Sunday 24 December 2017

Pertama Kali ke Sunway Lagoon Sempena Ulang Tahun ke 25

Assalammualaikum dan hai semua,
Baru-baru ini Neeza berkesempatan ke Sunway Lagoon. Walaupun dah duduk Shah Alam selama 2 tahun, Neeza jarang keluar bersuka ria di sini atas kesibukan Neeza belajar dan mencari pengalaman yang mungkin In Shaa Allah Neeza dapat gunakan ketika memohon kerja kelak. Dan setiap kali Neeza cuti semester, Neeza akan balik ke rumah mak di Johor.
Alhamdulillah, Allah telah beri kesempatan pada Neeza untuk jejakkan kaki ke Sunway Lagoon. Kebetulan Neeza memang sedang stress dengan submission minggu 14 jadi Neeza perlu tenangkan fikiran dari stress yang melanda. Lagipun  memang dah lama teringin nak ke sana dan nasib baik my baby garl ini sudi temankan Neeza. Thank you Nash!
Kalau anda nak tahu, taman tema air terbesar di Malaysia ini rupa-rupanya dah menjangkau 25 tahun. Ya tahun ini merupakan ulang tahun Sunway Lagoon yang ke-25. Dan Neeza pula baru kali pertama datang ke sana. Sobbs. Tak apa, yang penting dapat juga Neeza merasa keseronakan ke Sunway Lagoon. Hehe.

Kalau datang ke Sunway Lagoon, memang wajib anda datang pada waktu pagi sebab banyak sangat permainan yang ada di sini dan memang tak cukup berada di sini untuk beberapa jam. Masa kami sampai ke Sunway Lagoon, kami telah dihiburkan dengan persembahan dari kadet polis dan tarian selamat datang dari pihak Sunway Lagoon serta meet & greet with Captain Quack. Tak sempat nak ambil gambar Captain Quack sebab ramai sangat orang di hadapan dan Neeza pula berada di belakang. Huhu.
Perbarisan Selamat Datang
Persembahan tarian yang memukau dari Sunway Lagoon
Serius memang ramai orang sebab sekarang kan cuti sekolah. Neeza tengok memang banyak trip yang datang ke Sunway Lagoon. Setelah selesai mendaftarkan diri. sebelum masuk ke dalam Sunway Lagoon dan bersuka ria, anda kena pakai tag khas dulu di pergelangan tangan. Tag itu merupakan tiket mengikut pakej yang anda bayar semasa daftarkan diri tadi. Kebanyakan permainan yang ada di Sunway Lagoon ini terdapat 2 lorong iaitu normal dan express. Biasalah, tiket express ini mahal sedikit tapi anda tak payah tunggu lama sebab lorong express ini akan dilepaskan dahulu sebelum lorong normal. Got it?
Sebelum anda dapat masuk ke dalam, anda kena lalui main entrance, di sini pihak Sunway Lagoon akan melakukan "sportcheck" untuk memastikan pengunjung yang datang ke Sunway Lagoon ini berasa selamat kerana Sunway Lagoon ini bukan sahaja terkenal dari kalangan rakyat Malaysia malahan pelancong-pelancong asing tau. Anda tak dibenarkan untuk bawa makanan di luar ya.

Selesai sahaja Neeza dan Nash melepas pintu utama, kami singgah dulu ke Wildlife Park. Terdapat banyak tarikan di sini, kira-kira ada 15 kawasan. Paling disyorkan untuk anda melawat Tiger Land, White Lion Kingdom dan Pet Village. Tiga kawasan ini merupakan kawasan paling popular sekali di Wildlife Park.
Suka ya awak dapat jumpa haiwan-haiwan di sini? :-p
Inilah pasangan singa Zola dan Zuri. Sweet tak?
Yang mana satu singa betina dan jantan? Cuba teka?
Harimah putih. Time inilah kau nak tidur ek? :') Tak pastilah ini Samson ke Asha.
Cuba teka ini haiwan apa?
Comel je kakak ni  nak sentuh 
Nash tertinggal haiwan kesayangan dia nih hehe
Amboi kemain suka dia dapat jumpa Mr Goat
Okay, itulah beberapa kawasan yang Neeza explore di Wildlife. Tunjuk sikit dekat blog, yang lain anda kenalah datang di sini dan explore haiwan apa yang ada di sini. Tak payah susah-susah ke zoo, dekat Sunway Lagoon boleh main pelbagai permainan dan tengok macam-macam.

Sebelum Neeza dan Nash ke Wildlife Theater untuk melihat Wildlife Show, kami sempatlah melihat pameran yang berkaitan dengan haiwan di sini terutama haiwan yang paling Neeza geli dan takut. Nasib ada si comel arnab comel itu.
 Suzy ini real ke tak?
Geli geliman I tengok kulit ini.
Sempat pula dia beraksi dalam ini. 
Selesai sahaja melihat pameran, kami terus ke Wildlife Theater untuk melihat pertunjukan haiwan seperti burung-burung kakak tua, ular, tikus dan banyak lagi,
Ini Mr Lutfi's girlfriend. Kenapa? Nanti datang tengok. Ok, burung pun ada boyfriend. I ini juga yang single. :')
Siapakah dia? Dan apakah kepandaian dia? Jeng jeng.
Comel je mereka lalu. Uisssh hati-hati nak terjatuh tu.
Paling geli geliman kalau ada haiwan ini. Masa memula sampai dari belakang boleh pula dia lalu dekat seat tengah tempat Neeza duduk. Neeza dah lari lintang pukang ke belakang. Nash bertahan duduk situ sambil pegang-pegang ular ini walaupun dia sendiri tak perasan terpegang tangan siapa sebab Neeza dah lari dulu. Kihkih. Brother ini rilek je pegang 2 ular sekali gus. Hadiah sempena birthday katanya. Maklumlah ramai vote dia ke depan sebab birthday boy. Hahaha.

Sebenarnya ada banyak lagi haiwan pertunjukan tapi biarlah Neeza simpan dalam memori supaya anda dapat kejutan tersebut yang Neeza rasai dari pihak Sunway Lagoon.

Setelah melihat pertunjukan di Wildlife Show, Neeza dan Nash ke Nickelodoen Lost Lagoon. Untuk mereka yang mahu merasai zaman kanak-kanak bolehlah ke sinil Ada sesi meet & greet dengan Spongebob dan Patrick. Mungkin nasib kami baik, Ninja Turtle pun ada okay! Neeza memang minat sangat dengan Ninja Turtle, dulu masa umur 7-8 tahun, setiap kali bangun pagi semasa hujung minggu pasti siaran pertama Neeza tengok ialah Ninja Turtle pada jam 8.30 pagi ke 9.00 pagi. Lupalah. Heee.
Oh ya, di Nickelodeon ini, kawasan paling wajib anda singgah dari 14 kawasan ialah Spongebob Splash Adventure, Kubarango dan Masoon 360. Sekiranya lapar, di sini terdapat beberapa restoran yang anda boleh menjamu selera seperti Cubes Pizza, Nesle Ice Cream. Sister Crispy Popiah dan banyak lagi.
Hai Spongebob dan Patrick. Macam saya dan awak Nash. Ecece pick up line sangat. Hahaha
My favourite Ninja Turtle
Seterunya, kami berjalan ke Water Park. Di sini merupakan kawasan paling meriah sekali lagi-lagi kanak-kanak. Umpama taman syurga dunia gitu. Siapa yang tak seronok bermain air kan?
Di Sunway Lagoon juga terdapat Scream Park. Kalau berani pergilah ke sini kerana terdapat  beberapa rumah hantu. Neeza tak berani. Kalau nak tahu berpuaka ke tak, jomlah ke Sunway Lagoon.
Okay takut dah haha
Nak makan pop corn ke nasi lemak ada jual di sini
Neeza dan Nash memang target ke Amusement Park. Di sini ada Pirate's Revenge, Roller Coaster, Wagoon Wheel dan banyak lagi. Dah lama tak ke Fun Fair jadi rindu nak jerit-jerit. Memang gila lah main dekat sini. Tapi serius best!
Tak dapat naik Feris Wheel, naik Wagoon Wheel pun jadilah
Best wey naik ni betul2 lama kau duduk terbalik dekat atas itu. Tapi Pirate's Revenge lagi adventure.
Kalau anda pencinta permainan sukan esktrem bolehlah cuba datang ke Extreme Park. Ada 11 sukan yang anda boleh cuba seperti kayak, memanah, go kart, paintball, flying fox dan macam-macam lagi.
Oh ya, kalau anda stay sampai petang terdapat beberapa aktiviti yang anda boleh cuba seperti SLIME Time di Spongebob Splash Adventure dan Tale of Mount Berapi & Volcano Show.
Tak sabar nak tengok ia meletus
Eh. ada swanlah
Ada jambatan gantung juga tau
Serius memang best sangat datang ke Sunway Lagoon. Kalau tahu macam-macam ada di sini, memang lama dah pergi. Sebab selama ini Neeza ingat Sunway Lagoon ini cuma tempat main air je. Huhu.

Bersempena ulang tahun ke 25 Sunway Lagoon,  terdapat promosi FamFun yang merangkumi 2 tiket dewasa + 2 tiket kanak-kanak dengan hanya RM390* ataupun 4-To-Go untuk 4 orang dewasa dengan hanya RM456* atau Beli 3 Percuma 3 (Beli 3 dewasa PERCUMA 3 dewasa) pada harga RM510*.

Untuk promosi individu, Sunway Lagoon juga menyediakan promosi RM150 setahun dengan unlimited entries okay! Best woo. Cepat grab dan datang ke Sunway Lagoon tau.

Kalau datang Sunway Lagoon ini memang happening datang bersama keluarga dan rakan-rakan. Cuba spot di mana Neeza?
Untuk maklumat lebih lanjut,
Sunway Lagoon Snd Bhd
Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Selangor, Malaysia.
Nombor Telefon: +603 56390000

Salam sayang,
Neeza

21 comments:

  1. Musim cuti sekolah sunway lagoon ni mesti ramai orangkN . Pandai jugak pihak sunway lagoon tarik pelancong . Siap ada spongebob, ninja turtle lagi . Of course budak- budak suka kan

    ReplyDelete
  2. Amboiii meriah mandi. Tapi sunway lagion tak pernah menghampakan. Banyak sebenarnya aktiviti yg dapt kita lakukan di sini. Apatah kalau dtg berkumpulan mmg ohsem

    ReplyDelete
  3. ya Allah.. bestnya kalau dapat pi ke sini.. macam2 aktiviti ada yea.. tiket pun berbaloi .. ada macam2.. eh. nak teka lah singa mana betina. singa mana yang jantan heee yg ada rambut tu jantan heeee

    ReplyDelete
  4. Wow meriahnya....lama sangat dah tak pegi sunway lagoon semenjak dok jauh sikit dari area tu....

    ReplyDelete
  5. wow bestnya ! kalau i dapat freee pun i nak pergi hahah. klau tak free 3-4 kali juga nak pergi ke idok tapi seronok pergi ramai ramai dengan orang yang kita kenal kan boleh tolong tengok tengokkan anak hahahahahah.. hope you guys had fun, i kat sunway lagoon paling suka bahagian binatang tu la sebab ada singa putih yang seksi meksi tu hahaha

    ReplyDelete
  6. Memang best pergi ke sini lagi2 waktu cuti sekolah. Saya suka kalau ke sini dengan ahli keluarga atau sepupu-sepupu. Happening!

    ReplyDelete
  7. Best yer. Nanti nak pergi la bawa anak2 main di sini.

    ReplyDelete
  8. Kita dah pernah masuk tapi dah lama tak pergi... tgk banyak benda baharu di dlm nya kan... klu nak ke sini mmg kena apend whole day..

    ReplyDelete
  9. Neeza, saya dr kecik dok subang jaya x pernah masuk sebab mahal.. haha.. berapa harga tiket masuk.. bila la sy nak masuk

    ReplyDelete
  10. Nice I have not visit sunway lagoon for so long after this pregnancy will bring my daughter to enjoy ourselves.

    ReplyDelete
  11. i've never went to sunway lagoon before

    ReplyDelete
  12. Sunway Lagoon memang best !! Lengkap semuanya. Yg basah ada, yang kering ada, mini zoo pon ada. Lamanya xdatang sini.

    ReplyDelete
  13. syokkan pegi sunway lagoon. lisa n family penah pergi skali je ke sane sebab ada family day. of course nk dtg lg nanti insyaAllah

    ReplyDelete
  14. Lama tak pergi Sunway Lagoon ... Last pergi time family day office, Kalau pergi kena masuk dari dibuka dan keluar time nak tutup baru puas!

    ReplyDelete
  15. Tak pernah pergi zoo or main air dekat Sunway Langoon. Nak juga try.

    ReplyDelete
  16. Pegi tempat ni memang kena pandai manage time. Kalau onie ke sini,onie akan jalan2 dulu ke tempat2 yg kering dan lepas tu baru mandi-manda. Kalau mandi-manda dulu nanti kesti penatkan. Sebab sunway lagoon ni besar gila kot. Nak menapak satu hal dah. Apapun sunway lagoon memang bestkan.

    ReplyDelete
  17. Best kan g sunway ni tp memang kena dtg awal pg sebab besar nak explore semua ni. Ada banyak seksyen. Dalam byk2 tu pirates revenge je ana takut nak naik. Haha. Yg lain ok je.

    ReplyDelete
  18. Paling best naik vuvuzela kalau datang sunway lagoon. Terbaikkkkk

    ReplyDelete
  19. Wah bestnya dapat pergi Sunway Lagoon. Sy pun tak pernah pergi lagi Sunway Lagoon

    ReplyDelete
  20. Selamat ulang tahun! Pisyek doakan semoga panjung umur dan murah rezeki.

    Post terbaru: Jom join Bengkel asas WordPress pada 20 Jan 2018

    ReplyDelete
  21. mmg kena pi dari pagi sampai petang baru puas hehe..

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.