Wednesday 13 December 2017

Merealisasikan Impian Perkahwinan di Hari Terbuka Red Ribbon Wedding Works

Assalammualaikum dan hai semua,
Oh.. this is what I am looking for. Meriah dan simple. Dahlah warna kesukaan pink. Wah Neeza, suka betul tengok gambar perkahwinan orang. Ditambah dengar lagu Selamat Pengantin Baru dendangan arwah primadona Saloma ini. Rasa macam esok nak kahwin je. Hahaha.
Kemain lagi..

Maklumlah Neeza pun dah tak lama lagi je nak graduasi, mana tahu kot-kot jodoh sampai. :-p Mana tahu kan. Hahaha. Berangan! 

Kalau nak tahu Neeza jadi macam ini gara-gara penangan skroll timeline Facebook, orang bertunang, malam berinai, akad nikah. Bila buka Instagram, pun sama, penuh gambar majlis bersanding lah, majlis sambut menantulah. Maklumlah sekarang kan cuti sekolah kan?

Buat pasangan yang merancang bakal mendirikan rumah tangga, tak sempat nak buat tahun? Jangan bimbang, tak lama dah lagi kita akan masuk ke tahun baru. Jadi sementara itu, Neeza nak ajak anda jom datang ke Hari Terbuka Red Ribbon Wedding Works.
Red Ribbon Wedding Works bakal mengadakan Hari Terbuka di Dewan SM Syahidzuan Bangi dan telah menjemput pasangan bakal pengantin dari kawasan Bangi dan Selangor untuk datang ke Hari Terbuka, yang diadakan pada hari Ahad, 17 Disember 2017. Ia bertujuan memperkenalkan Pakej Perkahwinan dengan kerjasama Red Ribbon Wedding Works dan Dewan SM Syahidzuan, catering, fotografi yang pada masa ini merupakan salah satu pakej perkahwinan terbaik di area Bangi.

Hari Terbuka ini akan diadakan dari pukul 12 tengah hari hingga 7 petang ini akan menampilkan tema "tropicale garden", yang menjadi trend pengantin pada masa kini.  Selain itu, ada diadakan “Taste Food”, perundingan pakej perkahwinan, pratonton fotografi, dekorasi pelamin dan dewan serta kemudahannya.
Tetamu akan dapat melawat Dewan SM Syahidzuan dan melihat serta merasakan seperti acara perkahwinan sebenar yang dikelolakan oleh Red Ribbon Wedding Works. Venue tersebut akan di setup bertemakan perkahwinan, membolehkan para tetamu membayangkan bagaimana hari impian mereka bakal kelihatan nanti. 

Untuk pengetahuan semua, Red Ribbon Wedding Works memilih untuk bekerjasama Dewan SM Syahidzuan kerana dewan ini merupakan salah satu tempat yang paling selesa, nyaman dan berkelas untuk melangsungkan majlis indoor ala "Industrial Chic Wedding". Dewan ini juga telah menyaksikan beberapa majlis perkahwinan dengan jayanya pada tahun 2016 dan 2017. Dengan dalaman yang bersih, dilengkapi dengan air cond, berkarpet dan kerusi chiavari yang kini menjadi trend dikalangan tetamu. Dewan ini bakal menjadi venue yang menjanjikan untuk banyak lagi acara yang akan datang.

Menarik kan?

Oh ya, masa inilah bakal pasangan yang datang ke Hari Terbuka ini berpeluang untuk berkomunikasi bertanyakan terus secara habis-habisan kepada “team” perunding perkahwinan. Maklumlah majlis perkahwinan kita mestilah nak yang terbaik sebab inilah permulaan hidup kita bersama pasangan halal tentulah kita mahu kenangan yang indah kan.
antara hasil sentuhan Red Ribbon Wedding Works
Jadi datanglah dan alami servis yang sememangnya dipercayai, serahkan sahaja kepada Red Ribbon Wedding Works untuk mengelola hari istimewa anda dan memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar semasa anda dan orang yang anda sayangi menikmati saat – saat indah di hari perkahwinan anda nanti.

Masuk adalah PERCUMA tau! Dan pihak Red Ribbon Wedding Works akan memberikan “goodie bag” kepada pasangan yang telah RSVP.

Cepat-cepat RSVP dan datang tau. Di bawah ini Neeza attach kan sekali lokasi Dewan SM Syahidzuan. In Shaa Allah, Neeza akan datang pada hari Ahad ini biarpun masih mencari pasangan nak datang bersama. :-p  Jodoh I masih sesat lagi tapi I suka tengok dekorasi perkahwinan. Hahaha.
Jom ramai-ramai kita ke Dewan SM Syahidzuan Bangi. Jumpa di sana!

Untuk maklumat lebih lanjut,

Facebook: RedRibbonWeddingWorks
Instagram: @redribbonweddingworks

Salam sayang,
Neeza

20 comments:

  1. wah.. mesti meriah event ni kan.. untuk pasangan yang nak berumahtangga tu elok sangat la mai sini.. kalau TB belum kawen ritu, teman tropicale garden tu mesti masuk list punya.. hahaha.. sweet2 je kan..

    ReplyDelete
  2. Masuk Percuma, ada goodie bag lagi tu.. wah.. pasnagan yang nak berumatangga tu better pi sini, mana tahu kot terjumpa something yang memang kornag plan untuk wedding korang nanti kan..

    ReplyDelete
  3. Beruntunglah pengantin sekarang sebab banyak pilihan....

    ReplyDelete
  4. Siapa yang nak berkahwin harus pergi event macam ni...

    ReplyDelete
  5. Yang dah kawen boleh datang tak tengok barang free. Hahahahha. Bagus diaorang buat macma ni sebenarnya. Senang orang-orang book persiapan sekaligus terus.

    ReplyDelete
  6. Senengnyaaa lihat pemandangan itu. Sayangnya masih belum menemukan atau bertemu dengan jodoh. Doakan ya, semoga lekas dapat jodoh :)

    ReplyDelete
  7. Siyes menarik tapi sygnya akak terlibat dalam workshop traveloka weekend ni 2 hari...alahaii...

    ReplyDelete
  8. Nice wedding package offered. Will recommend to my Muslim friends.

    ReplyDelete
  9. Pameran mcm ni digalakkan untuk mereka yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 dan berikutnya. So, kepada mereka yang merancang nak mendirikan rumahtangga, pastikan korang set jadual, kosongkan masa untuk hadiri..mana tau kot jumpa pakej yg berkenan kat hati..iye dok?

    ReplyDelete
  10. Baru pertama kali nampak pakej dari Red Ribon ni... Boleh rekemen dekat anak buah nnt

    ReplyDelete
  11. Bagus ada event macam nie kan, senang bakal pengantin nak buat plihan..

    ReplyDelete
  12. Untuk bakal-bakal pengantin, memang wajib datang event ni. Mesti banyak tawaran menarik yang disediakan.

    ReplyDelete
  13. seronoknya sekarang ni banyak event jom kahwin macam ni, senang dah lah nak buat pilihan, dulu2 kita ni kalau tak berjalan dari 1 kedai ke 1 kedai mencari memang tak jumpa lah. hehee

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  14. Kita tunggu majlis kenduri Neeza jer hehehe mesti lagi cantik dan jadi wedding of the year hehehehe...

    ReplyDelete
  15. A one stop solution for all bride and grooms who are planning for their wedding!

    ReplyDelete
  16. Dari dulu, anak dara .. sampai lah dah ada cucu ni, akak suka sangat pi event camni.. Lost in fairyland gitu haha

    Rahsia kejayaan bisnes online

    ReplyDelete
  17. Nanti jumpa Neeza di sana ya tak sabar nak jumpa neeza kita rewang rewang di situ..

    ReplyDelete
  18. menariknya. Boleh La ika usha jika sampai masa untuk berumah tangga .Hopefully harga dalam budjet ye.

    ReplyDelete
  19. Affordable wedding package and is a good deal. Can share with my friend that planning for their wedding

    ReplyDelete
  20. Harga dah best dah. Kenapa promosi begini pada akhir tahun dan waktu musim perkahwinan. Sebab bulan 12 memang selalu majlis berlangsung. Tak dapat la pengantin harga istimewa camni. TAKPE, next year ada lagi kan?

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.