReplyDelete
  15. Nape xtau pasal event nie.. kalau x dah leh g sana... borong kasi habis...

    ReplyDelete
  16. Ya allah nampak sedapnya semua.. Memang tak pernah dengar produk makanan tu..

    Terima kasih sudi singgah dan komen 😊

    ReplyDelete
  17. laaparrrrr... sume nampak sedap sgt

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.